Sabtu, Ogos 19, 2017

Open house limited edition - Naiknya nama Baitul HIKMAH

Masih lagi tentang musim raya Aidil Fitri bulan Syawal lalu tapi ke hadapan beberapa hari.


Pada suatu malam tergerak saya untuk menulis perkataan "Bait al Hikmah" dalam tulisan Jawi seperti ini.


Ia adalah susulan saya berjaya mendirikan satu pondok kecil untuk hiasan rumah petang itu. Pondok didirikan menggunakan kayu pintu rumah lama dengan sejumlah kayu pallett yang baru dibeli petang itu juga. Kayu pintu daripada sebuah rumah tradisional lama telah dimiliki sejak setahun lalu, saya beli di kedai kayu 2nd hand di Rembau, Negeri Sembilan kerana tertarik dengan reka bentuknya. Tetapi sejak itu ia sekadar terpapar disandarkan di hadapan rumah. Selepas begitu lama baru dapat ilham hendak dibuat pondok kecil...


Perkataan "Bait al Hikmah" itu kalau dibaca menurut kaedahnya berbunyi Baitul Hikmah. Ia merujuk pada rumah yang saya namakan "Baitul HIKMAH" (HIKMAH semua huruf besar).


Perkataan HIKMAH pula merujuk kepada badan NGO yang saya asaskan hampir 5 tahun lalu. Kami sudah mengadakan 20 majlis ilmu di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Rujuk blogspot kami Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).  
.


Buat pondok tu satu hal. Sebenarnya saya dan isteri juga sedang bersedia untuk mengadakan satu majlis terbuka raya. 


Majlis bermula selepas solat Jumaat 7/7/17 atau 7 haribulan Julai 2017 bersamaan 13 Syawal. Disebabkan itu rumah perlu dikemas lalu berlaku sedikit perubahan pada atur letak barang-barang.





Oh. Tadi saya menyemak kembali gambar-gambar yang digunakan. Baru teringat pondok didirikan petang Rabu 5 Julai kemudian saya mengambil sedikit masa malam itu untuk membuat lampu yang mahu digunakan dalam pondok. Lepas tengah malam baru tergerak untuk membuat perkataan Baitul HIKMAH. Dekat jam 2 pagi Khamis 6 Julai baru siap...


Disebabkan mahu mengadakan open house kali ini baru timbul ilham untuk menghiasi satu kawasan pangkin rendah menjadi seperti yang kelihatan.


Sejak berpindah ke rumah ini tahun 2014, kami telah mengadakan majlis open house pada setiap kali bulan Syawal. Sampai dua kali buat dalam satu bulan pun ada. Memang kami suami isteri suka menerima tetamu...


Apapun kami asalnya tidak mahu membuat apa-apa majlis rumah terbuka Syawal tahun ini.


Ini disebabkan angin saya yang kurang baik sejak beberapa bulan kebelakangan itu. Ia menyebabkan saya telah menyahaktifkan atau deactive akaun utama saya di Facebook lalu berhenti menulis di media tersebut juga di mana-mana blogspot buat beberapa lama. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Video penuh "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" percuma untuk umum.


Bila dah nyakaktif FB tidaklah lagi saya membuat undangan open house yang biasanya diumumkan secara terbuka melalui media itu seperti pada tahun-tahun lepas. Open house tahun ini sebenarnya diadakan semata-mata kerana kawan-kawan sepejabat isteri mahu bertandang berhari raya ke rumah ahli-ahli yang duduk satu taman perumahan dengan kami. 


Kebetulan ada 4 atau 5 orang rakan sepejabat yang duduk satu taman lalu mereka mahu membuat lawatan atau ziarah secara berturut-turut pada hari yang sama. Saya pun terfikir. Dah alang-alang begitu kita buat sekali open house le...


Cuma sekali lagi, tidak seperti pada tahun-tahun lepas, tiada undangan umum terbuka dibuat melalui FB. Dengan itu cuma segelintir sahaja daripada kawan-kawan kami diundang datang.










Sementara itu pondok kecil depan rumah menjadi tarikan untuk tetamu mengambil gambar...


Rumah terbuka diteruskan sehingga lewat malam...





Undangan diterhadkan supaya kami boleh memberikan lebih masa untuk berinteraksi dengan kawan-kawan tertentu.








Apapun ia tetap cukup meriah. Kiranya ini open house limited edition yang diadakan selari dengan naiknya nama Baitul HIKMAH...






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan