Rabu, Mac 08, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation

Bersambung daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation. Sekarang bolehlah dikumpulkan pula pautan bagi cerita-cerita perjalanan di tengah Sumatera 25 Januari - 1 Februari.



Perjalanan ini tercetus apabila ada kawan mahu mengadakan rombongan silaturahim ke Pagaruyung, pusat tradisional kekuasaan dan pemerintahan Alam Minangkabau. Mereka dijadualkan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar itu 26 - 28 Januari tetapi menginap agak jauh di Bukit Tinggi. Saya tiada bajet untuk menyertai rombongan. Tiba-tiba, tanpa dipinta mahupun ditanya seorang kawan lain yang pernah sampai menawarkan untuk menaja perjalanan. Cuma saya masuk lambat lalu untuk menjimatkan belanja tiket akibat harga naik saya diberikan penerbangan pergi sehari lebih awal iaitu pada hari Rabu 25 Januari. Ini adalah 4 hari sahaja selepas saya kembali daripada perjalanan pertama tahun 2017 iaitu daripada 12 hingga 21 Jan Cerita-cerita perjalanan tersebutlah yang dikumpulan dalam artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

Rupa-rupanya ada 4 orang lagi ahli rombongan menaiki penerbangan yang sama kerana ada sedikit silap faham antara penganjur dengan pihak yang ditugaskan untuk membeli tiket kapal terbang. Hikmahnya, selain sampai lebih awal kami dapat bermalam di Padang, ibu kota propinsi (bersamaan negeri) Sumatera Barat sebelum bertemu ahli lain rombongan di lapangan terbang. Ini disebabkan Padang terkeluar agak jauh daripada jalur perjalanan yang boleh membawa terus ke Pagaruyung dari lapangan terbang,

Apapun seperti perjalanan 12-21 Jan yang asalnya disebabkan mahu menyertai rombongan ke Patani 13-15 Jan saya merasakan  jadual asal perjalanan di Sumatera ini iaitu 26-28 Jan tidak memadai. Bukan selalu dapat peluang mengembara ke luar negara. Alang-alang dah pergi jauh biarlah dipanjangkan untuk meliputi beberapa lagi lokasi. Saya pun membuat keputusan untuk berpecah dengan rombongan apabila sampai masa untuk mereka kembali ke Malaysia. Saya meneruskan perjalanan secara backpack bersendirian menuju ke pantai timur Sumatera...



1. Flight to Padang, Sumatera

2. Minangkabau airport to Padang city

3. Masjid Agung (Great mosque of) Nurul Iman, Padang

4. Walking around Padang city centre

5. Masjid (Mosque of) Taqwa Muhammadiyah, Padang

6. Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bertapak di Padang

7.  From Padang back to the airport

8.  From airport to Padang Panjang

9. Padang Panjang to Tanah Datar and Sungai Tarab

10. Masjid (Mosque of) Ma'mur, Tiga Batur

11. Visit to the house of Sultan Taufik, the person said to hold the title of Daulat Pagaruyung




























































71. Masjid (Mosque of) Nurul Iman, Bangkinang















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan