Selasa, September 01, 2015

Menyusur Sungai Johor - Merealisasikan satu harapan lama

Salam semua. Memulakan satu siri kecil daripada perjalanan baru ini.

Khamis malam Jumaat 27 Ogos 2015 sekitar jam 10.15. Saya dan keluarga meninggalkan rumah untuk melakukan satu pengembaraan baru di selatan.


Memandangkan dah lewat malam kami terus masuk lebuh raya.





Keluar di Kulai terus ke Kota Tinggi kemudian Johor Lama.


Sebetulnya saya kurang sihat, ada demam, batuk dan selsema juga kepenatan untuk membuat perjalanan jauh. Namun memikirkan kami ke selatan ini adalah untuk merealisasikan satu harapan lama selain memenuhi harapan orang lain saya kuatkan semangat meneruskan perjalanan. Setelah beberapa kali berhenti kerana tak tahan penat lalu terlelap di tepi jalan, kami sampai di Johor Lama jam 5 pagi. Terus ke masjid jameknya, dapatlah berehat sebentar berbaring di dalam. Kemudian kena bangun untuk solat jemaah Subuh.


Masjid apabila hari sudah cukup terang.


Pemandangan Sungai Johor di sebelah masjid. Lihat artikel Johor river besides Johor Lama mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kelihatan isteri dan anak-anak sedang bersiap untuk satu acara. Ketika ini sudah jam 7.15 pagi.


Tidak lama kemudian muncul beberapa orang lagi berpakaian serupa iaitu busana tradisional Melayu.


Kami kemudian berkumpul di jeti Johor Lama. Lihat Converging at Johor Lama in traditional Malay attire.


Saya dan isteri sudah beberapa kali pergi ke kawasan ini. Tetapi inilah kali pertama kami mahu menaiki bot untuk melihat apa yang ada.


Kami ke sini untuk mengikuti satu program menyusur tempat-tempat bersejarah di tepian Sungai Johor dengan menaiki bot sambil memakai busana tradisional. Sudah lama kami menunggu program sebegini muncul kerana teringin untuk menjejak beberapa tempat bersejarah yang susah untuk dicapai melalui jalan darat. Maka itu apabila mendengar ada anak tempatan mahu menganjurkannya lalu memberitahu sebulan dua lalu kami antara orang paling awal terus menyatakan komitmen.


Tu dia. Walaupun ramai yang datang ini adalah orang Johor mereka pun tidak pernah naik bot menyusur Sungai Johor.


Anak kecil saya, si Johan pun seronok. Bot membawa kami menghulu sekitar 18 km hingga Sungai Johor yang lebarnya di Johor Lama adalah sekitar 2.5 km menyempit menjadi kurang 200 meter. Lihat Johor Lama to Bukit Seluyut by boat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan