Ahad, Mei 15, 2016

Car Book Sale dan acara Singgah Santai di Perpustakaan Negara

Untuk cerita kali ini biar dikongsikan dahulu update yang dibuat di Facebook saya 13 Mei Jumaat malam Sabtu jam 9.59 pm...

----------------


3 HARI 3 MALAM DI PAHANG MEMBAWA KE PERPUSTAKAAN NEGARA

Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya baru sahaja kembali ke rumah setelah keluar bermusafir seorang diri 3 hari 3 malam di negeri Pahang. Dapatlah bermalam di surau Kampung Gemeti, Bentong, masjid lama Kuala Lipis juga masjid jamek Pulau Tawar (berdekatan makam pahlawan terkenal Mat Kilau) dan beriktikaf di beberapa buah masjid lain. Sempat meneliti aliran air Sungai Pahang dari Kuala Medang di kaki Banjaran Titiwangsa membawa ke Kuala Lipis, Kuala Tembeling, Jerantut Feri, Pulau Tawar, Temerloh hingga ke Chenor. Nanti ada masa dan kelapangan akan saya ceritakan dalam blogspot.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan siang ini iaitu pada hari Sabtu 14 Mei saya akan berada di Perpustakaan Negara, KL untuk menyertai acara car book sale. Dah lama saya tak ikut acara jualan buku tersebut. Kali ini dan buat pertama kali saya akan menjual juga buku2 baru saya bersama Hijjaz Record Publishing (HRP). Menariknya buku2 ini telah dibawa mengembara bersama keliling Pahang. Ini kerana selepas mengambilnya dari stor petang Selasa saya terus membawa dalam kereta untuk berjalan. Kiranya ini stok istimewa yang memiliki keberkatan tertentu. Bolehlah dapatkannya daripada saya di Perpustakaan Negara siang nanti... :]


Pagi Sabtu 14 Mei saya pun bergegas ke Perpustakaan Negara untuk menyertai acara...


Sudah lama, sudah lebih setahun rasanya saya tidak menyertai acara Car Book Sale ini. Yang ingat kali terakhir saya menyertainya adalah pada penghujung tahun 2014. Lihat artikel lama Car Book Sale di Perpustakaan Negara dan sambutan Hari Kanak-kanak. Nampaknya dah ada banyak perubahan. Bukan setakat buku, baju-baju pun ada dijual sama.








Oh. Setelah melihat balik artikel lama yang dipautkan tadi ternyata sejak itu juga sudah ada dijual baju pada acara di Perpustakaan Negara ini. Cuma rasanya ketika itu ia belum begitu ketara. Baju-baju dan barangan lain cuma diselitkan sedikit antara jualan buku.


Ini adalah gerai jualan saya. Seperti biasa ia cukup sempoi.


Buku pun cuma ada 5 tajuk sahaja. Itupun nasib baik saya telah mengambil 2 tajuk terbaru (kelihatan di hujung kiri) pada petang Selasa lalu, kalau tidak cuma 3 tajuk sahaja ada dalam tangan. Saya ada 4 tajuk buku lagi tetapi tiada stok sendiri.


Bandingkan dengan gerai-gerai lain yang ada bermacam-macam tajuk buku...








Bila terlihat sepanduk di kiri ini nampaknya acara tidak dipanggil sebagai Car Book Sale lagi. Nampaknya itu tajuk lama. Sekarang ia dipanggil Singgah Santai.


Dengan itu skop jualan/pameran adalah lebih meluas, bukan untuk buku sahaja.


Gerai makanan dan minuman pun banyak.


Siap ada pameran polis lagi...





Terdapat pula khemah untuk pentas utama yang menjadi pusat pelbagai aktiviti baru. Baru le bagi saya yang baru menyedari ini adalah kali ke-3 acara dibuat atas nama Singgah Santai bermula penghujung tahun 2015. Kata orang le...














Ruang aktiviti untuk kanak-kanak juga cukup terserlah.








Pendek kata ia kelihatan jauh lebih meriah daripada apa yang saya ingat. Sesuailah untuk menarik orang ramai datang. Tapi tu le, lebih untuk bersantai. Kalau untuk mereka yang serius mencari ilmu, ahli pemikir dan sebagainya saya rasa dah tak berapa sesuai...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan