Rabu, Ogos 24, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Kesan-kesan sejarah di Pekan

Menamatkan hari ke-10 perjalanan ke Pantai Timur. Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanjung Lumpur ke Kuala Pahang.


Setelah beberapa lama sampailah masa untuk masuk ke bandar Pekan.



Sambil menyeberangi Sungai Pahang saya memandang ke arah bandar yang ditanda oleh menara telekomunasi yang kelihatan.



Masuk dahulu ke Kampung Mengkasar.



Ziarah makam Tok Tuan, seorang bangsawan Bugis yang datang ke Semenanjung hampir 300 tahun lalu, moyang kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Najib. Lihat artikel Makam (Tomb of) Karaeng Haji Tok Tuan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Berdekatan makam Tok Tuan pula terdapat satu kawasan pemakaman tersendiri dengan batu-batu nesan Aceh berusia sekitar 400 tahun. Lihat Makam (Tomb of) Ziarat Raja Raden.



Berdekatan bandar kami singgah ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Sultan Ahmad Shah, Pekan.



Di sebelahnya terletak makam diraja diikuti sebuah masjid lama. Lihat Makam diraja (Royal mausoleum of) Pekan dan Masjid (Mosque of) Sultan Abdullah, Pekan.



Kemudian baru masuk ke bandar...



Itu pun sekadar lalu untuk keluar ke arah timur.



Berhenti sebentar melihat pemandangan Sungai Pahang. Lihat Pahang river just outside Pekan.



Seterusnya singgah di dua buah masjid yang kelihatan... di selekoh menghala ke Rompin. Lihat Masjid (Mosque of) An-Nur, Kampung Ketapang dan Masjid baru (New mosque of) Kampung Ketapang.



Perjalanan diteruskan melalui jalan kecil ke satu tempat bernama Tanjung Agas.







Al-Rasyid sempat 'menegur' lembu dalam perjalanan.



Perjalanan ini melepasi kampung-kampung.







Tidak lama kemudian sampai ke hujung jalan.



Boleh kelihatan pemandangan Sungai Pahang, kali ini di bahagian selatan muara. Lihat Pahang river from Tanjung Agas.



Singgah pula di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Tanjung Agas, Pekan.



Apabila berpatah kembali ke Pekan, hari sudah senja. Lihat Pekan at dusk.



Tidak jauh dari kawasan istana (lupa nak sebut, Pekan adalah bandar diraja Pahang) kami masuk ke satu lorong.



Menuju ke satu kawasan yang memiliki satu sejarah lama.



Selamat datang ke Makam Chondong. Lihat Rasyid's first visit to Makam Chondong. Untuk mengetahui apakah istimewanya tempat ini, lihat artikel Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah? yang dibuat lebih 3 tahun lalu. Kemudian kami singgah di surau sebelah. Lihat Surau (Small praying hall of) Makam Chondong.


Sebelum meninggalkan Pekan kami singgah di masjid besar ini pula. Lihat Masjid baru (New mosque of) Pekan.




Perjalanan diteruskan ke satu destinasi penuh lagenda. Tamatlah penceritaan hari ke 10. Dan hampirlah kita ke penamat siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur"...



1 ulasan:

  1. wah!!

    hebat sungguh pahang dgn kemajuannya..landskap negeri yg menggagunmkan..negeri kelantan memang kalah teruk nk banding ngn pahang ni..

    sian kelantan..tu la...baik suruh abe jib jd mb plak....kah kah kah!

    maaf tuan merah silu sj lepas perasaan..

    -ore kelate-

    BalasPadam