Sabtu, Julai 12, 2014

Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang

Salam semua. Semalam Jumaat 13 Ramadhan saya ada membuat artikel bertajuk Memecah tempoh rehat dengan bertandang ke Gunung Ledang di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Melihatkan gambar yang menjadi hiasan timbul rasa untuk menulis sedikit cerita berkaitan di sini. Jadilah ia artikel pertama di blogspot ini sejak bulan Ramadhan tahun ini menjelma...


Sabtu lepas kami sekeluarga bergerak untuk kembali berbuka puasa di rumah ibu bapa di Muar. Dalam perjalanan singgah di rumah anak buah di Alor Gajah lalu timbul rasa untuk menghala ke Jasin seterusnya ke Gunung Ledang. Kali terakhir kami menjejakkan kaki di gunung itu adalah ketika mandi air terjun sekeluarga penghujung tahun 2011. Lihat Dari Muar ke Negeri Sembilan : Menyusur laluan Sungai Muar?. Sebulan sebelum itu saya dan isteri ada membawa anak kecil kami Rasyid naik ke puncak. Ketika itu Rasyid berumur 2 tahun. Lihat Ke puncak Gunung Ledang bersama anak dan isteri sebelum menutup hari di Alor Gajah.


Kali ini cukuplah kami melihat dari jauh. Dari Jasin menghala ke Asahan sebelum masuk menghala ke Tangkak, lalu di pinggir bandar sebelum masuk ke Lebuh Raya PLUS. Sepanjang perjalanan boleh kelihatan Gunung Ledang dari beberapa sudut. Adapun seminggu sebelum itu saya dan isteri ada bermesyuarat dengan beberapa pihak untuk mengadakan acara kedaulatan Melayu dan Islam di Ledang. Itulah yang diceritakan dalam artikel Memecah tempoh rehat dengan bertandang ke Gunung Ledang, artikel pertama di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) setelah menyatakan diri mahu berehat daripada aktiviti-aktiviti serupa sejak lebih 2 bulan lalu.


Sesungguhnya laluan yang merupakan satu peninjauan persekitaran Ledang dan ada kena-mengena dengan rancangan mengadakan acara HIKMAH, HIKMAH yang ke-11 itu tidak langsung difikirkan sebelum ini. Kami sekadar mahu balik kampung untuk berbuka puasa bersama ibu bapa petang nanti, ketika meninggalkan Alor Gajah baru timbul rasa untuk melihat gunung. Selepas Tangkak pula timbul rasa untuk menghala ke Pagoh melalui lebuh raya. Apabila masuk ke lebuh raya kelihatan lagi dengan terang pemandangan Gunung Ledang seperti ditunjukkan pada gambar tadi, pemandangan terakhir untuk perjalanan ini. Kerana perjalanan ke Pagoh menghala ke selatan membelakangkan gunung.


Gerak yang timbul ke Pagoh menyuruh menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Kampung Raja, satu-satunya makam Sultan Melaka yang dipastikan masih wujud di Semenanjung Malaysia. Adapun Sultan Alauddin ini adalah anak kepada Sultan Mansur Syah sedangkan salah seorang isteri Mansur Syah adalah puteri Betara Majapahit. Ada yang percaya Puteri Gunung Ledang yang sangat terkenal itu adalah hasil perkahwinan ini. Bermakna Sultan Alauddin dan Puteri Gunung Ledang adalah adik-beradik.



Adapun kami sampai ke rumah ibu bapa sekitar tengah hari. Petang hampir Asar kami membawa mereka ke bandar raya Melaka.


Ada bapa saudara, adik kepada bapa jatuh sakit dan masuk hospital. Kelihatan Masjid Negeri Melaka dari serambi hospital.


Ini pula gambar pagi Ahad. Terasa mahu menangkap pemandangan di kebun belakang rumah ibu bapa.



Selepas Zuhur kami harus mengorak langkah untuk kembali ke Lembah Klang. Berhenti sebentar menangkap gambar dua buah rumah yang kelihatan begitu cantik dan klasik tidak berapa jauh selepas jambatan kedua Muar.






Ke hadapan sedikit terdapat sebuah tempat menjual barangan lama. Singgah juga sebentar. Lihat artikel Pasar Karat, the "Rusty Market" of Muar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Ketika itu bapa saudara yang disebut sakit di Hospital Melaka baru 2-3 jam meninggal dunia. Al-Fatihah untuk roh beliau. Kami bercadang mahu melihat jenazah di hospital tetapi apabila sampai ke pinggir bandar raya Melaka kami mendapat tahu jenazah sudah dimasukkan ke dalam ambulans untuk dikebumikan berdekatan rumah Allahyarham di Masjid Tanah, sudah terkeluar jauh dari laluan perjalanan kami.


Kami menghala ke Ayer Keroh kemudian memotong ke MITC untuk masuk ke Durian Tunggal. Sambil mengelakkan kesesakan lalu lintas juga lampu-lampu isyarat di jalan utama Melaka ke Alor Gajah ini boleh dikira melengkapkan perjalanan meninjau persekitaran Ledang. Sampai di Melaka Pindah terasa nak ambil gambar. Bukan apa. Nama A. Gajah tu seolah-olah nama orang, macam A. Galak gitu... :]


Selepas Alor Gajah boleh kelihatan papan tanda ke tempat bernama Air Paabas. Terasa nak ambil gambar lagi. Lucu bila fikir siapa le minum air Pak Abas tu...



Ini pula gambar setelah kembali ke rumah. Adapun di Pasar Karat Santai kami ada membeli 2 keping ukiran kayu yang sama. Satu diletakkan di hadapan rumah seperti kelihatan ini, satu lagi dalam rumah. Selesai gerak penulisan kecil ini. Wassalam.

5 ulasan:

  1. Kalau boleh extension plug tu jgn la leh nampak tersembul kt dinding tu..kalau boleh, sorok la ckt..hehe..pendapat sahaja..

    BalasPadam
  2. Puteri gunung ledang sudah tamat tempohnya berada dialam ghaib.
    Insyaallah sehari dua lagi,muncullah dia..

    BalasPadam
  3. As salam.. Dua buah rmh lama seperti di dlm gmbr tu rmh peninggalan siapa ye..

    BalasPadam
  4. Al fatihah buat arwah bapa saudara tuan...

    BalasPadam