Rabu, Mac 08, 2017

Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation

Salam semua. Dengan selesainya penceritaan siri "Jejak kerajaan lama tengah Sumatera" semalam bolehlah semua artikel yang telah dibuat untuk siri itu termasuk artikel-artikel sokongan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dikumpulkan pautannya untuk bacaan mudah dan teratur. Tetapi sebelum itu biar dikumpulkan dahulu segala pautan berkenaan untuk siri "Misi jejak Aceh-Langkasuka". Siri ini telah tamat 8 hari lalu maka memang patutlah artikel kompilasi tentangnya dibuat terlebih dahulu.



Ini adalah pengembaraan pertama merangkap pembukaan buat saya bagi tahun 2017. Ia tercetus apabila mendapat tahu orang yang saya anggap guru dalam kajian batu nesan Aceh, Dato Dr Othman Yatim atau Prof Othman diundang ke Patani di selatan Thailand untuk satu forum berkenaan penemuan batu Aceh di sana. Satu rombongan kecil dari Malaysia dijadualkan ikut sama. Majlis mahu dilangsungkan Sabtu 14 Januari dan rombongan akan masuk melalui Ratu Panjang 13 Januari sebelum kembali ke tanah air 15 Januari.

Rombongan bertolak dengan pesawat dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru 13 Januari dan kembali ke KL 15 Jan dengan penerbangan juga. Saya pula bercadang untuk mengambil jalan darat. Apabila perkara ini disuakan kepada beberapa orang kawan, dua orang kawan wanita mahu ikut sama. Kami pun bertolak dengan kereta Khamis malam Jumaat 12 Januari ke Kelantan. Esoknya bertemu rombongan di lapangan terbang lalu kami sama-sama masuk ke Thailand dengan van,

Cuma saya merasakan tempoh 13-15 Januari itu terlalu singkat, tak puas berjalan di sana. Saya pun membuat keputusan akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan awam atau apa yang dapat sehingga ke Songkhla (Singgora) sementara yang lain kembali. Dua hari kemudian baru saya bertolak ke tanah air, itupun melalui Padang Besar, Perlis tidak melalui Ratu Panjang. Selepas itu saya bercadang untuk bermalam di Alor Setar kemudian di Ipoh sebelum kembali ke rumah,

Tetapi muncul hal-hal tertentu yang menyebabkan saya memakan masa dua malam lagi di perantauan. Apapun ini adalah kali pertama saya mengembara bersendirian secara backpack sejak kembali berumahtangga penghujung 2008.



1. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Pembukaan malam Jumaat

2. Rupa baru masjid Jelawang (New look of the mosque of Jelawang)

3. Visiting Gunung Stong waterfalls after more than 6 years




7. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Air terjun Gunung Stong dan faktor 313 sebelum masuk ke selatan Thailand

8. Patani town from the 5th floor of a main hotel

9. Masjid sekolah Amanasak (Mosque of the Amanasak school), Patani

10. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Forum Batu Aceh di Patani, asbab utama perjalanan dibuat

11. Kota Mahligai, Langkasuka?





















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan