Isnin, Jun 22, 2015

Iftar KL 2015

Sedikit cerita ringan tapi bermakna...


Petang Ahad baru ini saya singgah ke Dataran Merdeka lalu mendapati satu acara sedang diadakan di jalan berhadapan dataran dan bangunan Sultan Abdul Samad.


Nampak macam ada show...


Ada pula hidangan dan orang ramai duduk atas tikar.





Kami diberitahu ini adalah acara berbuka puasa bersama beberapa aktiviti disediakan kepada orang ramai secara terbuka dan percuma...



Ketika itu saya dan keluarga datang berbusana tradisional kerana mahu menyokong kawan-kawan aktivis yang melakukan aktiviti di Dataran Underground, kompleks membeli-belah bawah tanah yang terletak betul-betul di bawah Dataran Merdeka.





Acara berbuka puasa ini dipanggil Iftar KL. Saya diberitahu ia diadakan buat pertama kali oleh JKKN, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tahun ini lalu turut dipanggil sebagai Iftar KL 2015.


Pelbagai aktiviti sampingan disediakan dan ini akan berlanjutan setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan.










Seorang lagi kawan aktivis muncul bersama isteri dan anak-anak. Bersama dalam gambar dua orang rakan aktivis lain yang telah berada di Dataran Underground sejak pagi lagi.


Walaupun boleh makan bersama hadirin lain di atas jalan kami memilih untuk kembali ke bawah iaitu ke Dataran Underground untuk berbuka bersama dalam kalangan aktivis.


Di sini saya ingin mengambil peluang untuk memberitahu bahawa kami telah diberi ruangan luas di Dataran Underground untuk mengadakan aktiviti sambil membantu menarik orang ramai datang berkunjung ke kompleks membeli-belah. Saya ingin memanjangkan jemputan kepadas rakan-rakan aktivis lain baik dalam dunia busana mahupun persilatan, keagamaan, tariqat juga pengkaji budaya dan sejarah agar turut sama memeriahkan Sabtu dan Ahad 10 pagi hingga 10 malam pada minggu-minggu akan datang. Kalau sambutan baik insyaallah kami boleh terus mendapat ruang sehingga selepas Ramadhan. Makan dan minum jangan risau. Boleh bersama orang ramai dalam program Iftar KL... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan