Salam hari Jumaat yang berkat 1 Muharram, hari Ma'al Hijrah tahun baru Islam 1439. Cerita kali ini , cerita pembuka bagi tahun hijriah ini asalnya mahu dikongsikan sebelum bergerak keluar untuk solat Jumaat tapi tak sempat. Ia tercetus akibat mahu mengajak seorang kawan lama datang ke rumah...
Dua hari lalu, selepas terlihat status update seorang kawan lama di Facebook menyatakan rindu untuk bertemu sejumlah kawan-kawan yang rajin berforum di Internet sekitar tahun 2006 saya pun mengajak dia datang ke rumah. Untuk itu saya telah menggunakan Google Map untuk menunjukkan lokasi tepat. Tengok-tengok keluar gambar keadaan rumah sebelum saya berpindah ke situ Januari 2014.
Beginilah rupa rumah yang ditunjukkan dalam Google Map.
Saya pun menyemak menggunakan program Google Earth lalu masuk ke mood atau pilihan street view, pandangan pada paras jalan. Tengok-tengok gambar rumah yang keluar sama dengan yang ditunjukkan dalam Google Map.
Sekarang bandingkan dengan gambar yang diambil pagi tadi daripada sudut hampir sama. Banyak sudah berubah bukan?
Street view pada Google Earth boleh digunakan untuk melihat sekeliling 360 darjah. Berpusing sedikit ikut arah jam melihat ke arah rumah sebelah.
Beginilah keadaannya sekarang. Begitu juga keadaan sejak setahun lalu gitu. Sebatang pokok besar yang pernah terletak di hadapan rumah saya dan jiran sudah dipotong oleh majlis. Jiran juga telah mengubahsuai bahagian anjung rumah.
Keadaan seberang jalan menghadap ke rumah yang ditunjukkan Google Earth. Penuh hutan belukar, babi hutan pun katanya selalu datang.
Sebelum menduduki rumah hujung Januari 2014 saya telah mengupah orang untuk membersihkan hutan kemudian meratakan tanah. Saya juga mengupah orang mendirikan garaj. Tengok-tengok sekitar setahun dua lalu, ke 2-3 tahun lalu? Lebih kurang le... tumbuh pokok ceri betul-betul di tepi garaj. Saya biarkan ia membesar walaupun akar merosakkan sedikit simen garaj. Jadilah ia pohon yang rendang menghiasi pemandangan sambil meneduhkan kawasan di sebelah...
Pusing lagi pemandangan ikut arah jam dengan street view Google Earth untuk menunjukkan kawasan hadapan rumah berserta jiran lain sebelah...
Di sudut sama berhadapan rumah telah didirikan pondok. Ia siap sebelum garaj...
Lihat pula pemandangan kawasan rumah dan sekitar daripada atas menggunakan paparan satelit Google Earth...
Nampaknya gambar dari atas lebih terkini kerana menunjukkan tambahan-tambahan yang telah dibuat sejak Januari 2014. Turut kelihatan anjung tambahan sebuah rumah jiran 3 pintu daripada saya. Kalau tak salah ingatan ia siap dibina sebelum bulan puasa lalu. Turut ditunjukkan tapak garaj di hadapan rumah jiran sedangkan ia sudah siap dibina sebelum raya. Oleh itu boleh dianggarkan gambar satelit yang terpapar dalam Google Earth ini diambil sekitar bulan Jun 2017.
Dengan ini cukuplah cerita yang tercetus akibat mahu menunjukkan lokasi tepat rumah menggunakan Google Map. Untuk melengkapkan gerak biar diletakkan pautan-pautan artikel menunjukkan keadaan rumah daripada masa sekitar ia mula diduduki hinggalah hampir sekarang. Saya mulakan dengan pautan artikel tentang satu majlis HIKMAH merangkap housewarming/perasmian rumah yang dipaparkan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)...
2. Rumahku Baitul Hikmah (Mei 2014)
3. Penambahan hiasan rumahku syurga (Jun 2014)
4, Rumah terbuka raya impromptu dan supermoon (Ogos 2014)
(Sept 2014)
6. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding (Mei 2015)
10. Open house limited edition - Naiknya nama Baitul HIKMAH (Ogos 2017)
11, Bila geng Bugis Melaka datang bertandang...(Ogos 2017)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan