Jumaat, Ogos 01, 2014

Misi kenangan masjid - Ke puncak tertinggi kita...

Oleh kerana gambar-gambar panjat masjid pada pagi raya ada lebih 40 buah, biar dimasukkan dalam artikel baru. Bersambung dari Misi kenangan masjid - Mengambil 'berkat' solat raya...


Seterusnya kita naik ke bahagian tertinggi menara.


Yang ini memang pasti saya tak pernah panjat dari luar. Sebab memang tiada laluan panjat-memanjat kecuali orang yang ada skill luar biasa macam Spiderman.


Bagaimana nak panjat dari luar kemudian masuk ke dalam? Tingkap-tingkapnya bukan jenis boleh dibuka tutup muat masuk orang. Nak melihat keluar pun lalu beberapa bahagian yang kacanya dah pecah atau tertanggal.


Itupun nasib baik ada kaca pecah atau tertanggal. Dapatlah menikmati pemandangan dari atas.


Yang ni saya tak tahu kenapa gambarnya berpusing sebegini setelah dimuat-naik. Malas nak fikir cara nak betulkan. Suka hati kau lah Labu...


Kita layan sahaja suasana yang kelihatan.


Melihat bumbung biru itu teringat zaman kanak-kanak yang memang ligat. Masa itu bumbungnya hitam. Saya dan kawan-kawan biasa berlari ulang-alik atas bumbung tu. Sampai pernah terjadi kawan melompat dengan yakinnya menjerit "The Professionals" (sebuah siri tv detektif yang sangat popular awal 1980an) tetapi bumbung bolos. Dia jatuh ke bawah terus terperosok ke dalam parit...


Berbalik pada hal menara masjid. Walaupun Muar kini sudah ada beberapa bangunan tinggi tetapi itu berhampiran pusat bandar.










Kalau di sekitar muara Sungai Muar yang terletak ke kiri sikit dari gambar menara inilah bangunan paling tinggi.








Puas melihat dari menara saya turun beberapa tingkat untuk berjalan ke bahagian hadapan masjid.


Tanah lapang di bawah ini juga meninggalkan banyak kenangan. Di sinilah saya mula mengenali ilmu persilatan termasuk permainan kebatinan orang Melayu bersama beberapa orang rakan yang lebih tua. Paling utama ketika itu adalah ilmu pukulan jarak jauh yang dikenali sebagai Nasrul Haq. Ilmu ini katanya diharamkan kerajaan setelah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.


Ketika ini saya sedang berdiri di satu tebing menghadap tanah lapang yang pernah menjadi gelanggang tidak rasmi anak-anak muda sekitar berpencak di malam hari. Melihat tanpa penghadang keselamatan dari ketinggian sekitar 20 kaki ini diakui keberanian saya tidak seperti dahulu lagi. Sejak patah kaki tahun lepas, pertama kali saya patah apa-apa tulang tubuh badan setelah lebih 40 tahun meloncat ke sana ke mari (lihat artikel lama Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot), saya harus akur tidak lagi sekuat dan setangkas dahulu. Kalau dahulu saya cukup yakin, kalau terjatuh setakat pada ketinggian ini apalagi ada pokok-pokok di bawah itu, tahulah saya mendarat dengan selamat sekarang ni tak boleh fikir begitu lagi. Kecuali Allah SWT tetap nak selamatkan lalu berlaku perkara mencarik adat.


Sesungguhnya banyak yang saya pelajari sejak kecil sehingga remaja di sekitar masjid ini. Satu gambar dari bawah belakang sebelum menutup cerita. Dahulu saya dengan senang boleh turun naik tiang-tiang yang kelihatan. Sekarang tengok tiang pun saya pening camana boleh panjat dulu-dulu. Sekian... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan