Sabtu, April 28, 2012

Mari ke Pesta Buku KL 2012 di PWTC

Salam semua. Salam kebersihan dunia dan akhirat. Bukan sibuk berlagak bagus mahu membersihkan orang lain, terpekik-terlolong di tempat awam menuntut yang bukan-bukan dengan harapan media antarabangsa dapat memberikan ruang menyatakan pandangan! Sedangkan diri sendiri ibarat burung yang ekornya tercelup taik zaman-berzaman tetapi kuman di seberang jua nampak, gajah  di hadapan mata tak terpandang. Sebaliknya bersihkanlah niat ini, diri kita sendiri yang masih banyak sifat-sifat mazmumah, salah satunya dengan  cara menambah ilmu membaca buku tiap kali berkesempatan... :]



Semalam petang Jumaat saya ke bangunan PWTC di Kuala Lumpur.


Dengan mengambil laluan bersebelahan hotel saya pun berjalan ke pintu masuk.


Adapun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah pun bermula sejak pagi hari itu.


Pesta yang berlanjutan 27 April - 6 Mei ini memaparkan satu pembaharuan apabila saya mendapati sebaik sahaja masuk pintu tadi terus ada ruang pameran di sebelah kiri.


Dalam pesta tahun-tahun sebelumnya kita perlu berjalan ke hadapan lagi sebelum menemui ruang pameran.


Kali terakhir saya masuk ke ruang ini ia sedang digunakan hanya untuk pihak media membuat liputan perhimpunan agung sebuah parti politik, kalau tak salah beberapa bulan lalu.


Cuma mereka yang memakai pas tertentu atau diberi jalan sahaja boleh masuk sehingga ke ruang ini.


Pada pesta buku kali ini saya dapat lihat lebih banyak ruang di PWTC dimanfaatkan.


Dari laluan tadi saya melihat satu dewan...


Hmm. Memang meriah walaupun orang belum ramai kerana baru siang Jumaat, hari orang bekerja.




Saya kembali ke kawasan lorong ini lalu terlihat pameran satu pameran.


Hmm. Pameran dari Arkib Negara...




Saya suka singgah di ruang-ruang yang dipegang oleh badan-badan non-profit atau tidak mencari keuntungan seperti Arkib Negara ini. Selalunya ada ilmu tidak ternilai dan tidak boleh dijual-beli boleh dicerna di sekitarnya. Pameran dibuat atas kesedaran mahu menerbitkan masyarakat yang lebih berilmu...


Saya terus melangkah sehingga ke Restoran Riverview.


Di bahagian belakang juga ada gerai-gerai buku.


Berpatah balik ke arah pintu masuk berdekatan hotel saya masuk ke satu lagi dewan.


Nampaknya dewan ini sudah jadi  seperti milik syarikat Karangkraf turun-temurun. Dengan jangkauan karya yang meliputi begitu banyak novel-novel popular, majalah-majalah malah ada suratkhabar syarikat Bumiputera ini adalah satu-satunya badan yang dilihat mampu menyewa seluruh dewan besar untuk pesta buku.


Kemudian baru saya naik ke Aras 3 yang terletak cuma satu aras ke atas.


Di sinilah terletak dewan yang boleh dikira kawasan pameran paling utama untuk pesta buku.


Masuk dan berjalan terus ke hadapan sampai ke gerai bertulis SASBADI...


Kemudian belok kanan ke gerai MAPIM...


Belok kiri dan jalan terus hingga ke penghujung...


Kemudian akan nampak gerai sederhana ini.


Ia adalah milik syarikat KarnaDya yang banyak menerbitkan novel-novel remaja, Tetapi ada juga membuat buku lebih serius seperti coffee-table book atau buku mewah "Rumah Azan" dan "Kereta Api Menuju Destinasi" tulisan saya yang diterbitkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujuk artikel lama Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC dan Akhirnya... keretapi pun menuju destinasi.


