Semalam saya dan isteri pergi ke pekan Kuala Kubu Baru...
Kami ke Pejabat Tanah Hulu Selangor kerana ada urusan. Isteri mengambil cuti.
Kami mahu membida sebuah rumah lelong di Serendah. Rumah itu memenuhi ciri-ciri idaman kami. Untuk pengetahuan ini adalah kali pertama kami cuba untuk mendapatkan rumah lelong...
Kami harus menyerahkan wang deposit dalam bentuk draf sejumlah RM14,580 iaitu 10 peratus harga awal hartanah sebelum jam 9. Masuk jam 10.30 baru pembidaan bermula.
Tu dia. Isteri saya mendapat nombor bidaan 1. Agaknya kerana kami paling awal mendaftar...
Kami berharap sangat tiada orang lain membida sama. Jangkaan kami meleset kerana ramai yang datang...
Yang kelihatan ini keluarga pembida lain dan beberapa orang pemerhati. Tidak kurang 11 orang masuk membida dan ini boleh mencapai 20 orang kalau tidak kerana pendaftaran ditutup tepat jam 9.
Pegawai lelong membuka sesi dengan menerangkan ciri-ciri dan lokasi rumah yang mahu dibida. Walaupun reserve price atau harga awal yang diumumkan adalah RM145,800, disebabkan ramai yang berminat ia dibuka pada harga RM150,000 dengan tambahan RM5,000 setiap kali bida.
Punyalah laju, seingat saya tak sampai 5 minit selepas bidaan dibuka ia mencapai keputusan. Bayangkan sekali naik RM5,000 sedangkan ramai yang berminat. Akhirnya yang mendapat adalah seorang yang sanggup bayar RM265,000 sedangkan kami suami isteri cuma sanggup pergi sampai RM180,000 sahaja.
Inilah rumah yang dibida, rumah yang kami idam-idamkan. Lihatlah bahagian hadapan yang kelihatan penuh artistik. Kami suami isteri pernah berkesempatan melihat ke dalam kawasan halaman dan ternyata ia cukup cantik. Dengan saiz tanah 65 x 80 kaki = 5,200 kaki persegi, dengan lokasi atas bukit di tempat yang sejuk kira-kira 2 km dari air terjun, 10 km dari Rawang di mana isteri bekerja, mana tidak kami tertarik? Tapi apa nak buat? Bukan rezeki kami. Semoga akan datang peluang yang lebih baik dalam masa terdekat. Amin... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan