Tengahari Jumaat 2 September 2011 iaitu hari raya ke 4. Saya keluar dari kampung ibu membawa anak dan isteri dengan niat untuk menunaikan solat Jumaat di masjid jamek Muar. Namun terlihat jalan besar pintas Muar timbul rasa untuk ke Batu Enam Bakri menziarahi kubur adik terlebih dahulu.
Kemudian ke kubur ibu kepada ibu yang terletak cuma beberapa kaki sahaja dari situ.
Seterusnya saya ke kubur ayah kepada ibu.
Lokasinya jauh sedikit dari dua kubur awal tadi dan saya mengambil masa untuk mencarinya kerana tidak ingat kedudukan sebenar.
Saya pun mengambil gambar dari sudut ini. Semoga tidak lupa lagi...
Selepas solat Jumaat kami makan mee bandung di tengah bandar.
Kemudian timbul rasa untuk ke masjid lagi.
Tidak seperti ketika solat Jumaat, suasana petang sedikit yang kosong terasa lebih merehatkan.
Sudut memaparkan gambar masjid-masjid lama.
Masjid di kampung ibu kepada ibu.
Masjid kampung ayah kepada ibu.
Masuk ke dewan utama masjid saya terlihat sesuatu.
Rupa-rupanya ada orang bernikah.
Pandangan ke belakang iaitu ke kolam wudhuk.
Al-Rasyid bermain dengan taboh.
Ini pula pandangan dari tingkat atas tempat saya selalu bermain zaman kanak-kanak.
Seterusnya saya membawa anak isteri ke laman belakang masjid di tepian Sungai Muar. Kelihatan masjid kedua Muar di seberang, kini dalam daerah Ledang.
Kemudian ke Tanjung Emas atau ringkasannya dipanggil tanjung sahaja di mana terdapat kepala kereta api ini, kereta api yang tidak digunakan setelah perkhidmatan ditamatkan hampir seabad lalu.
Saya terasa pelik. Kenapa tulisan asal M.S.R. yang garisnya masih boleh kelihatan ini tidak dicat kembali putih? Adapun tulisan ini hilang apabila kepala keretapi dicat kembali hitam, kalau tak salah setengah tahun lalu. Kenapa tidak ditimbulkan kembali? Apakah ada pihak mahu menyorokkan fakta bahawa M.S.R. yang bermakna Muar State Railway (kereta api negeri Muar) dapat membuktikan bahawa Muar memang asalnya sebuah negeri berdaulat, sebelum diserapkan ke dalam Johor selepas berlaku peristiwa tertentu kira-kira seabad lalu?
Ini pula bahagian tanjung yang lebih hampir ke kuala Sungai Muar. Lihat Muar river at its mouth.
Ke barat daya sedikit menghadap Selat Melaka adalah tempat pejalan kaki yang dibina di kawasan hutan bakau.
Assalamulaikum,
BalasPadamHmm menarik tentang terjumpanya fosil kulit kerang tu. Bukit Treh selain dikaitkan dengan kisah Si Tanggang ada juga cerita mengatakan pernah wujud istana dan tapak kerajaan..
Wallahu'alam
Wassalam. Perkara ini ada diceritakan agak panjang lebar dengan gambar-gambar dalam buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang sedang menunggu masa sahaja untuk keluar dari kilang percetakan...
BalasPadamWassalam. Perkara ini ada diceritakan agak panjang lebar dengan gambar-gambar dalam buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang sedang menunggu masa sahaja untuk keluar dari kilang percetakan...
BalasPadam