Rabu, Ogos 08, 2012

Tapak kota Portugis di Muar?

Beralih sebentar ke Muar.


Tadi saya terlihat kembali sebuah peta lama Muar hasil lakaran Portugis oleh Emanuel Godinho de Eredia tahun 1604. Peta itu menujukkan bentuk dan kedudukan kota Portugis yang dipanggil Fortaleza de Muar. Sesetengah pihak percaya ia dimusnahkan oleh tentera Aceh dalam perang 1629 yang berlanjutan selama 2 tahun, perang yang meratah lokasi-lokasi di sekitar Sungai Muar hingga ke kawasan Bandar Hilir di Melaka sekarang. Kini tidak ada lagi apa-apa kesan yang boleh lihat, tidak seperti Kota A Famosa di Melaka yang pintu gerbangnya masih berdiri megah...



Kali ini saya terasa mahu memadankan lakaran dengan bentuk muka bumi sebenar Muar menggunakan gambar satelit dari program Google Earth. Untuk itu saya harus menyendengkan sedikit gambar. Perhatikan kedudukan huruf N di sudut atas kanan yang menunjukkan arah ke utara ataupun North.


Zoom in. Baru saya tersedar wujud jalan-jalan moden yang kedudukannya boleh dipadankan dengan bentuk segitiga tembok kota lama yang sudah lama tiada.


Zoom in lagi. Sebenarnya ada dua jalan selari yang boleh membentuk tembok timur kota tetapi kita ambil yang lebih pendek.


Nah. Jalan-jalan sebut setelah ditanda merah. Nampak tak persamaan dengan lakaran pada gambar paling atas? Apakah ini kedudukan sebenar kota yang samada sengaja atau tidak 'diabadikan' melalui kedudukan jalan-jalan moden? Hmm...



6 ulasan:

  1. tahniah, mungkin ya mungkin tidak. perlu dibongkar lagi ni... tapi rasanya tak le sekecil itu... :)

    BalasPadam
  2. Ya, mungkin betul.... Perlu lihat bentuk muka bumi di lokasinya yg sebenar untuk lebih pasti...

    BalasPadam
  3. Kalau nak lebih besar kita boleh ambil Jalan Hashim yang selari dengan jalan dan garisan merah yang kelihatan membentuk timur segitiga lukisan saya. Saya cuma membuat telahan dalam artikel ini kerana tertarik melihat kedudukan jalan sedia ada yang hampir serupa sempadan lakaran kota lama. Sambungkan sahaja pertemuan tiga jalan - Jalan Saleh di utara, Jalan Bentayan/Bakri di barat menghala ke selatan dan Jalan Hashim dan dapatlah segitiga lebih besar yang turut serupa bentuk lakaran kota.

    Ini bukanlah anggaran tepat kerana mengikut lakaran ada sungai di sebelah luar timur kota. Ia mungkin Sungai Bentayan, tak mustahil juga Parit Tiram. Yang pasti berpandukan lakaran, kedudukan kota yang cuba saya teka itu tidak jauh lari. Saya percaya sekurang2nya 50 peratus kawasan yang saya tandakan memang terletak dalam lingkungan kota.

    Nota : Segitiga merah yang saya lukis tu memiliki sisi 'utara' sepanjang 380 meter, sisi 'barat/selatan' 640 meter dan sisi 'timur' 410 meter. Kalau Jalan Hashim diambil sebagai sempadan segitiga yang lebih besar maka sisi2 ini menjadi sepanjang 580 meter, 1,120 meter dan 820 meter.

    BalasPadam
  4. Menarik... boleh di teruskan kajian... cuba rujuk ahli arkeologi...

    BalasPadam
  5. Kedudukan surau di bustand tu merupakan
    tempat yg betul2 di penjuru segitiga kubu tersebut. . bersebelahan sg.bentayan ! !

    BalasPadam
  6. Saya setuju dgn teori serta telahan ni. Sebab kebanyakan jalan yg ada ini adalah wujud dari perimeter kubu. contohnya seperti jalan di Melaka yg ada ialah asal perimeter kubu Melaka Portugis/Belanda. Kubu tiga segi ini rasanya kubu milik Portugis setelah menewaskan tentera Melaka yang berkubu di Bentayan pada 1511 yg sebenarnya untuk melengah-lengahkan pengejaran oleh Portugis terhadap Sultan Melaka dan pengikut-pengikutnya.

    BalasPadam