Salam Jumaat kedua bulan Ramadhan ini. Sampai masa untuk bercerita tentang hari ke-4 perjalanan di Kalimantan Barat baru ini.Bersambung daripada Jejak Kalimantan Barat - Sultan-sultan Sambas, Opu Daeng Kemasi dan Gusti Jamiril.
Khamis 11 Jun 2015. Pemandangan pagi hari di luar hotel tempat kami menginap di kota Ngabang, pusat kerajaan lama bernama Landak menandakan sudah masa untuk keluar berjalan lagi.
Destinasi kami adalah pekan kecil atau mungkin lebih tepat, kampung Mungguk, 10 km sahaja ke utara Ngabang, Tak jauh sangat tapi keadaan jalan menyebabkan kami mengambil masa lebih 20 minit untuk sampai. Lihat artikel Going to Mungguk di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Tujuan kami datang adalah untuk menziarahi makam raja pertama Landak yang masuk Islam. Kami dinasihatkan oleh penduduk tempatan agar bertemu dengan ketua kampung terlebih dahulu.
Dekat 45 minit juga kami berkenalan lalu berbual-bual bercerita macam-macam. Alhamdulillah ketua kampung sudi menunjukkan jalan.
Beliau membawa kami menziarahi makam atau peninggalan ulamak yang mengIslamkan raja Landak terlebih dahulu, katanya datang dari Melaka. Lihat Makam Kiyai Kesumi dan meriam-meriam (Tomb of Kiyai Kesumi and cannons) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Kami juga ditunjukkan makam panglima yang mengiringi kedatangan ulamak. Lihat Makam (Tomb of) Panglima Bongkok.
Selepas itu kami dibawa menyeberangi sungai untuk ke makam. Nasib baik ada ketua kampung membawa sampan. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana kami boleh sampai. Lihat Crossing Landak river at Mungguk,
Sampai ke seberang kelihatan sebuah pintu gerbang menunggu.
Jalan dalam 200-300 meter sampailah ke bangunan makam.
Selamat datang ke makam raja pertama kerajaan Landak yang memeluk Islam. Untuk makluman baginda adalah keturunan Raja Majapahit bercampur puteri ketua Dayak. Lihat Makam (Tomb of) Raja Abdul Kahar.
Cerita tentang kerajaan Landak yang terpapar dalam bangunan makam.
Salasilah raja dan keturunan.
Kembali ke pekan Mungguk kami diberitahu terdapat jabatan gantung ini. Kami pun saja-saja menyeberang. Gambar ini diambil selepas selesai menyeberang. Lihat Hanging bridge over river Banyuke.
Kembali ke rumah ketua kampung, kami makan di warung yang diusahakan isterinya. Tengok-tengok ada pula makanan jajan ini. Untuk mereka yang hendak berbaik-baik dengan setan agaknya... :]
Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap pada tangan saya.
Lama pulak duduk kat situ. Entah apa maknanya. Bila nak masuk kereta baru ia beredar...
Kami kembali ke Ngabang untuk sedikit lagi urusan.
Antaranya adalah menziarahi kawasan makam diraja tidak jauh di belakang masjid kemudian ke sebuah sekolah pondok berhadapan istana, Dapat pula melihat pemandangan cantik Sungai Landak di sekitar. Lihat :-
Jam 1.20 petang waktu tempatan baru kami bergerak meninggalkan Ngabang lalu menghala kembali ke kota Pontianak.
Sampai ke satu tempat bernama Mandor kami melawat kawasan di mana telah disemadikan lebih 21,000 pemuka masyarakat Kalimantan Barat yang dibunuh beramai-ramai oleh Jepun 1943-1944. Ini termasuk raja-raja dan para kerabat. Pembantaian ini secara efektifnya menamatkan pemerintahan diraja di wilayah yang saiznya lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, tinggal keturunan kerabat yang masih selamat sebagai lambang pernah wujud pemerintahan diraja yang kini tinggal institusi adat. Lihat Memorial mangsa Jepun (Memorial for Japanese victims), Mandor dan Makam massal (Mass tombs of) Mandor.
Selepas berlegar sekitar 15 minit kami pun menyambung perjalanan.
Hari nak gelap baru sampai ke pinggir kota Pontianak.
Terus menuju ke kawasan istana yang terletak tidak jauh daripada kuala Sungai Landak. Kiranya persinggahan kami di Ngabang dan Mungguk yang pernah menjadi pusat kerajaan Landak sangat berkaitan. Untuk pengetahuan, Sungai Landak mengalir masuk ke Sungai Kapuas, sungai terpanjang di Kalimantan malah seluruh Indonesia. Dekat pertemuan itulah didirikan pusat kerajaan Pontianak beberapa ratus tahun setelah berdirinya kerajaan Landak.
Seperti di lain-lain pusat kerajaan yang kami singgah, masjid utama juga terletak di dalam lingkungan besar kawasan istana. Lihat Masjid (mosque of) Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri malam hari (at night).
Selepas solat kelihatan orang membuat majlis Maulud dan Marhaban. Oh, beginilah cara mereka meraikan malam Jumaat. Kami pun turut serta...
Selepas itu kami singgah ke istana kerajaan Pontianak. Tapi setakat melihat-lihat daripada luar. Siang nanti kami akan lihat lebih dekat.
Bro! Slamat berpuasa pd anda sekeluarga.... tkasiha pasal kongsi segala pembongkaran cerita sejarah nusantara ini...kesan sejarah ini membuatkan anak bangsa kita akansegar semula...juga dapat menyedari memang betul Bangsa Melayu sebenarnya di konspirasikan untuk lemah...moga Allah permudahkan anda..
BalasPadamTerima kasih. Amin...
BalasPadam