Khamis, Januari 18, 2018

Dari majlis perkahwinan di Batu Tambahan ke rumah Uwan di Padang Balang

Salam semua. Sekadar berkongsi cerita aktiviti santai hujung minggu lalu.


Ahad 14Januari 2018 kami anak beranak pergi menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Batu Tambahan, Kuala Lumpur.



Terdapat sejumlah hadirin berpakaian busana tradisional Melayu.


Saya dan keluarga seperti biasa suka berpakaian begitu apabila menghadiri majlis-majlis yang ada unsur-unsur keMelayuan...





Dalam pada itu teringat pernah melihat gambar-gambar sebuah rumah klasik yang terletak di Kampung Padang Balang. Dah tak berapa jauh dah dari lokasi majlis perkahwinan. Kami pun menuju ke sana.










Cuma pemilik rumah iaiitu budayawan dan penggiat seni terkenal tanah air, Profesor Dr Siti Zainon Ismail tidak ada di sini, Kami dimaklumkan beliau ada di rumah lain di Bangi.


Difahamkan rumah ini diwarisi beliau daripada keluarga. Satu bahagian telah dijadikan semacam muzium seni kecil yang dibuka kepada umum.


Ada pegawai menjaganya, kalau tak salah daripada Balai Seni Visual Negara. Bahagian yang kelihatan dijadikan salah satu ruang pameran luar atas nama mereka.


Kami anak beranak pun berehat santai.


Keadaan seperti rumah kampung dengan banyak ukiran kayu mengingatkan kepada rumah kami sendiri di Sungai Buaya, Rawang. Rumah itu juga turut dihiasi sejumlah ukiran kayu. Malah kami memiliki loteng kayu dua tingkat walaupun rumah itu sendiri adalah rumah batu. Boleh rujuk artikel-artikel lama berikut :-






Tiada ulasan:

Catat Ulasan