Selasa, November 26, 2013

Solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu dan persinggahan di Taboh Naning

Sempena hari ini 26 Nov menjadi ulang tahun ke-43 saya menurut kiraan Barat, biar dilepaskan gerak penceritaan kecil. Adapun menurut kiraan Islam atau Hijrah saya sudah berumur 44 tahun apabila masuk malam Tujuh Likur atau 27 Ramadhan lalu. Tak salah kan nak ambik berkat hari jadi sampai 2 kali setahun, satu mengikut kiraan Barat satu mengikut Islam?


Jumaat 11 hari lalu saya mengambil kereta api komuter dari Rawang menghala ke selatan. Rasanya ia adalah kali pertama saya menaiki kenderaan tersebut tahun ini. Yang pasti inilah kali pertama saya mengambil apa-apa kenderaan awam sejak mengalami kecedaraan patah kaki 7 bulan lalu... selain kapal terbang yang dinaiki untuk ke Tanah Bugis dan kembali awal Mei. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.


Sampai di satu stesyen di tempat bernama Batang Benar saya mesti tersenyum lebar. Terbayang seorang ibu berpesan kepada anak perempuannya : "Nak... carilah batang yang benar.". Hehe. :]


Saya turun di stesyen Nilai untuk menunggu seorang kawan dari kumpulan Hulubalang Melayu, Kuala Langat datang. Beliau memandu dari arah Bukit Changgang di Sepang. Kami mahu ke Melaka untuk satu mesyuarat tentang penganjuran acara ke-7 HIKMAH.


Sampai di Melaka terus menuju ke Masjid Kampung Hulu untuk bersolat. Seingat saya inilah kali pertama saya sampai pada waktu solat Jumaat.




Disebabkan keadaan kaki yang belum pulih seratus peratus (jari kaki kanan tidak dapat dibengkokkan tanpa rasa sakit urat dan otot), saya boleh bersolat duduk. Kebetulan ada kerusi kayu di serambi masjid saya ambil bawa ke bawah. Tak perlulah berebut tempat di atas yang sudah penuh.


Keadaan lepas solat.


Kami berjalan kaki untuk menziarahi makam Sheikh Shamsuddin as-Sumatrani di Kampung Ketek sebelum makan tengah hari di Kampung Hulu. Kemudian baru menghadiri mesyuarat di Bukit Melaka.


Selepas mesyuarat kami mengambil jalan pantai ke Sungai Udang lalu ke Alor Gajah.


Saya ingin masuk ke Muzium Adat Istiadat yang terletak di sebelah monumen keris.




Walaupun sudah singgah ke Alor Gajah banyak kali, seingat saya itulah kali pertama masuk ke muzium yang ada. Saya jadi tertarik kerana mendapat tahu ada pakaian Aceh dipamerkan di situ. Kenapa ada pakaian Aceh walhal Alor Gajah dikatakan termasuk di dalam kawasan negeri lama Taboh Naning yang kuat pengaruh Minangkabau? Rupa-rupanya ia pameran baju pengantin. Tapi tetap terbit persoalan mengapa baju Aceh diangkat malah lebih banyak dipamerkan berbanding baju Minang? Lihat artikel Muzium Adat Istiadat (Tradition and Custom Museum, Alor Gajah) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Seterusnya kami singgah di Masjid Taboh Naning.


Saya mengambil peluang untuk menziarahi makam pejuang Dol Said berdekatan masjid.




Sempat juga menziarahi makam-makam berbatu nesan Aceh di belukar berdekatan.


Ada juga makam-makam batu megalith.


Kemudian baru bersolat dan bertafakur sebentar dalam masjid.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan