Rabu, Mac 15, 2017

Sedikit tentang perkembangan HIKMAH sejak hujung tahun lalu - Prelud untuk perjalanan terbaru ke luar negara

Adapun dalam tempoh beberapa hari lepas saya baru tersedar bahawa sejak memaparkan artikel bertajuk Makan-makan dan gathering ad hoc kawan-kawan HIKMAH pada 30 Disember lalu saya tidak pernah berkongsi apa-apa lagi cerita melibatkan HIKMAH. Sedangkan sejak itu sehingga timbul gerak untuk menulis artikel ini telah berlaku beberapa perkara dan perkembangan tentang HIKMAH. Dalam tempoh lebih 3 bulan itu juga telah ditulis 12 artikel baru di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Untuk tarikh 31 Disember sahaja saya telah menulis 5 artikel khas supaya terasa lengkap sebelum masuk tahun baru 2017.

Lima artikel tersebut bertujuan untuk menunjukkan kepada umum bagaimana HIKMAH telah jauh melangkah pada kala ada yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar mengkritik, memfitnah dan membuat tuduhan yang bukan-bukan lantaran bodoh sombong tidak mahu menyiasat perkara sebenar atau memang dengki berprasangka buruk lagi berhati jahat. Di sini biar dikongsikan pautan untuk 5 artikel itu dengan sedikit penerangan.


1. Tempoh masa/musim acara-acara HIKMAH - Satu kajian kes



Artikel ini mahu menunjukkan dengan jelas betapa kami sebenarnya sudah berjaya melakukan sesuatu yang cukup besar, Dalam tempoh 4 tahun setelah diasakan 19 acara telah diadakan di merata tempat di Semenanjung membawa luar negara ke Aceh. Acara diadakan mengikut gerak dan permintaan sambil cuba mendapatkan tarikh-tarikh tertentu yang diharap dapat menerbitkan keberkatan. Klik pada pautan untuk cerita lanjut.


2. Fungsi lokasi acara-acara HIKMAH - Dari pusat seni ke kolej ke masjid dan makam-makam




Artikel ini pula menunjukkan jangkauan dan kepelbagai ragam tempat acara diadakan. Kami sudah mengadakan HIKMAH di pusat-pusat seni, muzium-muzium, masjid, makam dan bermacam lagi tempat. Institusi ikonik berprestij tinggi seperti Muzium Negara juga pernah bersama menganjurkan majlis HIKMAH. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha kami berkongsi ilmu secara percuma dengan orang ramai.


3. Gambar beramai-ramai pada acara-acara HIKMAH



Menunjukkan gambar beramai-ramai selepas setiap acara. Walaupun gambar rata-rata diambil lewat petang di mana ramai hadirin sudah meninggalkan majlis baki yang berkunpul itu dapat menyatakan banyak perkara tersurat dan tersirat yang boleh ditangkap oleh mereka yang bijak.


4. Senarai pembentang HIKMAH dan tajuk serta kredibiliti



Yang ini menunjukkan bahawa mereka yang berkongsi ilmu pada majlis-majlis HIKMAH bukan calang-calang orang. Walaupun tidak dibayar mereka sanggup bersama kami, sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk sama-sama berkongsi ilmu percuma buat faedah masyarakat. Termasuk dalam senarai adalah beberapa orang ahli akademik ternama. Turut serta juga sejumlah penulis yang memiliki nama yang cukup gah.


5, Penegasan tentang keistimewaan dan prestij HIKMAH sebagai penutup kata-kata tahun 2016



Artikel ini sebenarnya adalah artikel kompilasi yang mengumpulkan pautan untuk 4 artikel sebelumnya dengan sedikit penerangan. Tajuk yang diberikan harus cukup untuk menerangkan kenapa ia dibuat. Disertakan sekali satu klip video seperti kelihatan di atas. Klik pada video untuk melihat gambar beramai-ramai pada setiap acara dipaparkan berserta lagu yang sesuai.




Daripada 3 hingga 5 Januari pula saya telah mempersembahkan satu artikel baru setiap hari. Tajuk-tajuknya adalah seperti berikut :-


1. Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017

2. Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017

3. Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?


Ini menyebabkan jumlah artikel di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) mencapai 313, satu nombor yang sangat bermakna buat mereka yang tahu. Hal ini menyebabkan saya tidak mahu membuat apa-apa artikel baru di situ buat suatu masa. Pada hari Rabu 8 Mac baru terasa hendak memecahkan kesepian dengan membuat artikel baru bertajuk Malam Anjung Tradisi di Sarang Art Hub - Satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana. Ini diikuti 3 lagi artikel baru seperti berikut :-


1. Tentang rancangan mengadakan acara HIKMAH di Istana Bandar, Jugra - Dah dapat tarikh pasti...

2. Terbaru tentang HIKMAH Aceh 2017 - Rencong khas peribadi dan hal-hal berkaitan...

3. Atur cara HIKMAH Aceh 2017 dan aktiviti lapangan


OK, Kenapa saya terasa penting untuk berkongsi perkembangan tentang HIKMAH ini? Biarlah saya berterus-terang. Tidak lama lagi, kurang 24 jam sahaja lagi saya akan ke Aceh membawa isteri dan anak-anak berjalan. Dah 3 tahun kami tidak bersama ke tanah leluhur saya sebelah bapa itu. Kali terakhir membawa mereka ke sana adalah pada tahun 2014. Awal tahun 2015 saya ada pergi seorang diri. Sambil itu saya juga akan melaksanakan acara ke-20 HIKMAH di rumah peninggalan merangkap muzium Cut Nyak Dien, pahlawan wanita terkenal Aceh, pada hari Ahad 19 Mac. Doakan segalanya berjalan lancar dan semua yang terlibat mendapat kebaikan dunia dan akhirat.


1 ulasan:

  1. Doakan segalanya berjalan lancar dan semua yang terlibat mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

    Amiin

    BalasPadam