Khamis, Januari 17, 2013

Pameran khat "Nuqtah' di sebuah rumah tradisional Melayu di Sentul

Ini ada cerita kecil dari siang tadi.



Selepas menyelesaikan beberapa perkara di beberapa tempat di Kuala Lumpur saya pergi ke sebuah rumah tradisional  Melayu di Taman Dato' Senu, Sentul.




Rumah kayu yang masih berdiri megah di tengah kepesatan pembangunan rumah-rumah moden dan kedai batu serta pangsapuri tinggi ini dipanggil "Rumah Datin Halijah". Ada pameran seni khat dipanggil "Nuqtah" sedang berlangsung.


 Saya pun masuk ke dalam.


Seperti biasa saya suka mengambil gambar secara candid. Kelihatan seorang ibu muda sedang menyarungkan baju anak...


Beliau adalah isteri kepada saudara Zam, salah seorang ahli atau pelukis khat yang terlibat dalam pameran.


Zam telah menjemput saya untuk datang melihat pameran jam 8 malam. Kalau tak salah ada majlis perasmian.


Tapi saya tidak dapat datang waktu malam. Oleh kerana saya sudah berada di Kuala Lumpur dan selesai segala urusan sekitar jam 4.30 petang saya pun membuat keputusan untuk singgah.


Ternyata rumah kayu tradisional ini menarik dan menenangkan.


Ditambah hasil-hasil kerja seni khat yang tentunya bermotifkan Islam ada rasa yang menyerlah tapi lembut.


Ini adalah kali kedua pameran atas nama "Nuqtah" dibuat. 


Kali pertama ia berlangsung adalah semasa bulan Ramadhan tahun lepas. Lihat artikel "Nuqtah" khat exhibition at Chandan art gallery, Damansara Heights blogspot BERPETUALANG KE ACEH

.



Jika dahulu pameran menampilkan hasil kerja enam orang penulis/pelukis khat, kali ini ia melibatkan 16 orang.


"Nuqtah" dirancang mahu diadakan di beberapa tempat lagi tahun ini. Pameran di Sentul ini kiranya pembukaan untuk kalender 2013. Ia cuma berlangsung tadi dan hari Khamis 17 Januari. Semua dijemput datang tanpa perlu membuat apa-apa bayaran. Pameran dibuka dari jam 2 petang sehingga 11 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan