Jumaat, Ogos 10, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Hidung lembu di Pasar Turi

OK. Adapun gambar-gambar artikel kali ini tentang perjalanan Pulau Jawa telah diletakkan pada siang Jumaat 21 Ramadhan. Kini awal pagi Sabtu 22 Ramadhan biarlah saya bercerita. Bersambung dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Solo, Kediri, pendopo kerajaan Majapahit dan makam Sheikh Jamaluddin Kubro di Mojokerto.


Pagi Isnin 14 Mei 2012. Rasyid melihat ke luar bilik hotel tempat kami menginap di Sidoarjo, pinggir selatan bandar raya Surabaya.


Tengah hari baru kami semua keluar menaiki bas untuk ke satu kawasan menghampiri pusat bandar raya.


Nama tempatnya Pasar Turi...


Kami ingin mencari buah tangan untuk dihadiahkan kepada keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Kami diberitahu di sini tempat yang sesuai.


Saya tertarik melihat landasan kereta api terbuka menyeberangi jalan raya hingga lalu menembusi kompleks membeli-belah sini.


Perut pula terasa lapar. Tempat makan yang kelihatan cuma warung-warung tepian jalan ini. Nak tak nak kena hilangkan lapar sebelum mencari barangan.

Namun timbul rasa sangsi melihat hidung-hidung yang rupanya lain macam ini. Hampir saya ingin bertanya apakah orang yang menjual ini beragama Islam? Atau mungkin sahaja memakai tudung tetapi beragama lain seperti pernah diingatkan beberapa orang tentang keadaan di Indonesia? Tapi rasa segan tersilap pertanyaan  boleh mengaibkan orang pula.


Rupa-rupanya semua itu hidung lembu. Nampaknya ia makanan istimewa di sini. Saya tak ingat bagaimana timbul kepastian yang menjual ini semua orang Islam. Bila kami pesan rojak terus mahu disagat hidung lembu untuk dicampurkan. Kami terus menegah. Tak getilah makan hidung lembu. Malah apa-apa jenis hidup pun kami tak makan... setakat termakan hidung ikan bilis ada le...


Ini pula gambar kami menaiki teksi malam hari ke destinasi terakhir kami di Pulau Jawa. Maaf ya. Saya terlupa hendak mengambil gambar keadaan dalam kompleks membeli-belah. Cukuplah diberitahu kami ada membeli sedikit buah tangan termasuk 4 atau 5 belangkon, topi tradisional orang Jawa.


Perjalanan kami di Surabaya hari itu cukup ringkas. Kami harus kembali ke Malaysia menaiki pesawat sekitar jam 8 malam dan teksi membawa kami sampai cukup awal untuk bersantai di lapangan terbang. Kami sudah sangat penat dengan perjalanan 13 hari sebelumnya mengelilingi Pulau Jawa. Kalau tidak kerana membeli buah tangan untuk orang, kemungkinan besar kami tidak akan ke mana-mana.... mungkin sekadar berlegar-legar di sekitar hotel sahaja. 

Semakan melalui Google Earth menunjukkan kami anak-beranak sudah mengembara sejauh lebih 2,318 km keliling Pulau Jawa menaiki pelbagai kenderaan daripada bas, beca, ojek (motor tumpangan), van dan entah apa lagi. Dengan ini siri "Pusing Pulau Jawa anak-beranak" yang penceritaannya sudah memakan tempoh lebih 3 bulan ini ditamatkan. Kami cukup bersyukur kerana berjaya menamatkan misi walaupun membawa anak-anak kecil yang sentiasa perlu dijaga dan dipantau pergerakan dan makan-minumnya.

Semoga pembaca semua terhibur dan mendapat sedikit pengetahuan. Sekarang sampailah masanya untuk saya betul-betul mengejar sisa-sisa 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Sekian, wassalam... :]






6 ulasan:

  1. Tabik Spring la , berjalan2 dengan anak kecik skali [Payah tu]. Sama-sama kita kejar sisa 10 akhir ramadhan. :)

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera bang Radze,

    hampir tiap pagi buta sy baca pelbagai posting saudara,tapi saya dah lupa yg mana yg saudara cakap akidah umat melayu ni dah seleweng, jadi lembik sebab hasil kerja Nuruddin Al Raniri. Bumi Acheh pastu jadi lemah dan ketinggalan. Bukankah apa yg dibawa Nuruddin tu betul? Iaitu kembali kepada Ai Quran dan As Sunnah. Beliau menentang kuat fahaman "Wahdatul wujud",dimana ulama sekarang pon ramai mengatakan fahaman wahdatul wujud tu penuh penyelewengan.

    Saya xnak saudara melenting sebab abang orang tarikat gak, jadi mana yg betul? Jawap la soalan sya ni sebab abang cakap orang wahabi ni bertopengkan alquran & sunnah tapi penuh penyelewengan.

    Ps: sy x menentang ajaran sheikh fansuri walaupun ajarannya pasal wahdatul wujud sama dengan Al-Hallaj.

    BalasPadam
  3. salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

    pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)

    BalasPadam
  4. Wassalam semua. Menjawab pertanyaan tentang Nuruddin tu saya tak kata dia menyelewengkan agama. Tapi saya berpendapat beliau menggunakan ilmu agamanya untuk mendapatkan kebesaran dunia. Macam gak kalau ulamak pandai mengajar mintak upah beribu2 Ringgit, apa yang dia ajar tu betul sekurang2nya mengikut pengajian masing2. Tapi dia mengajar bukan untuk berdakwah tetapi mendapat kedudukan dalam masyarakat dan menggunakan agama untuk menjadi kaya raya.

    Tentang Nuruddin ramai juga pengkaji mempersoalkan motif beliau mengutuk sakan ajaran Hamzah Fansuri dan para pengikutnya. Sambil itu beliau menulis satu kitab yang nampak sangat membodek Sultan Iskandar Thani Aceh yang mengambilnya sebagai mufti kerajaan. Saya mendapati pada zaman Nuruddin jihad melawan Portugis di Melaka seperti tidak wujud lagi berbanding pada zaman sebelumnya. Kelihatan seperti beliau samada sengaja atau tidak bekerjasama membenarkan Portugis (kemudian Belanda) melebarkan sayap di Alam Melayu.

    BalasPadam
  5. Tabik Spring la , berjalan2 dengan anak kecik skali [Payah tu]. Sama-sama kita kejar sisa 10 akhir ramadhan. :)

    BalasPadam
  6. Anda memang hebat! Mampu mengembara bukan sekadar memabawa isteri, tapi juga anak2 yang masih kecil.....

    Cukup menarik membaca pengembaraan anda di merata dunia......

    Semoga anda dan keluarga sentiasa sihat dan mendapat rahmat Allah Swt.
    Amin!

    BalasPadam