Di gerai inilah saya meletakkan siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang boleh dikatakan agak evergreen. Lihat  Sinopsis BKA ISinopsis BKA II dan Sinopsis BKA III.

Di sini juga diletakkan buku terbaru saya, "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang terbit penghujung 2011, buku yang setakat ini cuma boleh didapati di kedai-kedai buku MPH terpilih dan sebuah kedai bernama Books Etc di Shah Alam. Lihat Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Walaupun pengedarannya terhad buku ini menarik perhatian ramai apabila ia diulas di kaca televisyen sebaik sahaja keluar dari kilang percetakan Rujuk Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.


Secara rata KarnaDya menawarkan diskaun besar mengikut kadar yang tersenarai dalam gambar ini . Tetapi untuk buku-buku terbitan saya sendiri potongan harga adalah seperti berikut :-




BKA I (Mencari diri dan erti) RM23 dari harga asal RM24.90.

BKA II (Membela syiar yang asal) RM23 dari harga asal RM24.90.

BKA III (Sirih pulang ke gagang?) RM25 dari harga asal RM27.90.



Harga asal satu set trilogi novel ini adalah RM77.70 tetapi anda boleh mendapatkannya pada harga RM70 di pesta buku. Diskaun terbesar adalah untuk buku "Jejak keluarga Yakin". Harga asalnya adalah RM125 senaskah. Tetapi di sini anda boleh mendapatkannya pada harga RM100 sahaja!





Oh. Artikel ini ditulis di rumah saya di Bandar Tasik Puteri. Ketika menulis ayat ini sudah jam 2:02 petang, harap-harap suasana kacau yang ditimbulkan di tengah kota oleh pihak yang merasakan diri mereka lebih bersih dari yang lain sudah reda ketika ini. Bolehlah saya bergegas ke PWTC.

Maka itu bolehlah diumumkan. Pada sesiapa yang teringin untuk berjumpa atau mendapatkan buku bolehlah datang ke gerai KarnaDya menurut arah yang ditunjukkan dalam artikel. Insyaallah saya akan sampai Sabtu hari ini sebelum jam 4 petang dan akan berlegar-legar sehingga malam. Esok Ahad pula insyaallah saya akan berada dari pagi hingga ke malam

Selepas itu saya tidak dapat lagi menghadiri pesta buku. Ini kerana saya mahu bersiap untuk satu perjalanan ke luar negara yang dijangkakan akan mencabar. Perjalanan daratnya sahaja, tidak campur perjalanan menaiki kapal terbang mungkin menjangkau jarak tidak kurang 2,000 km. Semoga kita sempat berjumpa di pesta buku! :]





4 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan MS..

    ambo setuju... mari kite sama2 pakat bersih diri dahulu sebelum sibuk jaga kebersihan orang lain..
    Ingat lagu SM Salim BERSIH...
    ambo sentiasa mengikuti catatan tuan ms.. moga2 diberikan oleh Allah Taala kepada tuan dan kite semua.. aamin

    BalasPadam
  2. hamba tuliskan ilmu dari sumber jawi maka tentulah kandungannya lebih memberi petunjuk buat umat manusia. musuh jawi adalah rumi.

    BalasPadam
  3. salam semua,

    lama rasanya tak nampak komen mahadaya di alam maya ni,dulu sy slalu nampak komen anda...ttg kepercayaan,saya hormati pendirian anda,sy tak minat bertentang kepercayaan,tapi minat berkawan...

    saudara apa khabar?sihat?

    saudara MS,saya mohon maaf buat blog ni mcm rumah sendiri..hehe...tapi saya slalu follow update dari blog anda...jgn marah ya..

    BalasPadam
  4. Wassalam. Tak mengapa. Semua orang disilakan bertandang. Buatlah macam rumah sendiri. Cuma buatlah dengan cara orang beradab. Orang beradab selesa di rumah sendiri dengan menjaganya baik-baik, tidak sesekali membiarkan atau menjadikannya tunggang langgang... :]

    BalasPadam