Jumaat, Januari 18, 2013

Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Pusing Pulau Langkawi sampai ke malam

Masuk balik bab pengembaraan bulan lepas. Bersambung daripada artikel Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Ke destinasi yang ditunggu-tunggu yang dibuat 15 hari lalu.


Isnin 10 Disember 2012, sampailah masa untuk berpusing melihat Pulau Langkawi.


Hala dahulu ke bandar Kuah untuk melihat Dataran Lang.


Seronok isteri dan anak-anak kerana pertama kali sampai ke sini. Lihat artikel The views from Langkawi's Dataran Lang blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian kami pun memulakan perjalanan pusing pulau mengikut arah lawan jam. Singgah sebentar di jeti Sungai Kilim. Lihat The entry point to Kilim Geoforest.


Seterusnya kami menghala ke satu lereng bukit.


Kami pergi mandi air terjun. Lihat The waterfalls of Durian Perangin.


Tempat persinggahan berikut adalah Telaga Ayer Hangat.


Sempat makan laksa anak-beranak. Lihat The hotsprings of Ayer Hangat.


Perjalanan disambung ke Tanjung Rhu.


Dah terasa nak jalan-jalan naik bot pula. Tapi sebelum itu kami berhenti di beberapa tempat. Lihat :- 






Bot ini sendiri membawa ke beberapa tempat. Lihat  The waterway from Tanjung Rhu towards jetty to Kilim.


Anak kecil kami, Johan pula asyik mengintai peluang untuk memanjat ke hadapan bot.


Sampai di satu tempat kami berhenti untuk menaiki sebuah jeti kayu.


Ada gua yang menjadi tarikan pelancong. Lihat Gua Kelawar - The Bat Cave.


Anak kami lagi seorang, Rasyid juga suka memanjat ke hadapan.


Dalam perjalanan kembali ke Tanjung Rhu kami singgah di satu lagi gua.


Nampaknya yang ini lebih istimewa. Dipercayai di sinilah burung Garuda dalam cerita Hikayat Merong Mahawangsa pernah menyorokkan puteri dari Cina. Lihat The myth of Gua Cherita.


Beginilah keadaan matahari ketika kami menghampiri kembali Tanjung Rhu.


Kami sampai ke tempat persinggahan seterusnya sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang. Lihat Pantai Pasir Hitam, the black sand beach.


Perjalanan pusing pulau diteruskan malam hari dengan singgah di Datai, penghujung barat-laut Pulau Langkawi.


Kemudian lalu di bahagian bawah Telaga Tujuh.


Kalau ikutkan, selepas itu saya mahu membawa keluarga ke Pantai Chenang sebelum ke Porto Malai. Tapi kami sudah kepenatan lalu mengambil jalan terus ke Kuah. Singgah sebentar di Ulu Melaka untuk menziarahi makam lama berbatu nesan Aceh yang dikenali sebagai Makam Purba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan