Rabu, Mac 15, 2017

Menyahut (lagi) panggilan Muar

Salam semua. Jumaat lepas saya telah menulis satu artikel bertajuk Taman dinosaur Muar - Tarikan baru percuma bandar diraja Johor menunjukkan satu tarikan baru yang dilawati ketika balik kampung ke Muar hujung minggu sebelum itu. Saya tidak memberitahu bahawa itu adalah kali pertama saya balik kampung untuk tahun 2017. Tengok-tengok saya kena pergi lagi ke sana seminggu selepas itu.


Ahad 12 Mac 2017. Saya bertolak lagi ke Muar kerana ada urusan keluarga yang muncul secara tiba-tiba. Kali ini saya tidak membawa isteri dan anak-anak. Ini kerana tidak mahu terkejar-kejar untuk kembali ke Rawang akibat isteri kerja pejabat dan anak-anak bersekolah keesokan harinya.



Seperti biasa saya suka mengambil Lebuh Raya LEKAS ke Seremban kemudian mengambil jalan lama ke selatan. Sampai ke barisan gunung yang mengunjur hampir ke sempadan negeri Melaka timbul rasa untuk masuk jalan kampung ke kawasan kaki pergunungan.


Tengok-tengok ada tempat menarik di lereng gunung.


Ada kolam renang menggunakan air gunung. Pemandangan pun agak cantik dari tempat tersebut. Lihat artikel The slope and swimming pool at Gunung Tampin di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan disambung melalui laluan biasa di Taboh Naning. Biasanya saya meneruskan menghala ke Alor Gajah kemudian samada mengambil Lebuh AMJ lalu di pinggir bandar raya Melaka atau mengelak persekitaran bandar raya... dengan cara mengambil jalan kampung ke Durian Tunggal. Kali ini timbul rasa hendak mengambil Lebuh Raya PLUS dengan niat mahu keluar di tol Tangkak. Tengok-tengok terasa hendak meneruskan lagi ke selatan.


Ada 'panggilan' baru muncul menyebabkan saya keluar dari tol Pagoh...








Ziarah ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah. Dah agak lama juga tak singgah. Selepas itu baru kembali ke rumah ibu bapa di Kampung Temiang.


Esok pagi Isnin 13 Mac saya keluar untuk bersiar-siar di bandar Muar.


Nombor tiket letak kereta di suatu tempat. Tertarik dengan nombor yang kelihatan di kanan...


Seperti biasa apabila balik kampung saya suka pergi ke tepian Sungai Muar.


Makan nasi beringin.


Seronoknya bila berjalan sorang diri ni saya tak tersekat dengan kesuntukan masa mahupun tenaga orang lain. Saya boleh berjalan kaki puas-puas keliling bandar Muar seperti biasa dibuat semasa zaman budak-budak.


Terlihat buku saya yang ke-9 terbitan tahun lepas terpampang cantik di sebuah kedai.


Pekena pula air pear sambil jalan-jalan. Lihat artikel Walking around the town of Muar diikuti More walking around the town of Muar.


Saya juga meluangkan masa di Masjid Jamek Muar, tempat saya rajin bermain antara solat  tahun 70an.





Masa balik kampung seminggu sebelum itu tak sempat singgah di masjid kerana berjalan bersama isteri dan anak-anak sambil membawa ibu bapa.


Kali ini saya juga berjalan kaki di kawasan rekreasi sebelah masjid sampai puas. Lihat The new esplanade at Tanjung Emas.


Lewat petang, setelah mengambil sedikit masa lagi berbual bersama ibu bapa baru meninggalkan Muar.


Buat pertama kali saya singgah di tempat rehat tepi jambatan di sempadan Johor-Melaka iaitu pada laluan Lebuh AMJ...




Baru saya tahu Sungai Kesang yang diseberangi jambatan adalah satu habitat buaya. Siap ada tanda awas Lihat Relaxing at the Sungai Rambai rest stop.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan