Assalamualaikum semua. Malam ini sudah masuk 13 Ramadhan sedangkan tarikh 'Orang Putih' 1 Ogos. Kiranya ada faktor 131 yang merupakan nombor home sweet home buat saya. Maka biar disambung cerita dari Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Dari Tasikmalaya ke Banyumas menjejak rasa leluhur
isteri.
Sabtu 12 Mei 2012 kami berjalan-jalan di satu kawasan perumahan berdekatan bandar (ke pekan?) Kebumen.
Adapun daerah Kebumen adalah tempat asal leluhur isteri saya sebelah ibu. Bapa kepada ibunya telah berhijrah dari Kebumen ke Kuala Langat, Selangor tetapi kami tidak tahu dengan tepat tempat asalnya. Dengan kuasa Allah kami telah berkenalan dengan satu pasangan suami isteri dalam bas dari Banyumas malam sebelumnya. Apabila mendapat tahu misi kami berjalan sambil menjejalk rasa atau aura para leluhur kami diajak bermalam di rumah mereka.
Si suami begitu bersemangat mahu menunjukkam satu dua makam yang terdapat berdekatan. Ini salah satunya, cuma sekitar 200-300 meter dari rumah mereka. Lihat artikel Makam
(Tomb of) Mbah Ireng, Kebumen di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Pasangan tersebut bersama isteri dan anak-anak saya. Si suami kami panggil Pak Agus.
Paling istimewa mereka mahu kami melihat makam seorang wali besar dahulukala yang berasal dari keturunan Saidina Hassan.
Selepas masuk ke dalam kami terkial-kial mencari pula. Lihat artikel Looking
for the tomb of a Hassani Sheikh in Kebumen di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Rupa-rupanya Pak Agus sendiri tak tahu makam yang dicari yang mana satu. Mungkin dia cuma biasa mendengar nama tetapi baru tergerak hendak menjejak kaki bersama kami.
Ini tidak menghairankan kerana kami sudah beberapa kali terjumpa warga tempatan tempat lain yang begitu teruja menunjukkan makam orang penting di tempat mereka kepada kami... sedangkan mereka sendiri belum pernah menjejakkan kaki. Rupa-rupanya yang dicari adalah makam pertama kami lihat sebaik sahaja meletakkan kereta. Lihat Makam
(Tomb of) Sheikh Abdul Kahfi al-Hassani.
Selepas itu sampai masa meneruskan perjalanan. Pak Agus dan isteri menurunkan kami di terminal bas Kebumen.
Tidak lama kemudian kami pun mendapat bas menghala ke Magelang, sebuah bandar penting di tengah Jawa Tengah.
Tetapi kami turun belasan kilometer gitu sebelum sampai ke Magelang... di pekan bernama Salaman.
Kemudian mendapatkan lagi satu bas.
Tempat turun seterusnya adalah di terminal bas Borobudur. Sudah dapat agak tujuan kami?
Dari terminal kami naik beca untuk sampai ke satu tempat yang sangat terkenal. Lihat dahulu artikel Walking
to Borobudur.
Nah. Tengok gambar ini sahaja sudah ramai orang boleh meneka ke di manakah ini. Sesungguhnya Candi Borobudur memang diketahui ramai, reka bentuknya orang boleh cam dan kenal. Sepertimana Big Ben dan Tower Bridge menjadi ikon bagi kota besar London, Menara Eiffel ikon Paris, orang yang tak pernah sampai England dan Peranchis boleh tahu, begitu juga halnya Borobudur.
Akibat begitu teruja anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang baru berumur 2 tahun 7 bulan sanggup memanjat sendiri, tidak mahu didokong mahupun dipimpin. Sampai ke atas dia terus menjerit "Menang! Menang! Menang!". Lihat Climbing
Borobudur to the top. Saya pun sama seronok. Ternyata selain bentuk binaan dan ukiran yang ada pemandangan di sini memang cantik.
Sambil-sambil itu saya cuba menyerap rasa candi yang dikatakan berunsur ajaran Buddha tetapi pada saya menggambarkan ajaran tauhid mirip ilmu Tasawuf daripada syariat nabi-nabi terdahulu. Baca artikel-artikel berikut dan teliti gambar-gambarnya...
Ini pula kami di terminal bas bandar raya Jogjakarta ataupun Jogja.
Dari Borobudur kami mendapatkan bas terakhir ke Jogja hampir jam 7 waktu malam.
Kami menaiki bas lain untuk ke pusat bandar raya. Ternampak sepanjang jalan orang begitu ramai kerana satu, kami sampai malam hujung minggu. Kedua, Jogja memang ramai pelancong dan kebetulan hari itu ada konsert percuma. Lihat Festive
night at Jogja....
Kelihatan di sini kami menukarkan baju anak bongsu kami Muhammad Alauddin Johan yang ketika itu berumur 2 setengah bulan di atas pangkin berdekatan sebuah surau. Di sini keadaannya senyap sedikit. Ada pula tandas dan bilik mandi di mana kami boleh menyegarkan diri sebelum berjalan lagi.
Destinasi utama kami di Jogja adalah masjid utamanya yang merupakan masjid diraja. Lihat Masjid
Raya (Main mosque of) Jogjakarta.
Kemudian kami pergi melihat Keraton Jogja atau istananya. Kebetulan konsert diadakan di alun-alun atau pada berhadapan istana. Cuma saya tak terfikir hendak mengambil gambar-gambar konsert. Lihat Keraton
(Palace of) Jogjakarta.
Kami turut melihat sebuah istana lain yang terletak keluar sedikit dari pusat bandar raya. Selepas pintu masuk utama saya dapat melihat patung dewa Hindu ini, sedangkan istana mewakili sebuah pemerintahan yang mengaku Islam. Kemudian saya diberitahu banyak lagi perkara serupa boleh dilihat di Jogjakarta di mana orang-orang mengaku Islam membuat amalan seperti orang Hindu. Saya sudah lama tahu ini. Itulah yang sering disebut sebagai Jawa Kejawen.
Alhamdulillah saya sampai Jogja waktu malam dan meninggalkan pun dalam kegelapan. Diakui ia sebuah kota yang menarik dan memang cantik tetapi kami perlu berkejar lagi untuk menziarahi tempat-tempat lain apalagi kami perlu kembali ke Malaysia lusanya nanti. Kalaulah kami berjalan siang tak tahulah lagi apa kami boleh nampak. Kami bukannya pelancong biasa yang mungkin begitu seronok dengan kebebasan kebudayaan tanpa mengira agama. Kalau banyak sangat terlihat hal seperti patung dewa ini ditakuti saya boleh naik panas baran. Kalau patung di kuil saya tak marah kerana sah-sah le itu cara kepercayaan mereka. Tapi kalau di tempat orang yang mengaku Islam? Hmm... cukup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan