Jumaat, Jun 26, 2015

Jejak Kalimantan Barat - Kesultanan Landak, Raja Abdul Kahar dan pembantaian Jepun di Mandor

Salam Jumaat kedua bulan Ramadhan ini. Sampai masa untuk bercerita tentang hari ke-4 perjalanan di Kalimantan Barat baru ini.Bersambung daripada Jejak Kalimantan Barat - Sultan-sultan Sambas, Opu Daeng Kemasi dan Gusti Jamiril.


Khamis 11 Jun 2015. Pemandangan pagi hari di luar hotel tempat kami menginap di kota Ngabang, pusat kerajaan lama bernama Landak menandakan sudah masa untuk keluar berjalan lagi.





Destinasi kami adalah pekan kecil atau mungkin lebih tepat, kampung Mungguk, 10 km sahaja ke utara Ngabang, Tak jauh sangat tapi keadaan jalan menyebabkan kami mengambil masa lebih 20 minit untuk sampai. Lihat artikel Going to Mungguk di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tujuan kami datang adalah untuk menziarahi makam raja pertama Landak yang masuk Islam. Kami dinasihatkan oleh penduduk tempatan agar bertemu dengan ketua kampung terlebih dahulu.


Dekat 45 minit juga kami berkenalan lalu berbual-bual bercerita macam-macam. Alhamdulillah ketua kampung sudi menunjukkan jalan.


Beliau membawa kami menziarahi makam atau peninggalan ulamak yang mengIslamkan raja Landak terlebih dahulu, katanya datang dari Melaka. Lihat Makam Kiyai Kesumi dan meriam-meriam (Tomb of Kiyai Kesumi and cannons) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).  Kami juga ditunjukkan makam panglima yang mengiringi kedatangan ulamak. Lihat Makam (Tomb of) Panglima Bongkok.


Selepas itu kami dibawa menyeberangi sungai untuk ke makam. Nasib baik ada ketua kampung membawa sampan. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana kami boleh sampai. Lihat Crossing Landak river at Mungguk,


Sampai ke seberang kelihatan sebuah pintu gerbang menunggu.


Jalan dalam 200-300 meter sampailah ke bangunan makam.


Selamat datang ke makam raja pertama kerajaan Landak yang memeluk Islam. Untuk makluman baginda adalah keturunan Raja Majapahit bercampur puteri ketua Dayak. Lihat Makam (Tomb of) Raja Abdul Kahar.


Cerita tentang kerajaan Landak yang terpapar dalam bangunan makam. 



Salasilah raja dan keturunan.


Kembali ke pekan Mungguk kami diberitahu terdapat jabatan gantung ini. Kami pun saja-saja menyeberang. Gambar ini diambil selepas selesai menyeberang. Lihat Hanging bridge over river Banyuke.


Kembali ke rumah ketua kampung, kami makan di warung yang diusahakan isterinya. Tengok-tengok ada pula makanan jajan ini. Untuk mereka yang hendak berbaik-baik dengan setan agaknya... :]



Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap pada tangan saya.


Lama pulak duduk kat situ. Entah apa maknanya. Bila nak masuk kereta baru ia beredar...


Kami kembali ke Ngabang untuk sedikit lagi urusan.


Antaranya adalah menziarahi kawasan makam diraja tidak jauh di belakang masjid kemudian ke sebuah sekolah pondok berhadapan istana, Dapat pula melihat pemandangan cantik Sungai Landak di sekitar. Lihat :-



Landak river from Al-Muslimun, Ngabang



Jam 1.20 petang waktu tempatan baru kami bergerak meninggalkan Ngabang lalu menghala kembali ke kota Pontianak.





Sampai ke satu tempat bernama Mandor kami melawat kawasan di mana telah disemadikan lebih 21,000 pemuka masyarakat Kalimantan Barat yang dibunuh beramai-ramai oleh Jepun 1943-1944. Ini termasuk raja-raja dan para kerabat. Pembantaian ini secara efektifnya menamatkan pemerintahan diraja di wilayah yang saiznya lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, tinggal keturunan kerabat yang masih selamat sebagai lambang pernah wujud pemerintahan diraja yang kini tinggal institusi adat. Lihat Memorial mangsa Jepun (Memorial for Japanese victims), Mandor dan Makam massal (Mass tombs of) Mandor.


Selepas berlegar sekitar 15 minit kami pun menyambung perjalanan.





Hari nak gelap baru sampai ke pinggir kota Pontianak.


Terus menuju ke kawasan istana yang terletak tidak jauh daripada kuala Sungai Landak. Kiranya persinggahan kami di Ngabang dan Mungguk yang pernah menjadi pusat kerajaan Landak sangat berkaitan. Untuk pengetahuan, Sungai Landak mengalir masuk ke Sungai Kapuas, sungai terpanjang di Kalimantan malah seluruh Indonesia. Dekat pertemuan itulah didirikan pusat kerajaan Pontianak beberapa ratus tahun setelah berdirinya kerajaan Landak.


Seperti di lain-lain pusat kerajaan yang kami singgah, masjid utama juga terletak di dalam lingkungan besar kawasan istana. Lihat Masjid (mosque of) Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri malam hari (at night).



Selepas solat kelihatan orang membuat majlis Maulud dan Marhaban. Oh, beginilah cara mereka meraikan malam Jumaat. Kami pun turut serta...


Selepas itu kami singgah ke istana kerajaan Pontianak. Tapi setakat melihat-lihat daripada luar. Siang nanti kami akan lihat lebih dekat.


Isnin, Jun 22, 2015

Iftar KL 2015

Sedikit cerita ringan tapi bermakna...


Petang Ahad baru ini saya singgah ke Dataran Merdeka lalu mendapati satu acara sedang diadakan di jalan berhadapan dataran dan bangunan Sultan Abdul Samad.


Nampak macam ada show...


Ada pula hidangan dan orang ramai duduk atas tikar.





Kami diberitahu ini adalah acara berbuka puasa bersama beberapa aktiviti disediakan kepada orang ramai secara terbuka dan percuma...



Ketika itu saya dan keluarga datang berbusana tradisional kerana mahu menyokong kawan-kawan aktivis yang melakukan aktiviti di Dataran Underground, kompleks membeli-belah bawah tanah yang terletak betul-betul di bawah Dataran Merdeka.





Acara berbuka puasa ini dipanggil Iftar KL. Saya diberitahu ia diadakan buat pertama kali oleh JKKN, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tahun ini lalu turut dipanggil sebagai Iftar KL 2015.


Pelbagai aktiviti sampingan disediakan dan ini akan berlanjutan setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan.










Seorang lagi kawan aktivis muncul bersama isteri dan anak-anak. Bersama dalam gambar dua orang rakan aktivis lain yang telah berada di Dataran Underground sejak pagi lagi.


Walaupun boleh makan bersama hadirin lain di atas jalan kami memilih untuk kembali ke bawah iaitu ke Dataran Underground untuk berbuka bersama dalam kalangan aktivis.


Di sini saya ingin mengambil peluang untuk memberitahu bahawa kami telah diberi ruangan luas di Dataran Underground untuk mengadakan aktiviti sambil membantu menarik orang ramai datang berkunjung ke kompleks membeli-belah. Saya ingin memanjangkan jemputan kepadas rakan-rakan aktivis lain baik dalam dunia busana mahupun persilatan, keagamaan, tariqat juga pengkaji budaya dan sejarah agar turut sama memeriahkan Sabtu dan Ahad 10 pagi hingga 10 malam pada minggu-minggu akan datang. Kalau sambutan baik insyaallah kami boleh terus mendapat ruang sehingga selepas Ramadhan. Makan dan minum jangan risau. Boleh bersama orang ramai dalam program Iftar KL... :]