Sabtu, Januari 03, 2015

Ke utara menutup kalendar 2014 - Langgar, Kota Siputih, kesan arkeologi Sungai Batu

Alhamdulillah. Hari ini 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1435 Hijriah kita menyambut hari Maulidur Rasul memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Biarlah disambung cerita daripada Ke utara menutup kalendar 2014 - Ke Kedah setelah 4 tahun....


Pagi Jumaat 26 Disember 2014. Kelihatan anak-anak masih tidur di dalam sebuah bangunan kayu lama yang unik.


Ia adalah masjid lama yang juga dikenali sebagai Surau Tuk Janggut di Langgar, Alor Setar. Kami sekeluarga telah berehat melepaskan penat lelah malam Jumaat di tempat yang ada keberkatan ini. Sempat memanjat naik menara yang katanya adalah menara nobat lama Kesultanan Kedah melihat pemandangan sekeliling sambil mengelak serangan penyengat. Lihat artikel Looking from tower of an old mosque in Langgar, Kedah di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
.

Masjid atau surau lama ini terletak cuma 100 meter dari kawasan pemakaman diraja Kedah. Masuklah sebentar untuk menziarahi makam-makam. Lihat Visiting Kedah royal mausoleum at Langgar


Kemudian kami pergi ke satu surau batu di bahagian lain Langgar di mana saya dan isteri pernah beriktikaf 3 malam semasa bulan Ramadhan menurut petunjuk dalam mimpi isteri. Ini berlaku 4 tahun lalu, ketika seorang anak kami, Rasyid baru berumur 10 bulan. Beliau telah bersama kami bermalam di kawasan lantai yang kelihatan. Lihat artikel lama Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur.


Dekat surau ada makam yang dipercayai berusia lebih 1,000 tahun. Sedikit penerangan ada dibuat pada artikel Mencari jejak Merong : Sheikh Abdul Qadir Shah Alirah, Sultan Siam-Kedah atau Sultan Perlak, kerajaan lama Aceh?


Selepas itu baru kami meninggalkan Langgar dengan mengambil jalan ke utara bandar raya Alor Setar.


Dari situ kami masuk jalan ke Kangar. Terlihat masjid agak menarik ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Kubang Siam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Di belakang kelihatan bukit batu kapur besar yang dipanggil Gunung Keriang. Teringat lawatan 4 tahun lalu. Lihat Mencari jejak Merong : Gunung Keriang... bayangan kerajaan Aceh di Kedah?.


Tujuan kami mengambil jalan ke Kangar adalah untuk pergi ke makam Puteri Lindungan Bulan di Kota Siputih. Kami diberitahu oleh penjaga makam di Langgar bahawa jalan paling mudah adalah menghala ke Kangar kemudian masuk satu jalan pendalaman. Tengok-tengok teruk juga kami nak mencarinya, kalau tanya pada anak muda seorang pun tak tahu, tanya orang tua mereka tahu tapi kita pula boleh keliru dengan arah yang diberikan. Rupa-rupanya Kota Siputih terletak berdekatan pekan Padang Sera. Setelah menyemak dengan Google Earth saya dapati, kalau dari Alor Setar lebih senang jika mengambil jalan dari Jitra.


Sampai aje kawasan kota yang meliputi sebuah bukit kecil berehat sebentar minum air. Di sini baru saya tahu kota telah dibina lebih 700 tahun lalu. Lihat Kota (Fort of) Siputih, Kedah.


Di dalam kawasan kota iaitu di puncak bukit pula terdapat makam Puteri Lindungan Bulan. Saya sudah lama mendengar cerita tentangnya tetapi tidak mahu menziarahi kerana ada cerita tidak elok melibatkan puteri, cerita yang memburukkan Raja Aceh, datuk nenek moyang saya. Cuma semasa di Langgar baru saya mendapat rasa, lupakanlah hal lama itu. Biar kita berdamai, biar saya menziarahi makam lama ini. Lihat Makam (Tomb of) Puteri Lindungan Bulan.


Selesai itu kami pun menghala kembali ke Alor Setar.


Melihat azan solat Jumaat baru berkumandang di Masjid Zahir saya fikir elok diteruskan perjalanan ke selatan. Mungkin boleh solat di masjid lain. Lagipun saya sedang musafir, tidak wajib bersolat Jumaat. Kami cuma berhenti sebentar mengambil gambar sungai sebelum meninggalkan Alor Setar. Lihat Kedah river from mid-town Alor Setar.


Selepas solat Jumaat kami singgah di Guar Chempedak untuk satu urusan.




Kemudian menghala ke Yan melepasi bahagian utara Gunung Jerai, berhenti sebentar mengambil gambar menghadap gunung.


Kalau ikut rancangan mahu naik ke puncak paling lewat hari Sabtu. Kali terakhir kami naik adalah 4 tahun lalu. Lihat Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai. Kemudian kami mendapat berita jalan kurang elok akibat hujan selalu turun di atas sana. Tak mengapalah kalau begitu. Lain kali insyaallah baru naik lagi.


Di Yan kami berhenti sebentar sebelum ke destinasi sebenar, rumah seorang kawan di Ruat sekitar 2-3 km ke selatan pekan.


Selepas minum petang terus ke selatan melepasi lereng barat Gunung Jerai, berhenti sebentar melihat pemandangan di Tanjung Jaga...








Masuk ke pekan Merbok di selatan gunung kami sekadar lalu...


Terus ke kawasan yang dipanggil Bujang...


Masuk jalan kampung kemudian sawah untuk sampai ke makam Sultan Muzaffar Shah I, dikatakan raja pertama Kedah memeluk Islam.


Inilah kali pertama Johan yang berumur 2 tahun 10 bulan menziarahi makam ini. Makam dan bangunannya kelihatan berwajah baru. Lihat Rupa baru makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah (New look of tomb of Sultan Muzaffar Shah I Kedah)



Cuma pada saya pemandangan sekarang tidak secantik dahulu. Pokok-pokok kelapa sawit yang sudah besar menghalang pemandangan terus ke Gunung Jerai. Bandingkan dengan keadaan pada artikel Mencari jejak Merong : Sultan Muzaffar Shah I Kedah... betulkah baginda juga adalah Merong Mahawangsa?


Kami meninggalkan makam melalui laluan lain yang boleh membawa ke jalan besar.


Sekitar 2 km perjalanan sampailah ke tapak arkeologi Sungai Batu yang terletak betul-betul di tepian jalan.


Ketika kali terakhir lalu di sekitar ini tahun 2010, tapak arkeologi Sungai Batu baru dalam proses ekskavasi awal. Kini sudah banyak ditemui lalu dibuka kepada umum. Ada relau-relau pembuatan besi dari abad ke-2 Masihi malah tinggalan bangunan dipercayai berusia 2,500 tahun yang harus dapat mengubah sejarah negara kita! Lihat Tapak arkeologi (Archeological site of) Sungai Batu, Kedah diikuti Lagi tapak arkeologi (More archeological site of) Sungai Batu, Kedah.



Selepas itu kami berpatah balik ke Merbok untuk berehat, mandi dan bersolat. Lihat Masjid jamek (Main mosque) of Merbok. Malam selepas Isyak kami ke sebuah rumah unik di Lembah Bujang untuk berbincang dengan pemiliknya tentang penganjuran acara terbaru HIKMAH, insyaallah 2 minggu lagi. Lihat artikel HIKMAH Lembah Bujang - Anak-anak Kedah sudah bersedia untuk menjayakannya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
.


Khamis, Januari 01, 2015

Ke utara menutup kalendar 2014 - Ke Kedah setelah 4 tahun...

Salam wahai pembaca yang dimuliakan. Hari ini 1 Januari 2015, tahun baru. Banyak peristiwa berlaku tahun 2014 yang harus diambil iktibar terutama banjir yang melanda teruk Pantai Timur seminggu kebelakangan. Saya pula perlu melepaskan satu cerita daripada tahun tersebut sebelum betul-betul dapat memasuki tahun 2015 dengan lapang dan tanpa 'hutang'. Ini dia.



Khamis 25 Disember, cuti Hari Krismas. Kami sekeluarga meninggalkan rumah jam 3.30 petang untuk satu perjalanan jauh yang akan menutup kalender  2014.


Dua minggu sebelum itu saya ada merancang mahu ke Aceh pada tarikh tersebut agar dapat mengikuti majlis sambutan 10 tahun Tsunami 26 Disember. Tetapi berlaku beberapa hal yang menyebabkan rancangan itu harus dibatalkan. Lalu berlepaslah kami menuju ke utara. Sedangkan perjalanan ini asalnya dirancang mahu dibuat seminggu sebelumnya...


Kami ke utara kerana saya diminta membentang kertas kerja dalam satu majlis keMelayuan di Pulau Pinang. Majlis itu asalnya mahu dibuat 19-21 Dis tetapi ditunda ke 27-28 Dis. Tempoh sekitar 19-21 pun saya digantikan dengan aktviti lain, antaranya melayan sejumlah rakan yang datang dari Aceh ke Malaysia. Lihat Filem di UKM, gambus di UM dan kamera yang berkabus - Sedikit aktiviti untuk rakan aktivis Aceh


Kali terakhir kami ke Pulau Pinang adalah lebih 9 bulan lalu, untuk menjayakan acara HIKMAH di Bayan Lepas diikuti satu acara susulan di Balik Pulau. Lihat artikel Acara kesembilan HIKMAH di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Alang-alang dah menghala ke Pulau Pinang kami terlebih dahulu mahu menziarahi beberapa tempat di Kedah. Kali terakhir kami berbuat begitu adalah 4 tahun lalu. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.


Hampir jam 5 singgah makan di RnR atau tempat perhentian Tapah.


Lama juga kami singgah. Ada le dalam 50 minit kemudian baru sambung perjalanan.



Pada penghujung 2012 kami anak beranak ada pergi ke Langkawi dari arah Kota Bahru, Kelantan. Selepas itu ada le singgah di Alor Setar tapi kemudian terus ke Perak, tidak singgah ke lain-lain tempat di Kedah. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.
.

Jam 6.40 kami melepasi jambatan menyeberangi Sungai Perak berdekatan Kuala Kangsar. Kelihatan air melimpah melepasi had biasa sungai. Memang pun ketika itu sebahagian negeri Perak sedang dilanda banjir. Risau juga isteri memikirkan apakah Kedah serupa apalagi sebulan dua kebelakangan sudah muncul angin puting beliung di sebelah sana.


Sampai di Bukit Gantang trafik bergerak perlahan...


Nasib baik sekadar disebabkan lori memanjat perjalanan di sebelah kiri. Tak berapa lama kemudian trafik kembali lancar.


Kami keluar dari Lebuh Raya PLUS melalui tol Alor Setar Utara hampir 9.30 malam. Ada tempat tertentu di luar bandar raya mahu dituju malam itu juga. Tempat apakah itu? Nanti kita cerita... :]