Bersambung daripada artikel Car Book Sale dan acara Singgah Santai di Perpustakaan Negara.
Alang-alang sudah berada di Perpustakaan Negara saya mengambil peluang untuk melihat satu pameran di ruang legar bangunan utamanya...
Bertajuk Pamaeran Khazanah Warisan Negara, ia berlangsung 28 Mac hingga 31 Mei 2016.
Pada mulanya saya tidak ingin mengambil gambar. Saya bertukar fikiran apabila terlihat paparan ini.
Ia menunjukkan sebuah peta tahun 1779, peta tertua yang dimiliki oleh perpustakaan. Lihat betul-betul bentuk muka bumi yang dipaparkan. Pada saya ia boleh dijadikan bukti bahawa Sungai Perak masih memiliki delta pada zaman itu, delta yang membawa pada kewujudan apa yang dipanggil sebagai Pulau Perak.
Bila dah ambil gambar saya teruskan dengan merakamkan lain-lain barangan pameran...
Tengok-tengok peta lama tahun 1779 itu ada dipamerkan sekali...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan