Khamis, September 08, 2011

Kedudukan tempat-tempat di sekitar Sungai Mati dan Pulau Penarek

Ah. Hampir sahaja saya mahu menamakan artikel ini "Jajahan Wak Dogol" atas sebab yang anda akan nampak nanti. Tapi tak eloklah pula nama artikel begitu, kalau disebut dalam cerita sahaja tak mengapa. Bersambung dari artikel Menjejak sejarah di sungai yang mati dan sekitarnya. Artikel ini akan menerangkan beberapa perkara dan menunjukkan dengan lebih jelas tempat-tempat di dalam artikel itu.

Ini adalah peta satelit menunjukkan aliran berliku-liku Sungai Muar hingga beberapa kilometer ke pendalaman.



Zoom in ke satu bahagian. Nampak tak kepala 'Wak Dogol'? Siap ada bentuk buih atau chewing gum keluar dari hidung. Tak senonoh! :]


Tak nampak? Meh saya tambah ilustrasi. Kalau tak nampak gak nanti jadi macam cerita Si Luncai ke. Ibarat kata apek pelat, lu anak halam... hehe...


Zoom in pada area 'hidung' dan chewing gum. Adapun garisan chewing gum itu sebenarnya aliran sungai yang telah mengecil akibat satu fenomena alam.



Perhatikan garisan petunjuk kuning. Apa yang kelihatan adalah aliran Sungai Muar suatu masa dahulu sebelum berlaku proses hakisan yang menyebabkan aliran membuat shortcut. Akibatnya aliran asal terpotong daripada sumber terus air lalu mengecil.



Disebabkan aliran mengecil lalu airnya kelihatan seperti tak mengalir, ia dipanggil "sungai mati" sehingga timbul nama kawasan dan pekan Sungai Mati dalam daerah Ledang (dahulu sebahagian daripada Muar). Namun ia tetap bersambung dengan Sungai Muar walaupun kurang menerima keluar masuk air maka tanah yang dikelilingi aliran pun dikenali sebagai Pulau Penarek atau Penarik. Tapi saya tak tahu kenapa dipanggil Penarik. Mungkin ada pembaca boleh menjawab.

Sekarang rujuk balik artikel dan bandingkan tempat-tempat yang dilihat dalam artikel tersebut dengan peta. Perhatikan juga di manakah kedudukan sebenar Kampung Pantai Layang. Adapun saya membuat perjalanan di sekitar ini dengan niat asal mahu mencari makam seorang tokoh yang dipanggil Datuk Pasir Raja Sayyid Jaafar yang pernah memerintah Muar dari Pantai Layang lebih 300 tahun lalu. Nampaknya pada zamannya aliran Sungai Muar masih melalui kawasan yang kini menjadi 'sungai mati'.



Beralih pula pada 'dagu' 'Wak Dogol'.



Beginilah kedudukan beberapa tempat yang diceritakan dalam Menjejak sejarah di sungai yang mati dan sekitarnya.



Zoom out agar kedudukan dapat dibandingkan dengan beberapa lagi tempat. Adapun ini adalah artikel ke 898 di blogspot ini. Maka biar diulangi satu jemputan. Saya copy and paste apa yang ditulis dalam Facebook tadi ya.


Jemputan terbuka kepada semua. Sabtu 10 September 12pm-12am. Majlis kahwin dan katam suluk di rumah suluk Baitul Ibadah Nurus Saadah (Tariqat Naqsyabandiah, Qadiriah dan Samaniyah). Saya telah diminta memberi ceramah tentang "Mencari diri dan erti" pada malamnya. Lihat lokasi di sini... Tempat suluk di Pantai Layang dan legasi Temenggung Muar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan