Salam pagi Jumaat. Ini ada cerita dari 3 hari lalu...
Selasa baru ini saya dan isteri pergi ke Shah Alam untuk hal tertentu. Dari rumah di Bandar Tasik Puteri kami mengambil jalan melepasi Meru menghala ke Klang. Terlihat lori yang ada nombor 191, nombor yang ada makna tersendiri buat saya. Lihat artikel lama .911,
119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?).
Kami pergi ke bangunan ini.
Saya mahu ditemuramah secara langsung di stesyen radio IMR bermula 2.30 petang, sebuah stesyen yang beroperasi di dunia Internet.
IMR bermaksud Islam Melayu Raja. Tapi pada mulanya saya menyangkakan ia bermaksud In-Motion-Radio... kerana nama itu yang saya jumpa ketika membuat Google perkataan "Radio IMR".
Sesuai dengan makna sebenar IMR saya pun ditanya tentang perkara-perkara tersebut. Sedar tak sedar temu ramah berlangsung hampir 45 minit tanpa diganggu iklan mahupun lagu dan sebagainya. Lihat rakaman di atas.
Selepas itu kami ke Galeri Shah Alam yang terletak di kawasan tasik berdekatan Kompleks PKNS. Ada pameran seni yang dipanggil "Nuqtah - Jalinan Dua Tradisi: Puisi Melayu Dalam Keindahan Seni Khat". Lihat artikel Nuqtah
exhibition at Galeri Shah Alam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Dari sana kami menghala ke satu lagi tempat, kali ini bersebelahan masjid negeri...
Ia adalah Kompleks Taman Seni Islam, juga dikenali sebagai bangunan Yayasan Restu.
Ada pameran tentang warisan rasul dan anbiya'.
Masuk ke ruang legar teringat bagaimana saya telah menganjurkan acara pertama HIKMAH, Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman 9 bulan lalu. Lihat artikel Video
klip sekitar HIKMAH 4 Nov di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam
Akhir Zaman (HIKMAH).
Satu tarikan pameran rasul dan anbiya' ini adalah jubah gergasi yang digantung pada tengah bangunan. Ia dibuat untuk memberi gambaran ketinggian manusia pertama Nabi Adam AS yang dikatakan mencapai 60 hasta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan