Ahad, Jun 08, 2014

Risalah kecil Tok Pulau Manis

Salam semua. Mengambil keberkatan bulan Sya'ban, bulan Nabi Muhammad SAW ini rasanya eloklah didedahkan isi satu risalah kecil yang saya terima lebih 10 tahun lalu. Risalah berkenaan wali besar Terengganu abad ke-17 Masihi iaitu Sheikh Abdul Malek @ Tok Pulau Manis ini asalnya adalah untuk tatapan waris dan mereka yang ada kena-mengena sahaja. Namun baru ini saya mendapat gerak untuk mendedahkannya kepada umum.

Risalah ini sudah lama tersimpan dalam koleksi barangan saya tetapi tak ingat letaknya di mana. Sudah beberapa kali cuba mencarinya tetapi tidak berjaya. Merujuk pada artikel Penambahan hiasan rumahku syurga yang dibuat semalam. Pada bahagian akhir ada disebut niat untuk mengisi ruangan kosong bahagian bacaan rumah dengan poster, peta atau gambar yang menggambarkan kecintaan pada ilmu dan kecendekiawanan. Ketika mencari koleksi peta yang dimiliki terjumpa pula risalah ini. Maka memang sudah sampai masa untuk berkongsi tentangnya.

Mula-mula biar dikongsikan isi risalah melalui gambar. Biar ditandakan sebagai Gambar 1, 2 dan seterusnya. Selepas itu baru dihuraikan menurut kalam yang diterima atau dibenarkan untuk disebarkan. Untuk meneliti teks dalam gambar sila buka gambar dalam windows baru. Kita mulakan...



Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6


Gambar 7


Gambar 8


Gambar 9


Gambar 10


Gambar 11


Gambar 12


Gambar 13


Gambar 14


Gambar 15


Gambar 16


Gambar 17


Gambar 18



OK. Masa untuk huraian...


Risalah kecil ini diterima ketika pertama kali sampai ke makam Tok Pulau Manis di Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu tahun 2003. Cerita tentang bagaimana ini boleh berlaku ada dikongsikan dalam buku ketiga saya, "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" (terbit Nov 2007). Sedutan berkaitan diletakkan pada artikel Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17... lebih 6 tahun lalu. Dalam cerita ada disebut watak yang dipanggil Ayah Weng. Beliaulah yang memberikan risalah. Wajah beliau terpapar pada Gambar 3.

Pada Gambar 2 terpapar wajah penulis risalah berserta nombor telefon beliau. Saya pernah bertemu dengannya ketika dibawa berjalan bersama beberapa orang waris menziarahi makam-makam lama berkaitan pertengahan 2004, beberapa bulan setelah pertama kali menjejakkan kaki ke Aceh. Beliau turut bersama menziarahi makam-makam. Kami sempat berehat di rumahnya di Kuala Berang di mana saya ada menumpang mandi petang. Beliau malah ingin menghadiahkan kitab Syirabil Muntaha milik Tok Pulau Manis seperti disebutkan dalam risalah kerana menurut beliau saya sudah layak mengamalkan dan membawa apa yang dikatakan koleksi zikir-zikir tertinggi itu. Tetapi saya menolaknya kerana rasa takut dan belum bersedia. 

Apapun ini cerita 10 tahun lalu. Selepas itu sekitar tahun 2008 ada keturunan Tok Pulau Manis yang susur-galur belahnya sudah lama menetap di Kelantan cuba mencari penulis risalah ini. Kalau tak salah ingatan beliau juga memiliki senaskah, tak ingat dapat dari mana. Hamba Allah ini rapat dengan istana Kelantan dan memiliki rangkaian perhubungan yang cukup kuat. Namun beliau tidak dapat mencari penulis risalah walaupun dengan bantuan rangkaian polis. Keadaannya adalah seolah-olah penulis tidak pernah wujud. Walhal saya pernah bertandang ke rumahnya dan berjalan bersama-sama menziarahi beberapa makam.





Sekitar 2-3 bulan lalu terbit rasa dalam diri untuk mencari kitab Syirabil Muntaha milik Tok Pulau Manis itu. Tapi hendak cari di mana sedangkan penulis risalah pun tidak dapat dihubungi lagi? Dengan kuasa Allah SWT saya dapat mencari 2 buah kitab dengan tajuk serupa ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 penghujung April. Lihat gambar atas. Ada kemungkinan buku di kanan adalah sama seperti yang dimiliki Tok Pulau Manis. Ini kerana ada disebut ia adalah karya Sheikh Ibrahim Hasan al-Kurani yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Sheikh Abdul Rauf bin Ali Fansuri. Sedangkan Tok Pulau Manis pernah mengaji ilmu dengan Sheikh Abdul Rauf di Aceh lalu menerima Tariqat Syattariyah sebelum berguru dengan Sheikh Ibrahim di Timur Tengah lalu menerima Tariqat Shadziliyah.

Rasanya setakat ini sahaja kalam yang diterima membenarkan saya untuk berkata-kata tentang risalah ini. Saya cuma boleh menambah Gambar 13 adalah gambar lama sedangkan sudah beberapa lama makam tersebut dijaga cantik oleh satu kumpulan. Lihat  Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana?. Selain itu saya boleh menambah bahawa menurut penulis risalah Gambar 13 bukanlah makam Sharif Muhammad Baghdadi tetapi makam anaknya, Sharif Abdul Qahar. Kata beliau, dalam pertemuan tahun 2004 iaitu kira-kira setahun selepas saya mendapat risalah, itu adalah isyarat yang baru diterima ketika itu. Dan saya dapat merasakan hal sama ketika sampai ke makam lain yang beliau kata adalah makam sebenar Sharif Muhammad.

Sebenarnya risalah ini mengandungi pesanan-pesanan yang amat besar tentang akhir zaman. Cukuplah diakhiri penulisan ini dengan memberikan saranan... silalah baca atau rujuk artikel-artikel berikut untuk mendapat kefahaman yang lebih jitu. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,200 di blogspot ini. Sekian.


Tentang anak cucu Saidina Hassan yang 'hilang'...

Akhirnya... Membuka misteri identiti Nakhoda Khalifah!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan