Khamis, September 26, 2013

Projek berhala gila untuk memurtadkan atau menyerang orang Melayu?

OK. Tadi di Facebook seorang kenalan memberitahu tentang satu kawasan hutan yang dibuka di Pahang untuk membina satu projek yang akan mengandungi berhala yang sangat besar. Seorang kenalan lain meletakkan pautan website berkaitan iaitu http://enchant1mst.com/Projects.html. Saya pun mahu masuk tetapi program anti-virus komputer saya memberikan amaran website itu boleh menyebarkan virus atau mengancam. 

Apapun saya rasa harus melihat isinya untuk menilai keadaan. Langkah keselamatan dibuat dengan membuka akaun Windows baru lalu dari akaun itu saya pun memasuki website. Dengan cara ini kalau virus masuk pun saya boleh menghilangkan acaman dengan menutup sahaja akaun.



Apa yang ditemui adalah visi website yang agak memeranjatkan. Saya mulakan dengan melihat video yang ada menunjukkan sebuah piramid besar sebagai tumpuan utama projek. Walaupun mengaku mahu mempromosikan segala macam agama atas dasar harmoni dan keterbukaan saya lihat projek secara rata penuh dengan ciri-ciri keCinaan. Pada puncak piramid kelihatan berhala gergasi yang pada saya mahu menunjukkan 'kebesaran' Cina...




Isi utama website saya kumpulkan menggunakan Paint agar dapat dikongsikan kepada semua. Sayangnya apabila dimasukkan ke dalam FB saiznya secara automatik dikecilkan lalu butiran tidak dapat dilihat dengan jelas. Itu yang membuat saya mahu meletakkan di blogspot pula. Entah kenapa di blogspot juga saiznya dikecilkan walaupun tidak seteruk di FB.




Nasib baik paparan-paparan pilihan iaitu bahagian demi bahagian dari paparan utama yang dikumpulkan menggunakan Paint tadi masih dapat dikekalkan saiz. Dengan itu biarlah dibuat terjemahan dari gambar ke gambar kemudian saya ulas agar lebih ramai pembaca dapat menilai...



TERJEMAHAN :-

1. Projek ini akan menjadi model contoh dalam mempromosi amalan keagamaan dan kebudayaan dan akan secara tidak langsung menyumbang pada usaha membina negara. Sampai masanya ia akan menjadi aset tak ternilai bagi semua orang Malaysia.

2. Projek ini juga dijangka akan membantu negeri Pahang mengatasi dan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja. Ia dijangka akan meningkatkan kesedaran di kalangan remaja tentang pentingnya agama dan budaya.

3. Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dalam mempromosi Pelancongan Spiritual Malaysia. Banyak persatuan agama di Malaysia telah memberikan sokongan mereka terhadap projek ketuhanan (divine) ini. Lagipun, projek ketuhanan ini disokong oleh berjuta penyokong di merata negara.


Projek ini telah dikonsepkan oleh sekumpulan peniaga yang diakui, usahawan dan profesyional. Project ini akan dibina menjadi 2 kawasan utama seperti berikut : (rujuk gambar selepas ini)

"Apabila siap 1 Malaysia Enchanting Retreat (nama projek, boleh diterjemahkan sebagai tempat berehat yang menarik 1 Malaysia) akan memaparkan Malaysia sebagai negara pelbagai bangsa dengan masyarakat pelbagai agama dan budaya duduk dalam aman, harmoni dan bersatu".


ULASAN SAYA :-

Yop... negara kita ni kalau tak salah 67 peratus Bumiputera, 60 peratus lebih Melayu dan Islam. Cina tu dalam 21 persen je. Sedangkan projek ini kalau ikut pada apa yang aku dapat lihat rata-rata bersifat keCinaan, lebih besar daripada mana-mana projek Islam sedia ada. Jadi apa yang engkau nak buat sebenarnya ni Yop? Islam tu Agama Persekutuan, Melayu ada hak istimewa dan negara ini seluruhnya Tanah Melayu. Engkau nak tunjuk engkau lagi utama ke Yop? Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia? Ya ke Yop? Cuba sebut nama-nama mereka yang menyokong. Jangan buat dakwaan serkap jarang. Jadi aset tak tenilai tu untuk siapa Yop? Tentunya bukan untuk orang Melayu dan Islam kecuali mereka yang munafik dan murtad.




TERJEMAHAN :-

ZON 1 : SATU PERSEKITARAN KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

ZON 2 : SEBUAH RESORT REKREASI DAN KOMERSIAL


ZON 1 :

Satu persekitaran keagamaan dan kebudayaan (akan dinamakan Ao Mi Shan - The Enchanting Retreat (boleh diterjemahkan sebagai pusat rehat yang memukau)) akan didirikan dalam zon ini.

Resort ini akan mengandungi persekitaran berikut :-

- Persekitaran Kuan Yin
- Persekitaran agama Buddha
- Persekitaran agama Hindu, Sikh dan Sai Baba
- Persekitaran ajaran Tao
- Persekitaran I-Kuan Tao
- Persekitaran ajaran Conficius
- Persekitaran agama Kristian


ZON 2 :

Satu pembangunan rekreasi dan komersial telah dirancang untuk kawasan ini.
Bahagian ini dari projek akan membekalkan kemudahan komersial dan rekreasi yang perlu untuk memenuhi kehendak pelancong yang melawat persekitaran. Kemudahan akan mengandungi tempat bermalam, rekreasi, kedai makan dan minum serta lain-lain aktiviti santai.

Pembangunan akan meliputi :

- Resort rumah kedua
- Hotel-hotel dan resort-resort
- Kedai-kedai makan dan minum
- Pusat-pusat perniagaan
- Kemudahan rekreasi seperti kelab dan pusat-pusat hiburan
- Taman-taman dan taman-taman bunga
- Kolej universiti
- Sekolah antarabangsa
- Pusat-pusat pembelajaran

Kawasan dalam zon ini akan dibahagikan secara parsel kepada pelbagai pemaju untuk memajukan setiap komponen individu di bawah penyeliaan dan panduan pasukan pengurusan projek.


ULASAN  SAYA :-

Dari 7 persekitaran ajaran/keagamaan yang dicadangkan cuma 1 sahaja yang susah hendak dikaitkan dengan bangsa Cina. Yang lain semua adalah berkaitan bangsa mereka. Bahagian komersial dan rekreasi pula lebih menunjukkan belang kaum kapitalis. Ini adalah projek hartanah besar untuk menaikkkan lagi ekonomi kaum tertentu dan menonjolkan diri sebagai penggerak utama negara ini konon, agama bagi puak-puak kiasu seperti ini cuma sekadar alat...




TERJEMAHAN :-


MENGUKUHKAN NILAI-NILAI SOSIAL YANG BAIK

Projek ini juga dijangka akan membantu Negeri mengatasi dan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
Ia dijangka meningkatkan tahap kesedaran di kalangan remaja tentang betapa pentingnya agama dan budaya. Kesedaran tentang nilai-nilai keagamaan dan kebudayaan.

- Program-program pendidikan akan diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kesedaran nilai-nilai keagamaan dan kebudayaan demi memperkukuhkan harmoni nasional antara masyarakat di Malaysia.
- Untuk meningkatkan dan mengekalkan keamanan, harmoni dan kesatuan dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama.


FAEDAH UNTUK NEGERI PAHANG

Negeri Pahang juga bakal mendapat faedah besar baik secara langsung mahupun tidak dari pembangunan projek ini.
Beberapa faedah kepada Negeri termasuk :

- Penciptaan satu tarikan pelancongan yang memiliki kapasiti untuk menjana pendapatan wang asing yang besar.
- Menguatkan perkembangan ekonomi Malaysia dan Negeri Pahang secara khusus.
- Mencipta peluang pekerjaan baru.
- Menubuhkan sebuah pusat kebudayaan selari dengan polisi kerajaan mahu mempromosi pelancongan spiritual dalam negara.
- Mempromosi Negeri juga Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.


ULASAN SAYA :-

Alasan-alasan ini kelihatan murni tapi remaja mana yang mahu diselamatkan? Maaflah... berapa peratus remaja Melayu/Islam wujud di negeri Pahang, berapa peratus bukan Melayu? Apakah remaja Melayu/Islam itu boleh diselamatkan dengan memberi mereka pekerjaan atau dibawa melawat pusat-pusat berhala?

Ya. Memang projek sebegini boleh memancing dana asing. Malah saya percaya segala usaha untuk merendahkan kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia memang mendapat sokongan dana asing. Kalau pusat sebegini didirikan kita boleh mendapat faedah pelancongan dari 1.5 billion orang Cina misalnya. Tapi ingat, INI TANAH MELAYU, TEMPAT HIDUPNYA AGAMA ISLAM. Janganlah semata-mata kerana wang kita sanggup melacurkan nasib agama dan bangsa.




