Selasa, November 04, 2014

Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian

Cerita perjalanan baru ini...


Jumaat 31 Oktober 2014, saya dan beberapa orang kawan lama berlepas dari Lembah Klang ke selatan menaiki satu kereta.


Mereka adalah kawan-kawan lama yang pernah menduduki satu bilik ketika zaman kolej 26 tahun lalu. Kemudian kami menyambung pelajaran di universiti berlainan United Kingdom awal 90an. Untuk perjalanan ini kami memotong antara Putrajaya dan Cyberjaya sebelum berhenti di satu tempat untuk membeli cendol dan jeruk. Cadangnya selepas itu mahu ke Port Dickson melalui Sepang.


Tetapi memandangkan lalu lintas agak perlahan walaupun tidak sesak kami mengambil lebuh raya terdekat dari Lukut lalu keluar ke jalan menghala Linggi. Perhentian seterusnya adalah di Pengkalan Kempas untuk melihat batu hidup dan sebuah makam.



Kemudian kami berehat lama menikmati pemandangan dan udara segar di kuala Sungai Linggi. Lihat artikel At Kuala Linggi with college old friends di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami berhenti makan tengah hari agak lewat di satu kawasan antara Masjid Tanah dan Sungai Udang.





Kalau ikut rancangan asal selepas itu kami mahu ke bandar raya Melaka melalui jalan pantai. Tetapi memandangkan masa agak suntuk disebabkan sudah beberapa kali berhenti sedangkan saya ada urusan mahu diselesaikan di Pagoh sebelum pergi lebih jauh ke selatan, kami pun terus menuju ke Lebuh Raya PLUS. Tengok-tengok ada kesesakan lalu lintas.



Nasib baik tidak berapa lama kemudian dapat melepasi kesesakan. Rupa-rupanya ada lori tergelincir masuk parit di tepi jalan harus ditarik keluar...



Sampai di Pagoh kami melihat sebuah homestay sebelum menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah yang pernah memerintah Kesultanan Melayu Melaka lebih 500 tahun.


Kemudian kami melihat satu lagi homestay sebelum minum petang di sebuah kedai makan di mana saya mengatur catering untuk majlis yang mahu diadakan di sekitar makam Sultan Alauddin 8 Nov nanti, acara ke-11 HIKMAH. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).  Di kedai ini kami sempat makan mee bandung dari kedai sebelah sebelum mencuba hidangan sama tetapi di kedai lain pula. Ada antara kawan teringin sangat mencari mee bandung Muar paling lazat di sekitar. Di celah-celah sempat pula saya mengambil gambar masjid. Lihat artikel Masjid Jamek (Main mosque of) Pagoh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Ini pula cerita hari keesokannya, Sabtu 1 November. Selepas menginap dan sarapan di sebuah hotel di tengah bandar Batu Pahat kami keluar menghala ke barat-laut.


Kami mahu menikmati pemandangan di Pantai Minyak Beku. Selain itu dapat melihat perigi lama yang menjadi punca nama Batu Pahat juga kuala bagi sungai yang memakai nama itu. Lihat artikel berikut :-







Selepas itu saya bersendirian masuk hutan lereng bukit untuk melihat satu pemandangan pulau. Difahamkan ada cerita menarik di sebalik kewujudannya. Lihat Looking for the island called Pulau Sialu


Puas melihat pulau baru saya kembali ke tempat rakan-rakan berehat minum dan makan kecil-kecilan.


Iklan minuman ini menarik perhatian. Minum jus yang didengarkan 30 juzuk al-Quran?


Tengah hari selepas check out dari hotel kami ke rumah kawan lama lain untuk makan. Oh, sebelum itu sempat singgah di sebuah masjid lama. Lihat artikel ini... Melihat ke dalam Masjid Bentara Luar (Looking inside the mosque of Bentara Luar), Batu Pahat.


Selepas itu kami beramai-ramai berlepas ke Pontian. Oh, tujuan sebenar perjalanan ini dibuat adalah untuk meraikan seorang kawan lama yang akan berkahwin lagi lalu menemaninya dan keluarga ke rumah pengantin perempuan.



Cukuplah gambar ini diletakkan untuk menyatakan keadaan. Lihat The 'secret' wedding in Pontian.... Selepas itu kami pun bergegas untuk kembali ke Kuala Lumpur. Sempat bersolat di sebuah masjid tempatan. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kampung Parit Haji Siraj, Pontian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan