Salam siang Selasa 21 Syawal. Dalam artikel 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat... yang dipersembahkan jam 12.27 pagi tadi ada disebut begini :-
Esok saya akan membuat satu perjalanan keliling Lembah Klang dan sebahagian negeri Selangor melibatkan buku terbaru. Ini akan diceritakan nanti.
Sebetulnya esok itu bermaksud siang hari ini 25 Jun 2019. Cuma ketika menulis ayat tersebut masih lagi tarikh 24 Jun. Bila siap artikel dah masuk hari berikutnya...
Kelihatan di atas adalah peta-peta bagi perjalanan yang dirancang. Ia telah dimuatnaik ke Facebook jam 11.47 pagi semalam dengan teks berikut :-
MENGHANTAR BUKU BARU SAMBIL BERJALAN BERHARI RAYA
Salam semua. Sukacita dimaklumkan buku ke-13 saya, "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHIKE EROPAH TAHUN 1995" sudah siap dan boleh diambil dari kilang cetak. Cuma tak sempat nak ambil hari ini kerana ada urusan lain dan satu kereta pula masuk workshop. Apapun sudah dirancang - selepas ambil dari kilang di Batu Caves saya akan membuat perjalanan 'tour buku' pusing Lembah Klang. Sambil menghantar buku-buku kepada penempah-penempah awal dalam lingkungan boleh juga ziarah berhari raya ke tempat-tempat mereka.
Namun saya harus menunggu kereta di workshop siap agar isteri boleh mengambil anak-anak daripada sekolah sementara saya membuat perjalanan dengan lagi satu kereta. Kalau dapat siap hari ini esok pagi selasa 25 Jun saya akan ambil buku di kilang kemudian menghadiri satu majlis ilmu di ISTAC sebelum membuat perjalanan hantar buku sambil berhari raya. Untuk makluman mereka yang hendak ditemui ini telah membayar kos Poslaju selain kos buku. Adalah lebih mudah bagi saya untuk menghantar secara pos sahaja tetapi beberapa hari lalu timbul ilham agar menghantar sendiri buku dalam jangkauan tertentu sambil keluar berhari-raya (yang jauh-jauh seperti di Terengganu dan Sarawak memang kena pos le).
Perjalanan akan meliputi beberapa tempat di sekitar bandar raya Kuala Lumpur menghala ke Ampang kemudian ke Kajang sebelum bermalam di sekitar Bangi. Esoknya menuju ke Cyberjaya kemudian naik ke Shah Alam sebelum kembali. Sesiapa lagi yang ingin mendapatkan buku sila ikut panduan berikut. Kalau kebetulan saya berada di kawasan anda nak beli secara COD pun boleh. Cuma maklumkan awal di sini atau melalui WhatsApp...
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN
Pilih salah satu harga berikut :-
1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh berjumpa di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya saya berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)
2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung
3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.
Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-
AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1
Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee
Atau akaun isteri :-
MAYBANK - 112110854698
Atas nama: Nor Afidah binti Yusof
Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju
Petang itu baru dapat kepastian boleh memulakan perjalanan yang dimaksudkan pada hari ini siang Selasa. Ketika menulis ayat ini jam 2.14 petang perjalanan sudah dimulakan iaitu sejak keluar dari rumah jam 8 pagi tadi. Jam 9 saya sampai ke kilang cetak untuk mengambil buku baru. Tentang buku tersebut boleh rujuk artikel Bersedia untuk menyambut buku ke-13 Radzi Sapiee @ Merah Silu - Mengambil berkat beberapa Jumaat untuk menggerakkan usaha yang dipersembahkan 11 hari lalu.
Ketika ini saya sedang berada di tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam) untuk mengambil nafas dan melepaskan gerak. Rasa tak menang tangan dengan urusan-urusan melibatkan buku sehingga tak sempat hendak menyalin kepada busana penuh tradisional Melayu yang sudah disiapkan isteri bagi perjalanan 'kembara buku' hari ini. Saya menulis artikel ini bagi mengisytiharkan buku baru itu sudah keluar dan kembara berkenaan sudah pun bermula. Selepas ini nak mandi sekejap bagi hilang peluh dan badan segar kemudian salin baju pakai busana tradisi sebelum keluar menyambung perjalanan dengan bertemu lalu menyerahkan buku kepada sejumlah pembeli sambil bersilaturrahim berhari raya di beberapa lokasi.
Cerita terperinci akan dikongsikan nanti insyaallah Tunggu bila saya dah cukup lapang dan lega ya... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan