Ini ada satu artikel dari blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) yang baru dibuat tadi lalu harus dikongsikan di sini juga, artikel ke-292 di blogspot tersebut. Menariknya, gerak untuk menulisnya muncul pada ketika saya mahu membuat sesi bedah buku di ibu kota Kuala Lumpur dalam tempoh 9 jam lagi dan isteri dijangka muncul dalam suratkhabar esok hari. Lihat Bedah buku di Kota Buku dan jenama Bona Fida untuk surat khabar. Perkongsian di sini pula membentuk artikel ke-1510 di blogspot ini. Semoga ini menjadi petanda banyak perkara baik akan muncul buat usaha dan perjuangan saya. Amin. :]
------------------
Salam malam Jumaat. Pada bahagian akhir artikel Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu yang ditulis setengah jam lalu ada disebut telah timbul satu keadaan yang mengubah gerak aturan bercerita sehingga saya membuat artikel tersebut sebegitu rupa. Keadaan yang dimaksudkan adalah ada sahabat dalam dunia persilatan telah berkongsikan gambar-gambar berikut. Saya copy paste cerita berkenaan yang telah dibuat di Facebook dengan sedikit suntingan...
SAYA DAN HIKMAH DALAM MAJALAH SENI BELI DIRI
Alhamdulillah ada orang dah kongsi cerita saya bersama HIKMAH yang keluar dalam majalah Seni Bela Diri untuk bulan Disember. Sebetulnya saya pernah diundang untuk ditemuramah oleh seorang wartawan majalah tersebut pada acara ke-7 HIKMAH di Hang Tuah Centre, Melaka 30 November 2013 lagi. Tapi saya menolak dengan baik kerana tak fikir akan begitu lama mengendalikan HIKMAH. Masuk acara ke-14 di masjid lama Chenor, Pahang 9 Mei 2015 pengasas dan pengendali majalah, saudara Azlan Ghanie sendiri menjadi salah seorang pembentang. Beliau membentang lagi pada acara ke-18 di Muzium, Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 iaitu sekitar sebulan lepas lalu mengundang saya untuk ditemuramah di pejabatnya dalam masa terdekat.
Dua minggu kemudian saya menghubungi beliau untuk satu urusan lain. Lalu cikgu Azlan meminta saya untuk datang ke pejabat dalam tempoh 2-3 hari itu. Saya pun sampai pada suatu petang Jumaat lalu kami berbual-bual panjang tentang pelbagai perkara. Hasilnya adalah artikel dalam majalah Seni Bela Diri edisi Disember 2016 seperti yang kelihatan di atas. Untuk lain-lain cerita dan gambar dalam majalah boleh masuk sini...
------------------
Nota tambahan tentang hal ini. Adapun saya memang bercadang untuk berkongsi isi berkaitan dalam majalah tetapi apabila dah masuk bulan Disember nanti, dan selepas saya mendapat satu naskah majalah, tak tahu lagi dari mana. Tetapi bila melihat ia sudah ditunjukkan oleh sahabat tersebut melalui FB beliau lalu ditag beberapa orang termasuk saya. timbul rasa ia mesti dikongsikan dalam blogspot HIKMAH malam ini juga. Kebetulan pagi Jumaat ini jam 9.15 saya akan mengadakan satu sesi ulasan buku di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Lihat artikel Bedah buku di Kota Buku dan jenama Bona Fida untuk surat khabar di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Penulisan menurut gerak malam Jumaat ini pula membentuk artikel ke-292 di blogspot HIKMAH. Terasa semuanya muncul dengan barakah dan hikmahnya yang tersendiri, insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan