OK. Masuk pada cerita hari kedua perjalanan. Bersambung daripada artikel Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama sejak awal 2013 - Antara Raub dan Janda Baik.
Pagi Jumaat 6 Oktober 2017. Setelah puas bermalam di Janda Baik kami mengorak langkah meninggalkan rumah Pak Habib menuju ke arah Raub.
Sampai di Bentong berhenti sebentar mengisi minyak.
Sampai di Raub terus mengambil jalan ke Sungai Koyan lalu singgah di rumah almarhum Nenek iaitu ibu kepada ayah yang saya yang diduduki seorang ibu saudara.
Ke hadapan sedikit ziarah makam Nenek...
Perjalanan diteruskan lagi 40 km ke Sungai Koyan kemudian ke hadapan sedikit ke Kuala Medang untuk melepak atas jambatan menyeberangi Sungai Jelai...
Selepas itu baru berpatah balik sekitar 7-8 km untuk mengambil jalan naik ke Cameron Highlands. Ketika gambar ini diambil jam menunjukkan 12.48 tengah hari.
Masih ada dalam 20 minit sebelum masuk waktu Zohor ditambah lagi 20-30 minit sebelum solat Jumaat. Kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Kalau sempat solat Jumaat di mana-mana kami buat, Kalau tak sempat pun tidak menjadi kewajiban kerana kami sedang bermusafir jauh...
Sampai di satu bahagian selepas memasuki daerah Cameron Highlands berhenti sebentar untuk melihat pemandangan. Lihat artikel A stop up Cameron Highlands from Sungai Koyan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Ketika itu sudah jam 1.34 petang.
Ke hadapan lagi dalam beberapa kilometer ada bahagian jalan yang seperti sudah runtuh. Rupa-rupanya sudah ada empangan. Lihat The new dam close to Lembah Bertam.
Selepas jam 2 kami menghampiri pekan Lembah Bertam.
Perjalanan diteruskan melepasi pekan Ringlet dan Habu. Pertengahan jalan ke Tanah Rata baru berhenti untuk makan tengah hari di satu tempat bunga dan strawberi...
Seterusnya kami berhenti di ladang teh Cameron Valley untuk menikmati hidangan teh berlatarbelakangkan pemandangan cantik ladang.
Tetapi cuma kawan-kawan yang makan minum. Saya cuma boleh melihat sahaja kerana belum habis puasa putih 13, 14, 15 Muharram.
Sampai di Tanah Rata kami menuju ke masjid pekan...
Kami membuat keputusan untuk bermalam di masjid. Alhamdulillah pihak jawatankuasa masjid membenarkan.
Selepas mandi dan menukar pakaian kami berjalan kaki kembali ke pekan...
Masuk waktu Maghrib barulah saya juga dapat makan. Dengan itu tamat juga puasa sunat saya pertengahan bulan Islam selama 3 hari berturut-turut.
Menariknya kembali ke masjid ada majlis tahlil khas diadakan dengan kehadiran wakil-wakil daripada jabatan agama dan istana Pahang. Dapat pula cenderahati tak disangka daripada istana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan