Jumaat, Oktober 31, 2014

Kenangan pelancaran siri novel "Berpetualang ke Aceh" - Rakaman video terpilih sepanjang acara

Penulisan artikel Kongres Warisan Melayu Sedunia - Legasi Melayu Patani, Bugis dan Afrika Selatan siang tadi telah membawa kepada satu kenangan lama. Masuk bab ulamak-ulamak Patani memakai perkataan "al-Fathoni" pada belakang nama, teringat nama Sheikh Ahmad dan Sheikh Daud al-Fathoni yang biasa disebut dalam penulisan almarhum Ustaz Wan Saghir. Beliau adalah pengasas Khazanah Fathaniyah, satu badan dakwah Islam yang menerbitkan makalah dan buku tentang ulamak-ulamak silam Alam Melayu. Seterusnya teringat pernah melancarkan siri novel "Berpetualang ke Aceh" di kedai mereka. Lihat artikel lama Kenangan pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Khazanah Fathaniyah 2 bulan lalu...

Tersebut di dalamnya saya baru menerima rakaman video sekitar acara yang dihasilkan oleh seorang jurukamera tetapi tidak tahu cara berkongsikannya kepada umum. Saya pun tergerak untuk mencari kembali video itu, alhamdulillah ada dalam external drive. Sudah bertahun saya tidak menontonnya lalu tergerak untuk menyemak apakah pernah meletakkanya di Youtube. Ketika itulah teringat saya ada mengumpul sejumlah artikel berkenaan siri novel di sidebar kanan blogspot. Di bawah tajuk besar "Siri buku "Berpetualang ke Aceh" ada tajuk kecil "Tentang pelancaran di Pustaka Fathaniyah Jun 2007...".




Kelihatannya saya sudah berkongsi video tersebut tetapi dipecah menjadi 3. Ketika itu saya  sudah tahu cara memuatnaik tetapi tidak dibenarkan berkongsi video lebih 10 minit. Itulah yang membentuk 3 buah artikel dengan tajuk yang kelihatan di atas. Saya copy paste link di bawah pula ya :-


Akhirnya... Video 1 pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh"!

 Video 2... Susah senang menulis dan menerbitkan buku yang menongkah arus zaman

Video 3... Fahamkanlah makna satu perjuangan!


Tetapi bila klik dan masuk ternyata tiada video lagi. Rupa-rupanya saya telah meletakkan video-video tersebut di sebuah website beralamat http://livevideo.com/, bukan di Youtube. Nampaknya website sudah expired. Ini bermakna video sekitar pelancaran buku sudah tiada lagi untuk tontonan umum. Maka itu elok diupload kembali, kali ini betul-betul di Youtube,







Dahulu saya juga tidak dibenarkan memuatnaik video lebih 10 minit di Youtube. Namun setelah beberapa lama, setelah memuatnaik cukup banyak video had itu dilupuskan buat saya. Dengan itu dapatlah dikongsikan seluruh video lebih 30 minit. Cuma ia beresolusi rendah agar lebih senang ditontot dan tidak memberatkan sistem.

Apapun biar artikel ini menggantikan 3 artikel dengan link di atas, artikel-artikel yang tidak lagi berfungsi kerana tiada video. Silakan tonton ya... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan