Sabtu, Ogos 22, 2015

Sekitar HIKMAH Beruas - Dari tempat-tempat bersejarah di Beruas membawa ke Lumut

Selepas 10 hari melupakan tentang apa yang berlaku di Beruas hampir 2 minggu lalu, biar disambung cerita. Meneruskan penceritaan daripada artikel Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam...


Pagi Ahad 9 Ogos 2015. Sampai masa untuk membuat lawatan lapangan ke tempat-tempat bersejarah di Beruas.



Ia mungkin bahagian atau segmen paling ditunggu-tunggu dalam acara HIKMAH kali ini. acara ke-15 setelah persatuan tidak rasmi tersebut ditubuhkan 12 Oktober 2012 iaitu kurang 3 tahun lalu. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). HIKMAH Beruas juga merupakan acara penutup kami untuk tahun 2015 dan acara terakhir buat beberapa lama. Selepas ini saya mahu memberikan tumpuan penuh pada penulisan buku dan kerja-kerja dokumentari...



Tempat pertama dilawati adalah Muzium Beruas. Letaknya di hujung barat pekan Beruas. 







Sedikit sejarah terpampang pada papan maklumat di halaman muzium. Ada kenyataan tentang batu bersurat yang pernah dilihat orang di Beruas, kenyataan yang membawa saya untuk mengadakan acara HIKMAH di sekitar ini. Rujuk artikel-artikel berikut :-








Muzium begitu meriah dengan kehadiran kami apa lagi ramai datang memakai busana tradisional Melayu penuh, bersampin, bertanjak dan berkeris. Lihat artikel Group visit to Beruas museum di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Oh. Sambil membuat lawatan, penggambaran dokumentari "Daulah Melayu" turut dilakukan bersama. Tujuannya, satu, untuk menunjukkan aktiviti saya sebagai hos yang agak aktif dengan acara-acara kedaulatan Melayu dan Islam, kedua, untuk menunjukkan sejarah kerajaan Beruas juga kerajaan lebih tua Gangganegara yang terkait dengannya. 


Tempat seterusnya dijejaki terletak dalam kawasan sekolah ini.





Kami diberitahu padang sekolah terletak di atas tapak pelabuhan purba kerajaan Beruas merujuk pada satu zaman di mana sungai besar pernah mengalir di hadapan ini. Perubahan zaman telah menyaksikan sungai mengering menjadi paya kemudian ditimbus menjadi padang. Lihat artikel Visit to site of Beruas ancient harbour.


Cuma ada satu bahagian sahaja yang masih berair lalu dikenali sebagai Tasik Mani Dendang. Menurut ceritanya ia pernah cuba ditimbus tapi tak dapat. Walaupun 1,000 muatan lori berisi tanah dan pasir dihumbankan ia tetap berair lalu dibiarkan begitu sahaja. Lihat Tasik (Lake of) Mani Dendang dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu kami berkonvoi masuk ke satu kawasan yang agak jauh ke pendalaman.


Di situ, di tempat bernama Pulau Meranti kami mengadakan tahlil di hadapan sepasang makam purba. Lihat  Convoy to Pulau Meranti.


Selesai itu kami makan tengah hari di balai Kampung Kota. Lihat Feted by Kampung Kota folks.






Dekat jam 2 petang baru masuk pendalaman kampung untuk menziarahi makam-makam lama yang dikenali sebagai "Makam Raja-raja Beruas". Lihat Tombs of the kings of Beruas.


Untuk penceritaan yang lebih mendalam lihat artikel HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan. Di sini cukup ditambah bahawa saya mengambil banyak masa kerana terdapat banyak penggambaran melibatkan tubuh badan saya harus dibuat...



Saya cuma selesai segala urusan penggambaran sekitar jam 3.20. Tak sempatlah melaksanakan rancangan asal menutup sesi lawatan lapangan juga keseluruhan HIKMAH Beruas secara rasmi di Kampung Kota seperti yang dirancang. Ketika saya sampai ke masjid ramai sudah meninggalkan kumpulan untuk berehat di chalet dan sebagainya, tinggal sedikit di masjid. Maka itu saya setakat dapat mengucapkan selamat tinggal pada mana-mana yang mahu bergerak kembali ke rumah masing-masing.


Saya dan keluarga sendiri kemudian berehat di chalet. Ternyata memang ramai kepenatan lalu telah lebih awal kembali untuk tidur di bilik masing-masing. Nasib baik kami diberi izin untuk keluar atau check-out lambat. Asalnya saya meminta kebenaran untuk semua yang menginap di chalet dapat keluar jam 2 lebih. Apa yang terjadi, ramai yang keluar sekitar jam 5. Tetapi ini tidak menjadi masalah buat pemilik chalet kerana esoknya hari bekerja, tiada siapa mahu masuk menyewa.


Sampai jam 6 masih agak ramai antara kami berlegar-legar di sekitar Kampung Banjar, minum ais kacang dan sebagainya di kedai. Selepas beberapa lama, baru kami meninggalkan Beruas dengan beberapa orang kawan memutuskan untuk mengikut saya dan keluarga berjalan-jalan di pekan Lumut.


Berehatlah kami di sana menikmati udara segar tepian Sungai Dinding yang luas sambil melihat matahari turun waktu senja. Lihat  Sunset in Lumut...


Setelah matahari turun sepenuhnya kami pergi ke masjid lama Lumut untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak. Selesai itu makan malam di restoran milik seorang kawan di Sri Manjung. Jam 10 malam baru mengorak langkah kembali ke Lembah Klang. Sekian.

4 ulasan:

  1. Salam tuan, keluarga mertua saya dulu tinggal di beruas dan mengajar di sk gangga. Mengikut isteri saya, dulu dijumpai satu sauh yang amat besar di dalam tasik atau takungan air semulajadi di sekitar kawasan itu. Mungkin ia berkaitan. Ada tak dipamerkan di muzium beruas?

    BalasPadam
  2. Wassalam. Saya pun ada dengar cerita ni. Tapi katanya sauh dah lama rosak dan patah pas tu hilang ke hapa. Kat muzium takda...

    BalasPadam
  3. Mengikut cerita isteri saya, tali sauh tu saja dah sebesar peha perempuan dewasa. Masa tu ada org dari jabatan antikuiti atau muzium datang ambik, tak tau apa jadi lepas tu

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam