Isnin, Ogos 17, 2015

Rumah terbuka Merah Silu 30 Syawal 1436

Salam semua. Merujuk pada artikel Sekitar HIKMAH Beruas - Tanjung Malim, Tapah dan Lata Kinjang dan Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam yang dibuat beberapa hari lalu, masih ada satu artikel berkenaan untuk melengkapkan cerita. Ia akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi insyaallah. Sekarang biar dipersembahkan satu artikel raya.


Awal bulan Syawal tahun ini iaitu sebulan lalu saya ada membuat artikel bertajuk Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal untuk menceritakan sedikit suasana sambutan raya buat saya dan keluarga. Ini diikuti artikel Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu 3 minggu kemudian. Sejak itu saya dan isteri merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Setelah mengambil kira beberapa perkara termasuk kesempitan/kesibukan hari bekerja juga penganjuran acara ke-15 HIKMAH di Beruas (rujuk Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam) kami mendapati tarikh terbaik untuk mengadakannya adalah pada Sabtu 15 Ogos 2015. Merangkap 30 Syawal 1436 Hijriah ia adalah hari terakhir bulan Syawal tahun ini. Undangan terbuka pun diwar-warkan di Facebook beberapa hari lalu.


Sampailah hari Sabtu untuk melaksanakan acara. Adapun petang Khamis saya telah bertolak ke kampung di Muar untuk mengambil ibu bapa, kembali ke rumah bersama mereka lalu sampai jam 10 malam sebelumnya. Pagi Sabtu hingga Zohor dipenuhkan dengan persiapan membersihkan rumah dan sebagainya sementara isteri sibuk memasak di Johor. Sekitar jam 1.40 kami mendapat tetamu pertama...






Kawan-kawan daripada tim produksi dokumentari "Daulah Melayu" berbual-bual dengan ayah saya.



Isteri menyediakan apa yang patut di ruang makan. Kami suami isteri belum sempat menukar pakaian kerana terlalu sibuk membuat persiapan sejak awal pagi...



Hidangan kami bahagikan di dua tempat, satu di ruang makan satu lagi di luar rumah...





Jam 2.10 gitu tetamu pertama berbusana penuh tradisional Melayu pun muncul. Sepatutnya saya pun berpakaian begitu. Tapi belum sempat nak salin baju, nak salin pula kena mandi dahulu, nak mandi kena tunggu peluh dah kering. Takpa. Tetamu pun tak kisah saya masih berpakaian basahan ketika itu...


Tengok tu. Anak bongsu saya malah tidak berbaju. Nak bagi salin pakaian elok pun kena tunggu masa yang sesuai untuk budak tu. Anak-anak semua takda hal. Mereka seronok sahaja di ruang yang disediakan untuk permainan.



Sedikit demi sedikit semakin ramai tetamu muncul.






Nasib baik rumah saya memiliki banyak ruang yang boleh digunakan.





















Tetamu tak le datang ramai sekali gus. Tetapi mereka datang tak putus-putus, silih berganti antara yang pergi dan baru datang...



Pondok di hadapan rumah menjadi salah satu port kegemaran...





Seronok melihat ramai tetamu datang termasuk kawan-kawan lama semasa membesar di sekolah berasrama penuh 30 tahun yang lampau.


Sebelum Maghrib sempat mengajak beberapa orang kawan ikut panjat bukit berdekatan untuk menikmati pemandangan. Oh, saya sudah berpakaian elok sejak selepas Asar...








Suasana apabila waktu Maghrib. Ketika ini beberapa orang sudah naik ke loteng rumah untuk menunaikan solat berjemaah.


Kembali ke bawah selepas solat.



Muncul lagi tetamu-tetamu baru untuk memeriahkan keadaan.















Kami, terutama para aktivis budaya dan kedaulatan Melayu sempat mengadakan mesyuarat untuk menjayakan satu majlis akan datang... bukan majlis HIKMAH tetapi kami diminta memeriahkan...





Rumah terus hidup hingga ke tengah malam.


Esoknya pagi Ahad muncul seorang kawan yang tidak sempat datang ke majlis hari sebelumnya.


Selepas beberapa lama berbual-bual beliau menghadiahkan saya satu set memanah...


Beberapa lama selepas beliau kembali muncul dua orang tetamu dari Aceh, seorang membawa isteri dan anak-anak.


Sebetulnya rumah ini telah didatangi tetamu sejak malam sebelum majlis rumah terbuka iaitu sejurus selepas saya selamat kembali membawa ibu bapa datang dari kampung. Kalau ikut penat memang tak terlayan tapi kita orang Melayu dan Islam harus sentiasa cuba untuk menggembirakan tetamu apa lagi kami percaya mereka datang membawa berkat, alhamdulillah... :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan