Selasa, Julai 31, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Tasikmalaya ke Banyumas menjejak rasa leluhur isteri

Subhanallah! Hari ini 31 Julai bersamaan 11 Ramadhan. Maka ini adalah hari ke 11 kita wajib berpuasa mengikut Rukun Islam. Sesuailah rasanya untuk saya mempersembahkan cerita hari ke-11 perjalanan di Pulau Jawa. Bersambung dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Pesantren Abah Anom dan makam Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan.


Dalam artikel sebelum ini telah disebut kami anak beranak bermalam di kedai makan berhadapan stesyen kereta api. Kelihatan di sini kedai tersebut dilihat awal pagi Jumaat 11 Mei 2012.


Kedai itu terletak betul-betul di hadapan stesyen kereta api Tasikmalaya. Lihat artikel Early morning look at Tasik Malaya train station di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari stesyen terasa hendak berjalan kaki ke pusat bandar. Lihat Tasikmalaya town.


Terus sampai ke masjid agung Tasikmalaya, masjid utama bagi seluruh daerah sini.


Oh. Saya berjalan membawa anak yang bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid. Lihat artikel Masjid Agung (Great mosque of) Tasikmalaya di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian kami kembali ke kedai makan lalu bersedia bersama isteri dan anak kecil untuk meninggalkan Tasikmalaya. Dengan menaiki van kami pun ke stesyen bas...


Sampai di stesyen kami sempat makan di kedai berdekatan.


Alhamdulillah, ada bas mahu bergerak dalam masa terdekat. Destinasi kami kali ini adalah Banyumas, sebuah bandar/pekan yang terletak  sekitar 100 km kalau tak salah ke timur.


Seperti halnya Tasikmalaya, Banyumas juga adalah nama daerah selain nama bandar/pekan. Bas tidak membawa terus ke pekan Banyumas sebaliknya kami harus turun dahulu di Purwokerto yang terletak di dalam daerah Banyumas.


Purwokerto merupakan bandar perhubungan utama di sekitar ini...




Dari situ baru boleh mendapatkan bas ke pekan Banyumas.




Selepas berjalan belasan kilometer kami pun sampai ke pusat pekan.


Berehat dahulu di sebuah gerai menghilangkan kelaparan...




Kami juga dapat menumpang beg-beg berat di gerai tersebut. Dapatlah kami berjalan kaki melihat Banyumas dengan ringan.


Padang besar yang dipanggil alun-alun seperti halnya terdapat di semua bandar di Pulau Jawa menjadi tumpuan penduduk bersantai petang-petang. Rasyid mencuba satu permainan...


Tu dia. Pasang muzik kemudian kayuh dengan kaki lalu motosikal mainan pun bergerak-gerak. Seronok Rasyid.


Selepas itu baru kami menuju ke masjid utama.


Adapun isteri saya memang ingin menjejakkan kaki di sini. Bapa kepada bapanya berasal dari Banyumas sebelum berhijrah ke Kuala Selangor, tak tahulah Banyumas di sebelah mana. Kiranya jejak kaki di masjid utama bagi seluruh daerah adalah syarat untuk menyambung wasilah dengan leluhur. Lihat Masjid Agung (Great mosque of) Nur Sulaiman, Banyumas.


Puas menyerap suasana masjid kami pun kembali ke gerai makan. Sampailah masa untuk ke satu lagi tempat leluhur isteri iaitu dari belah ibunya, tempat bernama Kebumen yang terletak sekitar 100 km lagi ke timur.


Nota : Terfikir pula. Kebetulan artikel melibatkan Banyumas ini dibuat selepas muncul artikel Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya semalam. Artikel itu pula cuma dapat disajikan setelah kami sekeluarga berjaya mencari batu nesan Aceh di satu kawasan pendalaman Kuala Selangor iaitu berdekatan Bukit Belimbing hari sebelumnya. Teringat kata-kata dalam sebuah buku kecil tentang Kuala Selangor. Kalau tak salah ia menyebut Bukit Belimbing (atau satu kawasan berdekatan?) dibuka oleh orang Aceh juga masyarakat Jawa dari Banyumas.

Memang pun bapa kepada bapa isteri datang dari Banyumas ke Kuala Selangor tapi saya tak tahu pula di belah mana. Nampaknya seperti ada kaitan, artikel tentang Banyumas ini 'terkeluar' selepas kami menjejakkan kaki ke kawasan pendalaman tersebut. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan