Keluar daripada mood pesta buku seperti dipaparkan pada 2 artikel sebelum ini. Masuk satu majlis ilmu di luar Kuala Lumpur.
Pagi tadi saya bertolak ke Tanjung Malim, Perak.
Ada Seminar Mengantarabangsakan Kepahlawan Panglima Awang Orang Melayu Pertama Mengeliling Dunia di bangunan yang kelihatan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Saya sampai sekitar jam 9.20 pagi sedangkan menurut pengumuman yang dilihat di Facebook ia bermula jam 8. Menurut atur cara yang diterima pagi itu pula saya telah terlepas satu pembentangan sampingan oleh pelajar. Sesi pembentangan sebenar dimulakan selepas itu iaitu pada jam 8.30 dengan tajuk " “Ilmu Pelayaran Dalam Novel Panglima Awang Karya Harun Aminurrashid” oleh Hasrina Baharum daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Ketika saya sampai pembentangan ini baru sahaja selesai dan nama Hasrina masih terpampang pada skrin di hadapan dewan.
Pembentang kedua Prof Madya Dr Talib daripada fakulti yang sama pula membawa tajuk “Biografi dan Sumbangan Harun Aminurashid dan Penulis Lain Yang Menulis Tentang Panglima Awang dan Keturunannya”. Saya tak tahu kenapa seperti tidak mendengar sangat cerita tentang Harun Aminurrashid, orang yang boleh dikatakan manusia pertama menulis panjang lebar tentang sosok pahlawan atau lebih tepat, pengembara yang dipanggil Panglima Awang itu. Yang saya ingat adalah beliau menyebut latar belakang 3 orang penulis lain yang telah menulis novel tentang sosok yang sama, tarikh lahir, pelajaran, pekerajaan dan pengalaman mereka.
Sekitar jam 9.45, pembentang ketiga tuan Zabidin Haji Ismail, presiden Persatuan Karyawan Perak membawa tajuk "Kupasan dan Kritikan Empat Buah Novel Berkaitan Panglima Awang".
Tajuk yang disebut tadi adalah menurut senarai pembentangan yang saya lihat di FB. Semasa pembentangan kelihatan beliau memakai tajuk lain tetapi membawa maksud yang sama. Melihat slaid ini kelihatan perkataan Litt D di belakang nama pembentang. Bukankah ia adalah singkatan untuk Doctor of Letter, sama dengan PhD tetapi dalam bidang persuratan? Sebetulnya saya sedikit keliru melihat ini. Apakah beliau patut dipanggil sebagai Dr Zabidin? Saya lihat tiada gelaran Dr tertera baik pada atur cara yang diterima pagi itu mahupun di FB.
Apapun, kalau tak salah ingatan saya, semasa masih bertugas sebagai wartawan di The New Straits Times 1995-2001 gelaran Dr untuk mana-mana orang kalau memang ada dan layak harus digunakan ketika nama orang itu pertama kali disebut atau first mention dalam penulisan/laporan akhbar. Selepas itu cuma mereka yang memiliki Dr dalam bidang perubatan sahaja disebut lagi dengan gelaran, lain-lain Dr termasuk pemegang PhD juga honorary (gelaran terhormat) setakat sebut nama. Maka biar beliau disebut sebagai Zabidin sahaja sekarang menurut kebiasaan dalam dunia kewartawanan. Bukan kurang ajar panggil orang tua dengan nama sahaja tetapi itulah cara dalam dunia penulisan menurut sedikit formaliti.
Zabidin memulakan dengan menyebut 4 buah novel yang ditulis 4 orang berlainan tentang Panglima Awang. Untuk butiran lihat sahaja slaid. Kalau tak cukup terang, sila buka dalam windows lain. Cukuplah saya menyatakan usaha pertama dilakukan oleh Harun Aminurrashid lalu diterbitkan 1983, yang lain-lain dibuat 20 tahun dan lebih selepas itu. Nampaknya itulah sahaja novel yang pernah ditulis tentang Panglima Awang.
Daripada pemerhatian beliau keempat-empat novel digarap berdasarkan sumber-sumber Barat yang tersenarai di atas. Untuk mereka yang masih belum jelas, Panglima Awang adalah nama yang diberikan terhadap seorang anak muda Melayu yang ditangkap oleh Portugis kemudian dibawa ke Goa seterusnya Lisbon diikuti Sepanyol. Nama sebenar beliau tidak diketahui. Barat menyebutnya sebagai Enrique juga Henry...
Latar belakang pelayaran Panglima Awang bermula apabila dibawa menyertai ekspedisi pelayar terkenal Sepanyol, Ferdinand Magellan, orang yang dicatat dalam sejarah rasmi tulisan Barat sebagai manusia pertama mengelilingi dunia walhal tidak. Mereka belayar ke arah Barat dari Sepanyol menyeberangi Lautan Atlantik seterusnya Pasifik sebelum sampai ke Asia Tenggara. Magellan sebenarnya terbunuh di Filipina lalu tidak dapat melengkapkan pusingan. Cuma sejumlah orangnya sahaja dapat kembali ke tempat pelayaran bermula...
Sedikit fakta sokongan. Walaupun ada menyebut Panglima Awang tidak ikut kembali ke Sepanyol tetapi lari ke Melaka beliau tetap telah mengeliling dunia. Ini kerana hakikatnya pelayaran beliau bermula setelah dibawa dari Melaka ke Sepanyol. Jadi dengan kembalinya beliau ke Melaka itu sudah cukup satu pusingan, tidak perlu pun mengikut rombongan kembali ke Sepanyol.
Sebetulnya pelayaran ini mengalami banyak masalah. Cuma 18 orang sahaja tersenarai selamat kembali ke tempat bermula...
Sekarang baru dimulakan analisis Zabidin terhadap 4 buah novel yang bercakap tentang Panglima Awang setakat ini...
Sebagai novel tentunya banyak perkara telah diolah menurut imaginasi penulis. Maka jangan hairanlah jika ada yang lari daripada fakta juga bercanggah cerita antara satu sama lain.
Watak atau sosok Panglima Awang itu sendiri dikenali dengan beberapa nama/panggilan.
Meneliti 4 novel satu demi satu, Zabidin pun menyenaraikan apa yang boleh disebut sebagai maklumat penting daripada setiap karya...
Gambar ini saya snap ketika slaid sedang bertukar. Cukuplah dikongsikan apa yang ada ini ya. Tak perlu lagi saya mengulas panjang. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,319 di blogspot ini.
macam mana seorang panglima boleh ditangkap dan dijadikan hamba oleh portugis?
BalasPadamAda satu lagi Novel tentang Panglima Awang iaitu Awang Vampiro.Sebuah Novel yg merapu ditulis oleh Fesal Tehrani.
BalasPadamItu lah sejarawan reka cipta untuk kepentingan kelompok sendiri tiada keiklasan dalam penulisan sejarah mengambil kesempatan.walhal yg dikatakan tidak menonjolkan diri
BalasPadam