Rabu, Januari 23, 2013

Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Dayang Bunting, Gunung Raya dan Mahsuri

Masuk hari seterusnya cerita perjalanan pertengahan bulan lepas. Bersambung dari Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Pusing Pulau Langkawi sampai ke malam.


Pagi Selasa 11 Disember 2012 kami keluar lagi untuk melihat tempat-tempat menarik di Langkawi.


Kali ini kami terus menuju ke jeti pelancongan pekan Kuah. Kelihatan di kiri kawan lama saya dari zaman A-Levels hingga ke universiti England, saudara Kawi (panggilan sebab berasal dari Langkawi). Beliaulah yang mendapatkan kereta sewa juga penginapan buat kami sekeluarga. 


Kami mahu berjalan ke laut. Kawi turut mengatur perkhidmatan bot.


Kami akan melihat beberapa pulau berdekatan di perairan selatan Langkawi. Lihat artikel Start of the island hopping di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Bot membawa kami singgah di sebuah pulau yang menjadi tarikan ramai.


Nampaknya ia adalah kegemaran ramai untuk mandi laut. Lihat The island of Beras Basah.


Setelah lebih kurang 40 minit di pulau tersebut kami kembali ke bot lalu di bawa ke perairan pulau lain di mana terdapat banyak helang laut.


Kemudian kami ke kelong penternakan ikan.


Selesai itu baru ke destinasi utama dalam perjalanan bot yang dipanggil island hopping atau lompat pulau ini.


Selamat datang ke Pulau Dayang Bunting.


Di sini terdapat Tasik Dayang Bunting yang airnya dikatakan boleh menolong wanita untuk mengandung.


Beginilah kedudukan pulau...


Selepas penat berjalan mendaki sedikit bukit kemudian turun balik baru sampai ke tasik. Lihat The island of Dayang Bunting and its lake.


Ada ruang mandi khas untuk kanak-kanak.


Orang dewasa boleh mandi dan berenang di tasik. Namun digalakkan memakai jaket keselamatan kerana airnya sangat dalam. Lebih 40 kaki dalam di semua bahagian kalau tak salah.


Setelah berpeluang mandi lebih kurang setengah jam gitu kami pun ke bot untuk kembali ke Kuah.


Sambil itu saya asyik memerhati keadaan di Gunung Raya, gunung tertinggi di Langkawi. Kalau cuaca elok selepas itu kami mahu naik hingga ke puncak.


Sampai di Kuah kami terus menaiki kereta menuju ke luar pekan. Singgah di sebuah masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Nurul Hidayah, Kelibang, Langkawi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Apabila mendapati cuaca cukup baik, kami pun mengorak langkah ke Gunung Raya.


Adapun semasa pagi saya dapati seluruh puncak asyik diliputi awan seperti awan hujan. Bila sampai ke atas ternyata cuaca cukup terang kecuali di satu bahagian.


Sayangnya selain anak kecil kami Johan, anak-anak lain sudah tertidur kepenatan lalu tidak dapat menikmati pemandangan. Lihat Views from Gunung Raya.


Dari Gunung Raya kami turun ke Ulu Melaka di mana kelurga makan tengah hari sementara saya masuk ke masjid kemudian menziarahi makam. Lihat Masjid (Mosque of) Ulu Melaka, Langkawi dan Makam purba (The ancient tomb), Langkawi.


Dari situ sudah cukup dekat untuk ke tempat yang dipanggil Kota Mahsuri merujuk pada watak legenda Mahsuri yang difitnah bermukah lalu dihukum bunuh. Menurut ceritanya, darah putih mengalir keluar selepas beliau ditikam. Mahsuri yang tidak bersalah sempat membuat sumpahan bahawa Langkawi tidak akan maju selama tujuh keturunan.


Menurut cerita kemudian, sumpahan ini tamat sekitar tahun 1980an. Sejak itulah Langkawi dapat dimajukan sehingga menjadi sebuah pusat pelancongan terkenal. Makam Mahsuri turut menjadi tarikan selain perigi berdekatan. Lihat Makam (Tomb of) Mahsuri.


Jam 5 petang kami bersiap untuk meninggalkan Langkawi. Singgah sebentar di masjid utama tidak jauh dari jeti feri, singgah juga melihat masjid yang nampaknya lebih lama di hadapan. Lihat Masjid (Mosque of) Al Hana, Kuah dan Masjid lama (Old mosque of) Kuah.


Sampai sahaja di tanah besar Semenanjung iaitu di jeti Kuala Perlis kami terus mendapatkan kereta lalu menuju ke Alor Setar, singgah di Masjid Zahir.




Lewat malam baru kami menuju ke tempat ingin berehat iaitu di Kuala Kangsar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan