Pagi Jumaat 23 Mac 2018 dimulakan dengan kami berjalan kaki ke luar hotel melihat persekitaran menuju ke arah pusat bandar Patani.
Kami berjalan kaki itu juga kerana mahu mencari sarapan di warung tepian jalan.
Kembali ke hotel layan anak-anak mandi kolam renang kemudian berehat dalam bilik. Masuk waktu untuk bersolat Jumaat baru kami keluar dengan kereta.
Cuma sayang saya silap jangkaan. Sampai ke masjid besar di tengah bandar dah sibuk kena cari parking. Dah macam nak jumpa ruang tengok-tengok orang keluar dah habis solat Jumaat.
Tak mengapalah. Sebagai seorang musafir tak wajib pun saya bersolat Jumaat hari itu. Cuma kalau boleh memang nak tunaikan tetapi apa nak buat? Sebelum keluar tu perut buat pasal, dah kena 'bertapa' lama dalam tandas. Perjalanan diteruskan dengan keluar bandar ke arah timur masuk satu wilayah yang dipanggil sebagai Jambu. Ketika keluar itulah saya terlihat ada masjid yang baru habis solat Jumaat. Cuma masjid di tengah bandar dah habis cepat...
Saya dan isteri dah target hendak makan tengah hari di sebuah restoran tepian jalan, dalam wilayah Jambu ini.
Adapun pada masa dahulukala Jambu adalah satu wilayah dalam kerajaan besar Patani yang memiliki raja atau pemerintah sendiri tetapi adalah bawahan kepada raja atau Sultan Patani. Selepas Patani dipecahkan oleh kerajaan Thai (selepas penaklukan tahun 1785) menjadi beberapa negeri kecil, muncul sempadan sekarang yang mana nama Patani masih dikekalkan tetapi merujuk kepada satu wilayah kecil. Wilayah-wilayah serpihan seperti Jambu pula dijadikan sama taraf, ada pemerintah atau raja sendiri yang sama tingkat kedudukan. Perjalanan saya dan keluarga selepas petang Jumaat itu rata-rata berlaku dalam wilayah kekuasaan Jambu...
Saya sendiri berjalan dengan harapan akan mendapat suatu tanda atau petunjuk. Saya ada seorang moyang belah bapa yang dalam salasilah keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak dikenali sebagai Toh Jambu.
Termasuk dalam wilayah Jambu adalah satu pantai yang menarik..Nama Melayunya adalah Pantai Teluk Kapur. Letaknya di 'pangkal' satu tanah sempit yang menjulur ke laut sejauh 20 km. Lihat
Beach of Talo Kapo.
Di bahagian tengah tanah sempit panjang itu terdapat tempat bernama Kampung Dato'.
Ada masjid lama kami mahu singgah lalu menunaikan solat.
Tidak jauh dari masjid terdapat makam hamba Allah yang menyebabkan tempat ini dipanggil sebagai Kampung Dato', juga Tanjung Dato;.
Perjalanan diteruskan untuk mencapai bahagian hujung tanah sempit dalam wilayah Jambu yang memanjang ke laut sehingga 20 km...
Sampai dah habis jalan tar paling hujung masuk sedikit jalan tanah merah.
Bila dah rasa kereta tak boleh dipaksa pergi lagi, takut tersangkut dalam tanah dan pasir saya pun keluar lalu mula berjalan kaki...
Nasib baik ada jalan batu. Kalau kena lalu pasir teruk juga kerana ada jarak lebih 1 km lagi sebelum boleh betul-betul sampai ke hujung.
Dan nasib baik saya mendapat satu jenis bantuan untuk cepat sampai. Tu pun masih kena jalan kaki kena pasir masuk air masin sebelum sampai betul-betul ke hujung. Lihat
On to the very tip of Tanjung Budi.
Dah sampai hujung rendam kaki sat dalam laut sebagai syarat...
Peliknya bila disemak kedudukan dalam Google Map signal menyatakan saya sedang berdiri agak jauh di tengah laut....
Di perairan pulau tersebut saya merendamkan kaki lagi sebagai syarat...
Setelah betul-betul puas di Tanjung Budi baru kembali ke kereta lalu berkejar kembali ke arah bandar Patani.
Pergi ke kawasan pantai yang betul-betul menghadap Tanjung Budi (kelihatan di tengah gambar). Perjalanan dengan kereta memakan jarak 40 km dari situ ke sini. Lihat
Chasing sunset at Rusamilae beach.
Kembali ke arah pusat bandar menuju ke hotel pula kami singgah di tempat ini.
.