Jumaat, Ogos 01, 2014

Misi kenangan masjid - Mengambil 'berkat' solat raya...

Salam pagi Jumaat, salam 5 Syawal. Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua.


Untuk sambutan hari raya kali ini buat pertama kali dalam tempoh 4 tahun begitu saya menyambut hari raya pertama atau 1 Syawal di kampung ibu di Muar. Selama beberapa tahun ini saya sering kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor dahulu kerana memikirkan. apabila kembali pada hari raya kedua di Muar saya boleh berada lebih lama di sana. Tahun ini pun pada mulanya saya bercadang begitu, Kemudian timbul rasa harus menggembirakan ibu dengan kembali terlebih dahulu ke rumahnya.



Dan buat pertama kali setelah 10 tahun, mungkin lebih saya bersolat raya di Masjid Jamek Muar.


Dahulu kami sekeluarga menetap tidak jauh dari masjid ini. Boleh kata banyak masa zaman kanak-kanak saya dihabiskan di sini, bersolat di masjid juga bermain-main di sekitarnya. Kemudian mereka berpindah ke Kampung Temiang yang terletak sekitar 7-8 km dari masjid ini. Maka sejak itu solat raya selalu diadakan di masjid-masjid lain berdekatan.


Sesungguhnya Masjid Jamek Muar pernah menjadi taman permainan 'adventure' buat saya dan kawan-kawan sebaya, kalau tak salah ingatan sejak berumur 5 tahun. Kami sering memanjat masjid berlari-lari main kejar-kejar dan sebagainya di merata tempat.


Kali ini timbul rasa yang kuat untuk kembali menggamit kenangan lama. Saya pun naik ke bahagian atas masjid yang sebenarnya tidak dibuka kepada umum.

















Nampak kolam di bawah? Dahulu semasa zaman sekolah rendah saya selalu memanjat tiang-tiang di sekeliling kolam untuk naik ke atas kemudian berlari 1-2 pusingan atas pagar batu. Kiranya nak uji dan tajamkan keberanian juga keseimbangan badan...


Seterusnya saya memanjat naik dinding yang kelihatan ini untuk naik ke menara. Kalau tak salah ini mula dibuat ketika berumur 9 tak pun 10 tahun. Ketika itu saya sudah biasa berdiri di tebing genting bangunan daripada ketinggian 20-30 kaki.


Lihatlah pemandangan yang terbentang. Masa zaman saya budak-budak dahulu belum ada bangunan lebih tinggi daripada menara masjid kecuali menara telekomunikasi yang kelihatan di atas kanan. Bangunan pertama yang cukup tinggi di Muar, bangunan yang kelihatan ke kiri menara telekomunikasi itu pula dibina ketika saya berumur 11 tahun begitu.











Kita naik lebih tinggi.














Saya tak ingat jika pernah memanjat sehingga ke atas ini melalui dinding luar. Laluan ke atas lebih sukar berbanding yang tadi. Nasib baik ada tangga naik ke atas.








Sebetulnya saya pun tak sangka akan naik ke bahagian atas masjid ini. Saya cuma mendapati jalan masuk ke atas terbuka untuk saya ketika datang untuk bersolat Tarawih malam sebelumnya. Lihat artikel Reliving some childhood moments at Muar's Masjid Jamek di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan