Selasa, November 04, 2014

Menghidupkan Bukit Treh di Muar sebagai tempat pelancongan legenda bersejarah

OK. Saya ada cerita perjalanan yang boleh disambung dengan artikel Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian (dibuat awal pagi tadi). Tetapi sebelum itu biar dibuat cerita ini untuk menyokong cerita perjalanan yang akan dibuat kemudian...


Petang Ahad 2 hari lalu saya pergi ke Bukit Treh di Muar. Masuk melalui kawasan kuarters pekerja jabatan air atau lebih tepat Syarikat Air Johor.



Rasanya sudah lebih 3 bulan saya tidak masuk ke sini. Ada perkembangan baru mahu disaksikan dengan mata kepala sendiri.


Saya diberitahu bahawa sejumlah tempat/objek yang memiliki nilai sejarah telah diberikan perhatian sewajarnya agar boleh dijadikan tarikan untuk pelancong datang. Bukit Treh memiliki cerita legenda serupa dengan kisah Si Tanggang yang disumpah ibunya menjadi batu - objek dan tempat-tempat ini menyokong cerita legenda memberikan ia nilai sejarah yang boleh dikaji lebih teliti. Kebetulan cerita tersebut ada dipaparkan dalam buku ke-7 saya, "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah" (terbit Oktober 2011). Saya paparkan muka surat berkenaan ya. Untuk bacaan dengan lebih terang sila klik pada gambar atau buka dalam windows baru...















Sekarang biar kita lihat objek atau tempat-tempat yang ditonjolkan.



Nampaknya usaha menaikkan Bukit Treh sebagai tempat pelancongan legenda bersejarah ini baru mendapat rupa kurang 3 bulan lalu.



Batu yang boleh dijadikan bukti bahawa satu masa dahulu kawasan ini terletak di dalam laut. Disebut dalam cerita Lagenda Helang Makku yang serupa kisah Si Tanggang itu bahawa selepas berlaku sumpahan kapal menjadi batu, laut di sekelilingnya berubah menjadi daratan. Lihat artikel Batu laut di Bukit Treh (Sea rock at Bukit Treh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Kubur di bahagian selatan kaki bukit. Ada yang kata ini makam ibu si Tanggang atau watak serupa Tanggang, ada pula kata makam seorang isterinya. Lihat Makam ibu Si Tanggang? (Tomb of mother to Si Tanggang?).


Di barat kaki bukit pula terdapat sebuah pintu gua. Tetapi ia sudah sempit kerana sudah lama terkambus. Bukit Treh itu sendiri dikatakan kapal terlungkup/terbalik yang bertukar menjadi batu. Menurut ceritanya gua ini dahulu tempat orang kampung meminjam pinggan mangkuk untuk kenduri kendara. Lihat Gua di Bukit Treh (Cave at Bukit Treh).



Saya kembali ke bahagian selatan untuk memanjat ke puncak melalui tulang bukit di mana terdapat laluan paip sejak zaman penjajahan British.



Ketika itulah tersedar satu bahagian yang boleh digunakan untuk menunjukkan pernah wujud satu binaan purba, mungkin istana kerajaan lama juga telah ditonjolkan untuk pengunjung. Lihat Tembok purba batu karang di Bukit Treh (An olden coral reef wall at Bukit Treh). Objek dan tempat-tempat ini pernah saya ketengahkan dengan terang dalam buku "Jejak Keluarga Yakin" 3 tahun lalu. Seronok saya melihat ia telah diangkat menjadi tarikan...







Saya pun meneruskan pendakian ke puncak...











Ini tembok lebih moden, kalau tak salah daripada zaman British. Tidak seperti tembok di lereng bawah yang harus lebih tua dan lama kerana dibuat daripada batu karang...



Pemandangan bawah ke loji air. Terdapat sebuah loji air zaman British atau lebih tepat tangki di puncak bukit.



Ah. Tiba-tiba kelihatan jalan mati.



Oh. Terlupa. Harus belok ke kiri...



Jumpalah tangga sampai ke puncak.






Pintu gerbang menandakan sudah sampai...



Tangki air zaman British yang sudah lama tidak digunakan sudah diliputi tumbuhan-tumbuhan.



Namun ada bahagian-bahagian yang masih menonjol terang.









Nampaknya bahagian atas bukit tidak diletakkan apa-apa penanda/papan maklumat menggalakkan pelancong naik ke atas. Mungkin kerana tidak mahu bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa, maklumlah di atas itu adalah tangki air lama zaman British. Kalau orang ramai naik takut terjatuh lubang atau bolos lantai, siapa nak jawab? :]















Tiada ulasan:

Catat Ulasan