Selasa, Januari 16, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Persinggahan tak dirancang ke Chenak sebelum ke makam Sheikh Abdul Samad dan kawasan lama Singgora

Merujuk pada satu penerangan berkenaan buku saya akan datang yang disebut pada perenggan pembukaan artikel  Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani 8 hari lalu. Ketika itu saya ada memberitahu bahawa telah siap suntingan peringkat akhir buku. Tetapi ternyata masih ada lagi kesilapan typo dan sebagainya ketika saya melihat PDF buku yang terhasil selepas itu. Maka beberapa hari kebelakangan dihabiskan dengan menyemak sekali lagi lalu menyunting buku. Lewat malam semalam baru ia siap. Hari ini baru boleh menyambung cerita tentang perjalananan ke Thailand 12-23 Disember lalu.



Pada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani telah diceritakan bagaimana kami tersilap mengambil jalan untuk masuk ke selatan Thailand tetapi meneruskan lalu mengambil laluan Yala. Setelah beberapa lama baru sampai ke bandar Patani, lewat malam baru selesai segala macam urusan lalu kami pun menginap di hotel yang kelihatan. Tengah hari berikutnya Khamis 14 Disember 2017 kami bersedia untuk menyambung perjalanan. Dengan ini bermulalah penjelajahan hari ketiga perjalanan kami sejak meninggalkan rumah Selasa malam Rabu 12 Disember.


Tiba-tiba isteri teringat. "Kan kita nak ambil gambar dirham HIKMAH di merata tempat. La...terlupa le nak ambik masa di Masjid Wadi Hussein juga di Masjid Krisek semalam".  Tak apa le. Ambik kat depan hotel ni pun jadilah. Kira syarat dah sampai ke Patani malah dah nak melangkah meninggalkannya pun. Tentang dirham ini boleh rujuk artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH. :-







Sekitar jam 12.14 waktu tempatan kami meninggalkan Patani. Kami mula menghala ke kawsan yang sudah kurang orang Melayu. Keadaan ini dapat dirasakan tidak lama kemudian apabila kami mula menghadapi masalah mencari kedai makan halal. Bila perut dah lapar baru nak cari kedai. Padahal kalau kat Patani boleh kata semua kedai halal.


Sepanjang perjalanan asyik nampak kedai makan yang diragui halal. Sesekali nampak macam kedai orang Islam berdasarkan ada orang perempuan bermuka Melayu memakai tudung di kedai.Tetapi asyik terlepas bila nampak, susah nak patah balik kereta. Bila mencari-cari sambil perlahankan kereta pula tak jumpa-jumpa.  Bila tengah lalu baru ternampak.

Akhirnya kami buat keputusan begini aje le. Tak payah cari-cari kedai di tepian jalan. Teruskan aje bergerak ke hadapan. Bila dah sampai suatu bandar atau pekan baru dicari kedai kerana dalam bandar atau pekan tentu ada banyak kedai. Ketika itu bolehlah cuba cari masjid dahulu, Harus ada kedai makan halal berdekatan.


Disebabkan itulah kami singgah masuk ke pekan bernama Chana ataupun Chenak. Walhal ia tiada langsung dalam rancangan. Alhamdulillah, bukan sahaja dapat jumpa kedai makan Islam. Malah ternyata ia tempat yang masih ramai orang Melayu duduk, cuma tak ramai masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Sebelum tu tak tahu langsung pun pasal Chenak ni. Untuk melihat keadaan pekan lihat artikel A look at the town of Chenak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Dan asbab cari makan itulah kami dapat tahu ada makam seorang ulamak yang dianggap keramat di masjid sana. Ini gambar anak-anak dalam masjid. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)  :-






Selepas makan, ziarah makam dan solat di masjid baru kami pergi ke tempat pertama yang mahu dtuju dalam rancangan hari itu...


Ia adalah makam ulamak besar bernama Sheikh Abdul Samad al-Falimbani. Isteri dah lama simpan hajat hendak ke sana...


Saya pula pertama kali sampai awal tahun 2017. Ketika itu saya mengikut satu rombongan ke Patani sebelum berjalan seorang diri menaiki kenderaan awam ke Songkhla..


Disebabkan isteri mengingatkan agar menziarahinya saya dapat sampai ke makam. Sila rujuk cerita berkenaan dalam artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora.


Perjalanan diteruskan menghala ke bandar atau kota Songkhla.








Tapi cuma lalu sahaja kerana hendak berkejar ke bahagian lama yang lebih sinonim dengan sejarah lama kerajaan Melayu Islam Singgora. Untuk sampai ke situ perlu naik feri dari kawasan tanjung di utara bandar.


Rasanya ramai sedia maklum bahawa Songkhla itu adalah nama yang diberikan Thailand kepada Singgora selepas berjaya menaklukinya penghujung abad ke-17.


Tempat yang kami hendak pergi ini adalah tapak pusat asal kerajaan Singgora ketika ia masih berdiri sendiri sebagai satu kesultanan Melayu bebas dan berkuasa. Bandar Songkhla yang kami tinggalkan tadi pula adalah binaan selepas Thailand menjajah. Lihat Bringing the car for a ferry ride to old Singgora.


Adapun tinggalan kota lama Singgora yang kini merupakan pekan kecil agak dhaif terletak di seberang satu macam selat yang sebahagiannya menghadap bandar moden Songkhla. Letaknya di kaki sebuah bukit panjang di mana masih terdapat beberapa tinggalan kota pertahanan di atas bukit. Sampai sahaja ke seberang sana saya terus membelah masuk ke pekan kemudian bergerak lebih jauh ke selatan sampai hujung kaki bukit. Dah lama teringin nak lihat kawasan tersebut, dahulu tak sempat kerana tidak ada kenderaan.,.


Dari situ saya dapat melihat bandar moden Songkhla. Lihat Songkhla town from south of old Singgora.


Seterusnya terlihat satu macam tinggalan bangunan seperti kuil. Terus saya deja vu agak panjang. Lihat Tinggalan kuil di selatan Singgora lama? (Temple remains south of old Singgora?).


Puas melihat keadaan di bahagian selatan bukit dan kawasan Singgora lama kami menghala kembali ke utara. Kelihatan masjid tempat saya pernah bermalam ketika pertama kali sampai Januari 2017...


Lalu pula di pusat maklumat di mana saya pernah mandi dan tumpang berehat sebelum memanjat naik ke bukit di belakangnya.


Inilah tangga naik ke atas bukit. Laluan membawa ke tiga tingkat kota pertahanan lama. Rujuk balik artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora.


Selepas itu kami berkejar ke pinggir Tasik Songkhla yang luas kelihatan seperti laut. Dapatlah melihat pemandangan indah matahari terbenam. Lihat artikel Sunset views of Lake Songkhla.


1 ulasan:

  1. Kabarnya tok sheikh palembang tu tak gugur di siam bahkan survive dan membawa diri sampai akhir hayatnya di suatu tempat. Sudah takdir Tuhan mengizinkan overwhelming forces men-total lost kan angkatan besar nusantara pada masa itu. Semoga yang kalah besar di awal akan menang besar di akhir nanti.

    BalasPadam