Jumaat, April 27, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang Ngah

Penceritaan perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April pun masuk hari ke-4. Bersambung dari Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Penat lelah pusing Dungun sebelum berkejar ke Kuala Terengganu dan Jerteh.



Pagi Khamis 29 Mac 2012 saya keluar mencari sarapan di pusat bandar Jerteh, Terengganu...


Kembali ke hotel Muhammad Alauddin Johan sudah bangun dari tidur.


Muhammad Al-Aminul Rasyid pula sudah lebih awal bangun. Dia mengikut saya mencari sarapan, kemudian baru mandi dan bersiap untuk keluar.


Tujuan saya memilih untuk bermalam di Jerteh adalah untuk mengambil gambar masjid baru kayu di satu kawasan yang dipanggil Seberang Jerteh. Dahulu penghujung 2010 kami ada singgah. Ketika itu ia masih dalam pembinaan, ada masjid lama di hadapan. Lihat artikel Masjid Kayu (Wooden mosque of) Seberang Jerteh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Bandingkan dengan artikel lama Masjid Seberang Jerteh baru dan lama (Mosques of Seberang Jerteh old and new)....


Selain itu Jerteh terletak dekat dengan sempadan negeri Kelantan. Adapun tujuan utama kami membuat perjalanan ke Pantai Timur ini adalah untuk Negeri Chek Siti Wan Kembang berjumpa 2 orang anak yang menetap di sana. Masuk ke Kelantan singgah di Pasir Puteh lalu ke tempat ini. Lihat Memorial (of) Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan.


Saya juga mengambil peluang untuk ke masjid jameknya mengambil lagi gambar. Penghujung 2010 saya ada mengambil sejumlah gambar tetapi setelah sampai waktu malam. Lihat Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh di siang hari (Ibrahimi mosque, Pasir Puteh in daytime).


Dalam perjalanan lebih setahun lalu itu saya juga mahu melihat masjid lama di Pulai Chondong, Machang tetapi entah kenapa asyik tak kesampaian. Walhal kami anak beranak ada lalu di jalan berdekatan beberapa kali tetapi selalu disibukkan untuk mengejar hal-hal lain. Baru kali ini dapat melihat masjid yang memiliki menara istimewa ini. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Pulai Chondong, Machang.


Selepas itu baru kami ke rumah tempat 2 orang anak menetap di Kelantan.


Kami sampai ketika mereka sudah tamat waktu sekolah dan bersedia untuk bercuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu bersama kami. Maka dapatlah si Johan dan Rasyid bertemu Abang Ngah dan Kakak. Saya dan isteri membawa mereka menziarahi makam Tok Kenali yang terletak dalam perjalanan ke pusat bandar raya Kota Bahru.




Sampai di bandar raya kami mendapatkan penginapan di sebuah hotel.


Letaknya di tepi Sungai Kelantan, di satu kawasan yang sering menjadi kunjungan ramai untuk bersantai terutama pada waktu malam menjanjikan suasana yang menarik untuk kami anak beranak bersama beramah mesra setelah jarang berjumpa akibat jarak. Di sinilah kami menginap 3 malam, kali ini dalam keadaan lebih tenang berbanding lawatan lebih setahun lalu di mana kami anak-beranak terlalu banyak sangat berjalan... :]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan