Sabtu, September 28, 2013

Hari Usman Awang, pesta durian dan Car Book Sales pertama setelah 5 bulan

Cerita siang tadi...


Pagi sekitar jam 11 saya dan keluarga sampai ke laman belakang Perpustakaan Negara di mana sedang diadakan sambutan Hari Usman Awang.


Ia merujuk pada Sasterawan Negara, allahyarham Usman Awang yang sangat terkenal dengan puisi-puisinya dan lain-lain karya seni dan sastera. Acara berjalan seiring dengan Car Book Sales anjuran perpustakaan dan Perbadanan Kota Buku, jualan buku berkereta yang diadakan sebulan dua kali tahun lepas kemudian sebulan sekali.


Kisah tentang Car Book Sale ini telah diceritakan beberapa kali di blogspot ini. Kita lihat sahaja apa yang ada.












Cuma kali ini ia lebih istimewa buat saya kerana merupakan penyertaan pertama kali setelah 5 bulan.


Kali terakhir saya menyertainya adalah pada penghujung April. Ketika itulah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan saya tidak dapat berjalan tanpa tongkat sehingga ke hari ini. Lihat artikel lama Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot.



Kali ini saya juga dapat menonjolkan dua banner baru berkenaan HIKMAH, banner yang dibuat untuk acara ke-6 HIKMAH yang diadakan di Shah Alam 7 September. Lihat artikel Acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Di sebelah kereta saya, saudara Zahamri Nizar yang merupakan salah seorang penggiat kuat HIKMAH membuka gerai. Beliau yang mula berniaga buku pada acara pertama HIKMAH hampir 11 bulan lalu sampai seawal 9.30 pagi lalu menempah satu ruang untuk saya, ruang di bawah bumbung.


Kalau tidak saya harus mencari ruang terbuka di bawah panas terik matahari seperti dialami beberapa orang yang datang sedikit lambat...




Apapun ini tidak menjadi masalah kerana saya sudah beberapa kali membuka gerai di ruang seperti ini.


Kembali ke ruang berbumbung. Setiap kali menyertai Car Book Sale saya akan cuba mengambil gambar setiap kereta/kenderaan merangkap gerai.






Di satu bahagian atau ruang terbuka kelihatan orang ramai tertumpu.




Tu dia. Orang buat nasi durian. Kelihatan berkongsi resepi keluarga adalah puteri kepada allahyarham Usman Awang.


Sambil ini semua hadirin juga pengunjung boleh menikmati durian percuma!




Pesta durian ini merupakan sebahagian dari sambutan Hari Usman Awang. Sebelum itu telah diadakan deklamasi sajak dan puisi ciptaan Sasterawan Negara itu.


Di satu bahagian pula ada orang berniaga barangan selain buku.




Kembali ke gerai sendiri bersama keluarga. Seronok mereka dengan suasana apalagi dapat makan durian percuma/ Selepas itu kami berjalan-jalan di pusat bandar raya, pertama kali ini dilakukan setelah beberapa lama. Lihat artikel First KL city centre walk in 5 months... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan