Isnin, Ogos 21, 2017

Majlis perjumpaan keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang

Salam. Beralih ke aktiviti penghujung bulan raya Syawal. Bersambung daripada artikel Open house limited edition - Naiknya nama Baitul HIKMAH.


Pagi Sabtu 22 Julai 2017 saya membawa isteri dan anak-anak ke masjid ini.


Ia terletak di Selayang. Hari itu adalah hari Sabtu terakhir bagi bulan Syawal tahun ini.


Kelihatan sepupu kepada ayah saya, Pakcik Hamiri sudah sedia menunggu kami.


Beliau dan anak-anak bertanggungjawab menganjurkan satu majlis di dewan masjid ini.


Ia adalah majlis perjumpaan keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.  Buat julungkalinya diadakan di sini.


Ini merujuk kepada laksamana kerajaan Perak semasa zaman pemerintahan Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Syah 1874-1877. Kalau tak salah, Muhammad Amin sudah memegang jawatan laksamana sejak zaman pemerintahan Sultan ke-23 Perak lagi, Sultan Jaafar Safiuddin Syah 1857-1865. Untuk pengetahuan Sultan Jaafar adalah ayahanda kepada Sultan Abdullah. Mereka dan beberapa orang lagi Sultan Perak terkait rapat dengan keluarga besar laksamana.


Salasilah keluarga Laksamana Perak atau lebih tepat gelarannya, Laksamana Raja Mahkota yang saya sediakan tahun 2010 tetapi sudah lama terlupa. Entah kenapa lewat malam sebelum menghadiri majlis baru teringat lalu mencari. Nasib baik saya masih memiliki satu salinan lalu membuat 30 helai salinan lagi. Ia pun dibawa ke majlis perjumpaan untuk diagih-agihkan kepada saudara mara.


Turut dibawa adalah sejumlah setanjak milik saya. Bolehlah dipinjam untuk bergambar semasa majlis dan sebagainya. Saya bawa ini kerana menyedari ramai berhajat untuk memakai busana tradisional Melayu tetapi belum memiliki setanjak sendiri. Sebetulnya ramai antara kami belum pernah berjumpa pun sebelum itu malah ramai baru hendak mengenali hubungan sebenar diri dengan Laksamana Muhammad Amin juga keluarga besar laksamana. Cerita-cerita tentang laksamana dan nasab keturunan kami yang terkait dengan kerabat diraja Aceh, Bugis dan Perak boleh diikuti melalui artikel-artikel berikut :-
















15. Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Bersama menjejak leluhur di Perak


Oh. Gambar di atas itu sebenarnya diambil di rumah saya sebelum bertolak ke majlis. Masa kat majlis terlupa pula hendak mengambil gambar tanjak yang dilonggokkan di satu tempat. Lagi satu - Dua artikel yang dipautkan di atas sudah hilang gambar akibat menggunakan 3rd party hosting untuk menyimpan gambar di suatu laman lain, bukan terus di blogspot. Gambar-gambar berkenaan ada dalam komputer lama saya yang sudah rosak. Buat masa ini tak dapat nak gantikan gambar-gambar yang hilang dalam artikel-artikel berkenaan.




Sebetulnya yang berkumpul dalam majlis di Selayang ini cuma saudara mara daripada satu cabang keturunan Laksamana Muhammad Amin sahaja iaitu daripada anak cucu keturunan moyang saya, Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Muhammad Amin. Itupun sebahagian sahaja dapat muncul. Kalau nak kumpul semua keturunan Muhammad Amin ada beribu. Ini pernah saya lihat sendiri semasa jasad beliau dikembalikan ke Perak 11 tahun lalu seperti diceritakan dalam artikel Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak.



Yang ini adalah pangkat bapa dan ibu saudara kepada saya, sepupu-sepupu kepada ayah saya.


Mereka adalah generasi ke-4 keturunan Laksamana Muhammad Amin.


Sampai giliran saya dan sepupu, juga dua pupu.


Kami adalah generasi ke-5 keturunan Laksamana Muhammad Amin. Untuk makluman, nama saya adalah Mohd. Fahrulradzi bin Mohammad Sapiee bin Muhammad Arshad bin Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Muhammad Amin.


Ini adalah generasi ke-6 keturunan Laksamana Muhammad Amin iaitu mereka yang berpangkat anak kepada saya. Belah saudara mara yang berkumpul ini iaitu daripada cabang Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Muhammad Amin belum ada wujud lagi generasi selepas itu. Tak tahulah jika sudah ada generasi ke-7 daripada cabang lain. Yang saya tahu cabang Muhammad Wahi merupakan paling berumur kerana moyang saya iaitu Muhammad Wahi adalah anak sulung dan ayahandanya, Muhammad Arshad yang kadangkala juga disebut sebagai Laksamana Muhammad Arshad juga Orang Kaya Besar Arshad adalah anak sulung Laksamana Muhammad Amin.


Selepas bergambar diadakan sedikit pengkisahan tentang sejarah keluarga.











Saya turut berkongsikan sedikit yang saya tahu. Rupa-rupanya ramai juga saudara mara tidak tahu sejarah lama keluarga...


Nasib baik ada grup Whatsapp yang dimulakan oleh Pakcik Hamiri, grup yang diberi nama "Pewaris Laksamana Perak". 


Bergambar selepas pengkisahan keluarga dan sebagainya. Melalui grup itulah kami dapat mengumpulkan sejumlah ahli keluarga lalu ada yang dapat bersua muka buat pertama kali dalam tempoh lebih 60 tahun akibat keluarga terpisah membawa diri masing-masing.


Untuk makluman disebabkan penulisan dalam blogspot Merah Silu inilah diikuti perkongsian di Facebook saya dapat berhubung dengan beberapa orang sepupu ayah 7 tahun lalu.


Dan akibat perkenalan itulah kemudian wujud grup Whatsapp sehingga perjumpaan keluarga ini dapat diadakan buat julungkalinya...














9 ulasan:

  1. Maaf saya nak mencelah sedikit tentang asal usual saudara..buat pengetahuan saudara saya cucu Halimah binti Muhammad Wahi.Moyang Kami dari isteri pertama..

    BalasPadam
  2. Ya. Kami sedia maklum Muhammad Wahi ada dua orang anak perempuan daripada isteri pertama iaitu Sharizad dan Halimatun Saadiah. Saya pernah menziarahi keluarga belah situ yang rumahnya betul-betul di sebelah makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I di Durian Sebatang. Siapa nama tuan/puan? Berikan nombor telefon. Biar saya ada dalam Whatsapp keluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum sy cicit kpd okk simpang tiga taiping..wan mohd naseb..ada no wasup

      Padam
  3. Saya ab wahab bin zainal abidin bin mohd salleh bin mohd shariff bin mohd amin alang duakap.kalau ada susurgalur dari keturunan mohd amin boleh tak bagi saya satu.fon no 0148485880

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..
    Saya ingin sedikit pencerahan hasil dari maklumat dari kakak saya.

    Sedikit maklumat untuk ahli waris.
    Dato Wan Mat Saman b. Dato Wan Ismail adalah moyang ayahanda kita.
    Anak dia Wan Long Saadiah telah dikahwinkan dengan Laksamana Muhamad Amin. Dari perkahwinan tersebut mereka lahir lah Ahmad Shariff@yeob Shariff.
    Ahmad Shariff@Yeob Shariff pula dikahwinkan dengan Wan Aishah bt. Wan Mohd Zain.
    Wan Mohd Zain b. Dato Wan Mohd Saman adalah adik kepada Wan Long Saadiah.
    *
    Ini membawa maksud mereka berkahwin sepupu.
    Dari perkahwinan Ahmad Shariff@yeob shariff dengan Wan Aishah mereka dapat 2 anak iaitu:
    1. Muhamad Talib
    2. Muhamad Salleh.
    **
    Muhamad Talib adalah Tok kita , bapa kepada Badrishah.
    Muhamad Salleh bapa kepada Toh Pakermawati Halijah @"cik Jah lawa

    Jika ada perkongsian mohon Tuan hubungi saya. 0135225527

    BalasPadam
  5. As salam. Saya ingin bertanya. Adakah waris dari keturunan Laksamana Muhammad Amin yang menetap di Kg Teluk Perang Parit dan Kg Chopin Kanan Parit Perak?

    BalasPadam
  6. Uiih ramai... Al-Fatihah buat yg telah pergi

    BalasPadam