Isnin, Disember 05, 2011

Pulau Besar yang lebih menarik untuk semua

Assalamualaikum semua. Malam ini sudah masuk 10 Muharram atau hari Asyura, satu tarikh yang memiliki berbagai peristiwa dalam sejarah Islam. Penceritaan perjalanan sekitar Medan ke Banda Aceh, perjalanan yang dibuat 2-13 November 2011 pula sudah masuk ke tarikh 10 Zulhijjah apabila artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan muncul 3 hari lalu. Sekarang biar kita keluar sebentar dari penceritaan itu.



Sabtu 19 November 2011, hampir seminggu setelah kembali dari perjalanan Medan-Banda Aceh kami keluar lagi berjalan.


Anak-anak tiri saya iaitu anak isteri dari suami terdahulu yang bersekolah di Kelantan telah datang bercuti. Kami pun membawa mereka berjalan. Di atas adalah gambar kami masuk ke perkampungan di kaki Gunung Datuk.


Kami ke kaki gunung sekadar melihat sekitar. Selepas itu terus bergegas ke satu tempat menaiki bot.


Destinasi kami terletak di Selat Melaka...



Sudah nampak di mana?


Ya. Kami anak beranak pergi ke Pulau Besar di Melaka.


Sudah lebih setahun setengah saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid tidak menjejakkan kami ke pulau ini. Anak tiri saya, Erin dan Haziq pula tidak pernah sampai malah belum pernah ke mana-mana pulau.


Ternyata sudah berlaku banyak perubahan. Pulau Besar kini sudah memiliki muzium sendiri.


Makam-makam juga telah dicantikkan. Ada yang ditambah binaan berserta papan maklumat. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Janggut, Pulau Besar dan Makam (Tomb of) Tok Putih, Pulau Besar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Berjalan kaki menyusur pantai dari jeti ke kawasan utama pulau pengunjung tentu dapat melihat satu kawasan seperti bukit kecil.


Kami berehat lama di atasnya...


Anak-anak pula seronok bermain-main.


Sejak pertama kali sampai ke Pulau Besar sekitar 10 tahun lalu hinggalah kini, saya telah pergi masuk pulau tidak kurang 10 kali.


Setiap kali kawasan bukit kecil ini tidak pernah gagal menarik perhatian. Kali ini saya lebih yakin ia memang ada kena-mengena dengan peristiwa-peristiwa awal yang disebut di dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai.


Hampir ke kawasan gerai makan kelihatan bangunan tandas awam yang agak cantik.


Dahulu tandas di sekitar cuma terdapat di perkarangan masjid. Sekarang, lebih banyak kemudahan disediakan untuk pengunjung...


Sudah ada bazar menggantikan gerai-gerai pasang siap menjual barangan selain makanan.


Pemandangan pantai hadapan kawasan utama.



... kawasan utama pulau yang terletak di sekitar masjid...


Masuk sahaja kawasan pagar, makam di kanan kelihatan lebih terserlah berbanding dahulu. Lihat Makam (Tomb of) Syarifah Rodziah, Pulau Besar.



Ini pula adalah bangunan makam paling terserlah di seluruh pulau. Letaknya di sisi kanan masjid. Di dalamnya terdapat makam seorang wali Allah yang menjadi punca pulau ini dikunjungi ramai. Lihat Makam (Tomb of) Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, Pulau Besar.



3 ulasan:

  1. Perjalanan yang menyenangkan. Semoga semuanya bahagi mengisi liburannya. :)

    BalasPadam
  2. Perpatih : Yep. Banyak perubahan. Nampaknya nanti engko kena tengok sendiri masuk pulau le.

    Ded : Terima kasih. Perjalanan santai sambil menghirup udara segar juga menumpang aura amalan baik para wali... :]

    BalasPadam