Sabtu, April 28, 2012

Bengkel penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan

 OK. Kita beralih ke satu perjalanan kecil yang dibuat lebih seminggu lalu...


Merujuk kepada artikel Seminar Antarabangsa Hang Tuah di Seri Negeri - Menjana kebangkitan jati diri Melayu sejati? yang ditulis 2 bulan lalu. Semasa seminar berlangsung saya ada membeli 3 buku berkenaan sejarah Melaka termasuk buku yang kelihatan ini...


Di dalamnya ada bab menceritakan tentang penempatan awal orang Melayu Melaka di Tanjung Tuan iaitu berdekatan Port Dickson. Lalu disebut bahawa di sana terdapat makam hamba Allah yang dikenali Barat sebagai Parameswara, pengasas dan raja pertama Melaka.


Tertera juga gambar makam sekali. Sejak itu saya menyimpan hajat untuk mencari makam itu. Cuma belum timbul peluang dan masa. Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu saya dan keluarga ada lalu di Tanjung Tuan tetapi ia dibuat dalam perjalanan mahu kembali ke rumah dari arah Linggi...


Maka bayangkanlah perasaan apabila pada suatu hari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memanggil untuk mengikuti bengkel di Tanjung Tuan selama 3 hari. Walaupun ia sebenarnya kursus ke 6 anjuran DBP di mana saya dijemput hadir (tetapi saya tak datang kursus terawal tahun 2011) saya sangat teruja...


Walaupun kursus kali ini merupakan bengkel penulisan buku kanak-kanak yang agak jauh dari bidang kebiasaan diri, saya amat teruja kerana jemputan tiba ketika saya sedang berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk mencari makam yang disebut sebagai milik Parameswara di Tanjung Tuan.


Apabila sampai masanya untuk ke sana saya memilih untuk menaiki kenderaan awam.


 
Sejak kembali berkeluarga penghujung 2008 saya sudah jarang menaikinya. Bila naik pun sekadar untuk pusing di Lembah Klang atau bergerak dari rumah di Bandar Tasik Puteri ke Kuala Lumpur  mengelak kesesakan lalu lintas dan masalah meletak kereta. Pembaca yang rajin mengikuti penulisan saya sejak dari awal mesti tahu bagaimana dalam tempoh tahun 2002 hingga ke 2008 itu saya banyak mengembara seorang diri menaiki pelbagai jenis kenderaan awam termasuk menumpang kereta dan lori. Jadi ada perasaan tertentu yang sukar digambarkan apabila saya seorang diri menaiki bas dari Rawang ke Kuala Lumpur kemudian menaiki kereta api ke Seremban.


Sampai ke Seremban saya berjalan kaki ke stesyen bas lalu teringat satu macam petunjuk yang timbul apabila sampai ke stesyen minyak berhadapan seminggu sebelum itu. Lihat Dari Linggi ke Sungai Ujong dan faktor 131. Terasa ada kesinambungan dengan perjalanan tersebut yang bermula apabila saya dan keluarga pergi ke Melaka selepas menyaksikan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 14 melalui kaca televisyen 11 April.



Alhamdulillah, saya sampai ketika bas ke Port Dickson sudah mengambil orang dan sedia untuk bergerak.


Ini adalah gambar di Lukut, selepas melepasi kawasan makam Raja Jumaat, tokoh usahawan bijih timah berketurunan Bugis 200 tahun lalu yang rupa-rupanya ada hubungan dengan keluarga sebelah ibu...


Sampai ke Port Dickson saya terus mendapat bas menghala ke Tanjung Tuan, 15 km ke selatan. Namun bas itu sebenarnya mahu ke Tanjung Agas, berdekatan sempadan Melaka-Negeri Sembilan sedangkan untuk betul-betul sampai ke Tanjung Tuan kita perlu masuk 1.5 km ke dalam.



Dengan kuasa Allah, sebaik sahaja turun bas muncul van milik pusat peranginan tempat peserta bengkel menginap. Kalau mahu saya boleh tumpang tetapi saya mahu makan di tepi jalan dahulu. Kemudian dapat menumpang sebuah kereta yang kebetulan dalam perjalanan masuk ke dalam.



Pemandangan yang boleh dilihat dari bilik penginapan...


Saya sudah beberapa kali ke Tanjung Tuan tetapi inilah kali kedua menginap.


Saya sampai selepas jam 4 petang. Sekitar jam 6 sesi taklimat pun bermula dengan pengenalan bengkel oleh  penulis buku kanak-kanak dan pelukis/ilustrator berjaya Tuan Yusof bin Ismail.. atau lebih dikenali sebagai Yusof Gajah. Kenapa dipanggil Gajah? Cuba anda cari sendiri dan Google...


Selepas taklimat saya masuk hutan seorang diri sebentar untuk menghirup udara segar.



Esoknya Khamis kami mula diajar membuat storyboard lalu menggunakannya untuk membuat dummy buku kanak-kanak.


Setiap peserta disuruh membuat storyboard dan dummy. Walaupun tak pandai melukis ia tidak menjadi masalah. Yang penting dapat mengatur konsep dan penceritaan dengan terang sehingga seorang pelukis ataupun ilustrator mampu menyempurnakan buku berdasarkan apa yang kita sudah gariskan.



Sambil membuat ini saya teringat betapa dahulu sejak kecil saya suka melukis... sampailah minat itu terkubur atas sebab tertentu ketika berumur 15.





Hmm. Saya tak tahu kenapa gambar yang diupload ini boleh terpusing begini.



Saya akui dummy ini dibuat dalam mood main-main. Maaf ya Tuan Yusof Gajah! Hehe... :]




Petang itu saya membawa sejumlah peserta pergi berjalan mendaki bukit di Tanjung Tuan.



Di puncak bukit yang menghadap ke laut ada sebuah rumah api yang bangunan asalnya dibina Portugis 500 tahun lalu! Daripada 16-18 orang yang mengikut saya naik, cuma 4 atau 5 sahaja lelaki, yang lain semuanya perempuan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga semua. Nasib baik ada juga laki-laki, dapat juga  tolong tengok-tengokkan. Kerana pada awalnya yang mahu ikut cuma perempuan sedangkan bukit ini diketahui agak 'keras'.. Lihat artikel A group walk up Tanjung Tuan hill di blogspoBERPETUALANG KE ACEH.



Selepas memastikan orang perempuan boleh kembali ke tempat penginapan dengan selamat baru saya meninggalkan kumpulan untuk turun ke satu bahagian ceruk di kaki bukit...





Di situ terdapat batu meninggi seperti yang kelihatan ini...



Di atas batu ada tapak yang katanya ditinggalkan oleh pahlawan Melayu terkenal, Hang Tuah. Hmm. Semasa menulis ayat ini timbul rasa bahawa lawatan saya ke sini memang terkait dengan seminar yang dihadiri hampir 2 bulan sebelumnya seperti diceritakan dalam Seminar Antarabangsa Hang Tuah di Seri Negeri - Menjana kebangkitan jati diri Melayu sejati?



Oh, biar diberitahu. Walaupun bahagian luar Tanjung Tuan dan pantai utaranya terletak di dalam Negeri Sembilan, sebahagian pantai selatannya termasuk pusat peranginan tempat kami menginap  terletak di dalam negeri Melaka. Malah bukit di mana terletaknya rumah api juga berada di dalam jajaran ini. Ia bersambung melalui sempadan laut hingga ke negeri Melaka sedangkan sempadan darat terdekat adalah lebih kurang 20 km perjalanan ke tenggara...



Saya sudah sampai ke tapak kaki Hang Tuah ini sekurang-kurangnya 2 kali. Tetapi seingatnya, saya tidak pernah mempedulikan kehadiran satu tempat penting di belakang.



Itulah dia makam tua, makam keramat yang dikatakan milik Parameswara, pengasas dan raja pertama Melaka. Walaupun ia tidak lagi kelihatan seperti dalam gambar buku, saya dapat sampai ke sini atas petunjuk beberapa orang tempatan apa lagi ia merupakan satu-satunya makam keramat yang ada di Tanjung Tuan. Lihat artikel Makam Sultan pertama Melaka di Tanjung Tuan? (Tomb of first Sultan of Melaka in Tanjung Tuan?) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
.


Selepas itu saya kembali ke tempat penginapan melalui jalan pantai. Air pasang menyebabkan saya harus meredahnya hingga ke paras hampir kelengkang...



Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat. Esoknya selepas tengah hari bengkel pun tamat...







Saya balik ke Kuala Lumpur dengan menumpang kereta seorang kenalan. Singgah di masjid Teluk Kemang untuk bersolat Jumaat.



Ukiran di setiap sudut bumbung mimbar membuat saya tersentak kerana ia biasanya cuma dipakai di Perak dan beberapa kawasan sekitar. Pada mimbar pula saya cuma pernah melihat ukiran sebegini cuma di 2 atau 3 masjid sebelum ini. Tiba-tiba boleh terjumpa satu di Teluk Kemang, setelah menziarahi makam yang dikatakan milik Parameswara di Tanjung Tuan. Apakah ada kena-mengena? Lihat Masjid (Mosque of) Teluk Kemang, Port Dickson.



3 ulasan:

  1. salam sejahtera buat anda sekeluarga...

    tak sangka,kreatif penulis ini ye...siap ber 'encik' pulak dengan gajah dan tikus,haha...cayalah...

    -Annur-

    BalasPadam
  2. Add salt and pepper to taste. So if you are expecting 20 people for dinner and the dishwasher breaks, they wont be able to help. For a more complex design added features are presented like a light indicator, easy to carry and models in portable form. I have got discovered here a really helpfull site that goes over all kind of petrol pressure washer , substitute parts and the advisable manner to practice portable pressure washers As there are several drink choices available, you can choose the appropriate drink pack to incorporate in the machine.

    BalasPadam