TERJEMAHAN :-


SOKONGAN 

1 Malaysia Enchanting Retreat adalah selari dengan Polisi Kerajaan Malaysia dalam mempromosi Pelancongan Spiritual. Banyak persatuan agama di Malaysia telah memberikan sokongan kepada projek ini. Lagipun, projek ini juga disokong berjuta penyokong dari merata negara.


"Kejayaan Malaysia dalam menyatukan orang dari pelbagai bangsa dan agama menjadikan negara ini model bagi negara-negara lain di dunia... konsep 1 Malaysia telah wujud begitu lama... kejayaan ini adalah FAKTA dan REALITI!"

Perdana Menteri Malaysia
YAB Dato' Sri Najib Tun Razak
3 Jun 2012


ULASAN SAYA :-

Ini betul-betul sudah pusing kenyataan. Kalau betul pun negara kita menyokong pelancongan spiritual apakah dengan cara mendirikan berhala besar atas piramid dan sebagainya seperti dicadangkan projek ini? Kata banyak persatuan agama menyokong, berjuta orang lagi bersama. Tunjukkanlah siapa mereka, gambar-gambar mereka? Ini kenapa pakai gambar PM Najib? Kalau orang tak tahu hujung pangkal atau gopoh membaca website tentu mereka menyangkakan PM menyokong penuh projek, walhal yang disebut cuma pasal 1 Malaysia dan kejayaan menyatukan rakyat, takda kena-mengena pun dengan projek. Bila masa pula kenyataan ini boleh diterjemahkan sebagai sokongan terhadap projek berhala gila? Ke sengaja nak timbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam terhadap kerajaan? Sepatutnya kerajaan boleh saman pihak pemaju yang telah membuat silap mata misrepresentation of facts atau salah mengenengahkan fakta...




Tu dia. Saya dah jarang baca paper jadi tak tahu bila pula benda ni ditonjolkan. Nak sangat jaga hati kaum dan agama lain sampai begini jadinya?


TERJEMAHAN :-


TANAH YANG DIKENAL PASTI UNTUK PEMBANGUNAN

Satu parsel tanah kerajaan dengan kawasan 250 ekar telah diluluskan untuk projek di Bukit Gambang dalam kawasan negeri Pahang. Ia adalah sekitar 30 km dari bandar Kuantan. Tempoh perjalanan sekitar tiga (3) jam memandu dari Kuala Lumpur. Mukabumi tempat pelbagai dari beralun ke berbukit dan ini sesuai dengan cadangan pembangunan.


ULASAN SAYA :-

Kalau betul telah diluluskan kerajaan apakah ia patut? Apakah kerajaan sedar impak sebenar projek sebegini dibenarkan terhadap kepentingan orang Melayu dan Islam. Atau dalam kertas cadangan asal ianya lain, bila dah berjaya ke hadapan lain pula jadinya?




ULASAN KESELURUHAN :-

Tak payahlah beri muka nak sangat jaga hati bangsa lain, 1 Malaysia ke hapa. Jagalah hati lebih 60% penduduk Melayu dan Islam. Nak sangat projek pelancongan spiritual? Di Tanah Melayu ni banyak masjid-masjid lama dan makam-makam orang alim yang boleh dijadikan tumpuan. Boleh buat seperti makam para Wali Songo di Pulau Jawa yang sentiasa dikunjungi berbas-bas orang 24 jam.

Kepada semua persatuan Melayu Islam dan mereka yang mempejuangkan kedaulatan agama dan bangsa. Sila ambil perhatian. Buatlah tindakan yang bijak agar kedudukan Melayu dan Islam tidak terus diperlekehkan. Pada mereka yang mengaku memperjuangkan hal ini dalam parti politik, inilah masanya untuk menunjukkan taring dan erti sebuah perjuangan. Jangan terikut rentak tari para liberal Melayu yang kelihatan memang suka Islam jatuh agar mereka boleh terus berzina tanpa risau ditangkap, agar wang suap boleh terus diterima dari tokeh-tokeh Cina kerana memainkan peranan. Cukup.


2 ulasan:

  1. baik bangunkan rumah suluk dari buat behala ni..huhuhu

    BalasPadam
  2. Apa dah jadi dengan kes ni sekarang?

    BalasPadam