Ahad, Mac 26, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Mengambil berkat dayah dan Syiah Kuala

Salam semua. Merujuk pada artikel Sedikit tentang perkembangan HIKMAH sejak hujung tahun lalu - Prelud untuk perjalanan terbaru ke luar negara yang ditulis 11 hari lalu. Pada hujung artikel tersebut ada tertulis begini :-


Tidak lama lagi, kurang 24 jam sahaja lagi saya akan ke Aceh membawa isteri dan anak-anak berjalan. Dah 3 tahun kami tidak bersama ke tanah leluhur saya sebelah bapa itu. Kali terakhir membawa mereka ke sana adalah pada tahun 2014. Awal tahun 2015 saya ada pergi seorang diri. Sambil itu saya juga akan melaksanakan acara ke-20 HIKMAH di rumah peninggalan merangkap muzium Cut Nyak Dhien, pahlawan wanita terkenal Aceh, pada hari Ahad 19 Mac.


Untuk makluman, perjalanan yang dimaksudkan telah selesai 3 hari lalu. Saya, isteri dan anak-anak berada di Aceh 16-23 Mac 2017. Oleh kerana perjalanan ini menyaksikan kami turut melaksanakan satu acara HIKMAH biar cerita dipersembahkan dengan tajuk induk "Misi HIKMAH Aceh 2017". Sekarang biar dimulakan perkongsian...


Adapun sejak berjalan ke Aceh bulan Mac tahun 2014 iaitu 3 tahun lalu di mana kami sempat melaksanakan acara ke-10 HIKMAH 29 Mac saya tidak pernah membawa isteri dan anak-anak berjalan ke luar negara. Yang ada cuma saya keluar untuk kerja atau mengembara bersendirian juga mengikut rombongan di beberapa tempat, antaranya Jogjakarta, Jawa Timur, Kalimantan Barat, dan Sumatera Barat. Oleh itu sejak penghujung tahun lepas kami telah merancang untuk ke Aceh lagi. Pagi Khamis 16 Mac 2017 kami pun bertolak ke KLIA2 untuk penerbangan.


Seperti halnya perjalanan bulan Mac 2014 kawan-kawan di Aceh mengambil kesempatan untuk mengadakan acara HIKMAH sempena kedatangan kami. Kelihatan isteri dan anak-anak seronok mahu bersama. Yalah... dah 3 tahun tak ke luar negara...


Beginilah saya berpakaian berbusana tradisional Melayu. Baru dalam 2 tahun kebelakangan tergerak untuk berpakaian begini apabila mahu bergerak ke luar negara.


Ikut sama adalah seorang makcik saya juga seorang kawan dan ahli keluarganya. Kami saja-saja naik kereta panjang lapangan terbang untuk bergerak ke ruang menunggu pesawat.


Jam 1 petang kami sudah berada di dalam pesawat.



Melayan kerenah anak-anak semasa penerbangan...


Sejam setengah kemudian sampailah kami di Aceh atau lebih tepat, bandara (bandar udara = lapangan terbang) Sultan Iskandar Muda.


Terus disambut kawan-kawan Aceh lalu dibawa menaiki kenderaan. 


Baru teringat. Ada seorang kawan dari Aceh turut bersama dalam penerbangan selepas menyelesaikan beberapa urusan di Malaysia. Singgah di perkuburan massal atau tanah perkuburan ramai mangsa Tsunami 2004 di Siron.



Sementara yang lain mendengar taklimat tentang perkuburan massal saya lari sebentar ke kompleks makam Maharajelela yang terletak berdekatan.


Selepas itu kami mahu makan di sebuah restoran tengah sawah. Tiba-tiba kami menerima undangan untuk makan di tempat lain dalam kawasan kota Banda Aceh.


Ada majlis sambutan Maulidur Rasul baru selesai dan ada makanan masih tinggal.


Menariknya undangan diterima daripada BPPD iaitu Badan Pembinaan dan Pendidikan Dayah, Ini merujuk pada badan yang menyelenggarakan sekolah-sekolah agama dan madrasah seluruh Aceh. Kami diberitahu ia adalah satu-satunya badan kerajaan sebegitu di seluruh Indonesia.


Selepas makan kemudian solat Asar berjemaah seraya menjamakkan Zohor kami pergi ke tempat bot tersangkut atas rumah akibat pukulan ombak Tsunami 2004. Lihat artikel Visiting the boat on roof at Lampulo again di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Ini diikuti ziarah ke makam ulamak besar Aceh abad ke-17 Masihi bertaraf wali iaitu Sheikh Abdul Rauf Singkel, juga dikenali sebagai Syiah Kuala. Dah banyak kali ke sini, baru kali ini tahu yang manakah makam isteri beliau. Lihat artikel On to the tomb of Syiah Kuala  diikuti Makam isteri Sheikh Abdul Rauf Singkel (Tomb of wife of Sheikh Abdul Rauf Singkel) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Dari kompleks makam boleh kelihatan dengan jelas pulau peranginan bernama Pulau Weh ke utara. Kami merancang mahu ke sana selepas solat Jumaat keesokan harinya. Lihat Looking at Pulau Weh from Syiah Kuala tomb.


Masuk waktu Maghrib kami check-in di Hotel Lading di tengah Banda Aceh. Tengok-tengok ada 3 orang kenalan dari Malaysia dah duduk tercongok menunggu lama di sana. Memandangkan mereka berhajat untuk menziarahi makam Syiah Kuala kami ke sana lagi pada malam harinya. Makan malam dahulu di sebuah restoran sebelum ke sana sekitar jam 10.


Selepas itu baru ke masjid utama Banda Aceh iaitu Masjiid Baiturrahman yang terletak berdekatan dengan hotel. Kami sampai ngam-ngam setelah selesai satu majlis zikir malam Jumaat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan